web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


“Tak Perlu Marah, Tentera ‘Sepoy’ Memang Fakta Sejarah”- Penerbit 

Abdul Rahman menegaskan bahawa babak dalam filem ini dihasilkan dengan rujukan beberapa fakta sejarah tanpa niat untuk menimbulkan apa-apa sentimen perkauman.

Filem & TV Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Jul 2022 6:19PM

Gambar ihsan malaysiadateline.com

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penerbit filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan, Abdul Rahman Mt Dali menafikan dakwaan segelintir pihak bahawa mereka cuba menggambarkan sikap dan dan perwatakan kaum  lain sebagai penjahat dalam mana-mana babak  filem terbitannya.

Bukan itu sahaja, Abdul Rahman juga menegaskan babak dan jalan cerita di dalam filem terbitan Studio Kembara Sdn Bhd ini bersandarkan kepada fakta sejarah tanpa ada sebarang niat untuk mencetuskan sentimen perkauman.

“Pertama, kenyataan itu dikeluarkan oleh sebuah pertubuhan yang menurut saya tidak mewakili keseluruhan pandangan kaum Sikh. 

“Kedua, mereka kena faham filem ini untuk industri hiburan. Ketiga, ini adalah sejarah di mana memang British memperkuda askar yang dipanggil ‘Sepoy’ semasa menjajah Tanah Melayu. 

“Kalau mereka merasakan ini penghinaan, mereka patut marah kepada British. Bukannya marah kepada saya,”katanya ketika dihubungi Getaran.

Tidak mahu mengulas panjang mengenai isu ini, Abdul Rahman meminta agar penonton dapat melihat filem Mat Kilau dari sudut positif tanpa mencetuskan sebarang kontroversi.

“Mengenai kritikan dan komen beberapa babak boleh menimbulkan salah faham atau kotidakharmonian, saya rasa ia komen yang tidak matang.

“ Kenapa pula sentimen ini dimainkan? Ini fakta sejarah dan saya harap janganlah melihat ia  dari sudut negatif,”tambahnya.

Terdahulu, persatuan United Sikh Malaysia menggesa karyawaan industri filem Malaysia supaya  tidak menghasilkan filem yang boleh menimbulkan  kesan terhadap sentimen kaum dan agama di negara ini. 

Pertubuhan itu turut mengkritik babak di dalam filem Mat Kilau yang menunjukkan askar Sikh menggunakan kekerasan terhadap orang tua, kanak-kanak dan wanita yang sama sekali melanggar kod amalan penganutnya. 

Filem Mat Kilau arahan Syamsul Yusof yang mula ditayangkan pada 23 Jun lalu menceritakan ketokohan pahlawan Pahang itu telah menjadi filem paling laris dan berjaya mengutip sebanyak RM51.8 juta selepas tiga hari tayangan. - Getaran, 8 Julai 2022 

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Jangan Bangkit Isu Undang Keruntuhan Perpaduan - Tokoh Maal Hijrah

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Sokongan Rakyat Terhadap Kerajaan Perpaduan Amat Positif - Fahmi

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Jangan Salahkan Media, Isu Perkauman Ini Ahli Politik Yang Mulakan!

4

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Penerbit 'Mat Kilau' Jawab Tuduhan Zul Hassan Tentang RM150,000, 'Kami Tiada Hutang Dengan Mana-Mana Pembekal!'

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Selebriti 20 jam yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Filem & TV 1 hari yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

Pencapaian luar biasa itu sekali gus mengukuhkan kedudukan Polongsebagai antara filem tempatan paling hangat tahun ini.

oleh Rahayu MN