web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tayangan Filem 'Mat Kilau' Percuma Sempena AKM Kelantan

Anda di Kota Bharu hujung minggu ini? Jom tonton filem 'Mat Kilau' secara percuma di Kompleks Yayasan Kemiskinan Kelantan (YKK) Melor sempena berlangsungnya Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) Kelantan.

Filem & TV Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jul 2022 6:00PM

Seramai 2,000 penonton bertuah akan menyaksikan tayangan filem 'Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan' secara percuma di Kota Bharu pada 24 Julai ini - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Seramai 2,000 penonton bertuah akan menyaksikan tayangan filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan secara percuma pada 24 Julai ini, sempena berlangsungnya Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) Kelantan.

Filem biografi epik yang sarat dengan mesej patriotisme itu akan dipertontonkan kepada rakyat Kelantan yang bertuah pada 8 malam, bertempat di Kompleks Yayasan Kemiskinan Kelantan (YKK) Melor.

Penyelaras program bagi tayangan filem tersebut, Ahmad Termizi Musa berkata tiket percuma itu akan diedarkan kepada rakyat yang bertuah melalui wakil yang dilantik oleh pihaknya di setiap jajahan di negeri ini.

Beliau berkata Kelantan merupakan satu-satunya negeri di Pantai Timur Semenanjung Malaysia yang tidak mempunyai pawagam namun sempena Jelajah AKM kali ini, pihaknya berusaha menonjolkan suasana umpama berada di dalam pawagam dengan memberi keselesaan dan pastinya kenangan yang cukup bermakna kepada penonton yang hadir.

"Selain itu, tayangan filem Mat Kilau ini juga adalah antara usaha kita untuk mempromosikan sambutan Hari Kebangsaan tahun ini yang bertemakan Keluarga Malaysia Teguh Bersama," katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.

Jelajah AKM Kelantan yang berlangsung 22 hingga 24 Julai ini di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, menyediakan pelbagai acara menarik seperti Karnival Kerjaya Jamin Kerja Keluarga Malaysia, gerai pameran agensi dan kementerian, persembahan tradisional, bekwoh (kenduri), persembahan kebudayaan dan pertandingan Muay Thai.

Menjelas lanjut, Ahmad Termizi berkata keseluruhan kawasan di tempat tayangan itu akan ditutup kerana hanya 2,000 penonton terpilih akan dibenarkan untuk menonton filem itu dan pihaknya juga akan mengasingkan tempat duduk antara penonton lelaki dan wanita.

"Dari segi kawalan pula, kita akan pastikan semua penonton tidak membuat sebarang rakaman semasa tayangan filem itu disiarkan. Sekiranya kita dapat menangkap individu yang ingkar dengan arahan ini, petugas akan mengarahkan penonton berkenaan keluar dengan serta-merta dan memadam video rakaman berkenaan," katanya.

Filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan arahan pengarah Mohd Syamsul Mohd Yusof atau lebih dikenali sebagai Syamsul Yusof mula ditayangkan pada 23 Jun lepas termasuk di Singapura dan Brunei serta berjaya meraih kutipan tiket berjumlah lebih RM80 juta, setakat ini.

Antara pelakon hebat yang membarisi filem ini adalah Datuk Adi Putra, Beto Kusyairy, Fattah Amin, Wan Hanafi Su, Datuk Jalaluddin Hassan, Datuk Rahim Razali dan pelakon dari seberang yang mencipta nama di Hollywood, Yayan Ruhian. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

2

Semasa 4 hari yang lalu

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Ibu Temukan Jasad Anak Telah Mereput Dalam Bilik Berkunci

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

oleh Rahayu MN

Selebriti 19 jam yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Aghniny yang membuat penampilan sulung dalam filem Malaysia menerusi watak Melor, berkata tema keibuan yang diangkat dalam filem itu mempunyai kaitan rapat deng...