web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 12 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Beri Tumpuan Kepada Kisah Sejarah, Pastikan Industri Filem Berkembang - Wan Junaidi

Pemain industri filem negara ini perlu memberi tumpuan kepada kisah-kisah sejarah serta perjuangan masa lalu dan masa kini bagi memastikan industri itu berkembang dengan baik

Filem & TV Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Jul 2022 7:06PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pemain industri filem negara ini perlu memberi tumpuan kepada kisah-kisah sejarah serta perjuangan masa lalu dan masa kini bagi memastikan industri itu berkembang dengan baik, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Beliau berkata usaha itu dapat membantu meningkatkan nilai dan kepelbagaian dalam seni, pelakon serta aktiviti lain yang berkaitan.

Bagi merealisasi hasrat berkenaan, Wan Junaidi berkata Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) boleh mengenal pasti sejarah kritikal dan perjuangan pejuang masa lalu yang boleh diangkat sebagai bahan untuk dijadikan filem.

“Ia berupaya mencerminkan keadaan sebenar masyarakat dan warganegara Malaysia dari sudut sejarah, perjuangan, sama ada pada zaman pentadbiran sendiri, penjajah atau komunis,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini selepas mengadakan pertemuan dengan Ketua Pegawai Eksekutif Finas Prof Dr Md Nasir Ibrahim.

Finas yang ditubuhkan pada 12 Feb 1981, merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia yang berperanan sebagai agensi pembangunan industri perfileman negara.

Mencontohi filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan terbitan Studio Kembara Sdn Bhd yang meraih RM80 juta jualan tiket panggung, Wan Junaidi berkata filem seumpama itu berupaya mendatangkan keuntungan besar menerusi karya berteraskan sejarah dan perjuangan.

Beliau menyifatkan filem itu sebagai kejayaan yang mampu mengangkat industri perfileman tanah air ke tahap yang lebih tinggi. - Bernama

Isu Pada

Adicita Pa’din Musa

16 Jul 2022

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 1 tahun yang lalu

Getaran Tanyakan Episod 3

2

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Perjuangan Sinematik Marc Abas

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Hampir 5,000 Penggiat Seni Bakal Peroleh Manfaat Kerjasama FINAS, PERKESO - Fahmi

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Industri Diseru Hasilkan Filem Malaysia Inklusif, Tekankan Perpaduan - FINAS

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Selebriti 6 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

Tindakan saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam oleh M Nasir bersama syarikat miliknya, Luncai Emas Sdn Bhd.

oleh Rahayu MN