web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 12 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


K-KOMM, Kerajaan Negeri Akan Bincang Cadangan Potong, Kurangkan Cukai Hiburan

Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) akan mengadakan pertemuan dengan kerajaan negeri bagi membincangkan cadangan cukai hiburan dipotong atau dikurangkan.

Filem & TV Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jul 2022 6:22PM

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin melancarkan supertele Penanggal Mak Kiah di Lanai Asmara Putrajaya - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) akan mengadakan pertemuan dengan kerajaan negeri bagi membincangkan cadangan cukai hiburan dipotong atau dikurangkan, kata Timbalan Menterinya Datuk Zahidi Zainul Abidin.

Melalui pertemuan itu, katanya beliau akan mencadangkan supaya pihak berkuasa tempatan (PBT) tidak mengenakan cukai hiburan yang terlampau tinggi kepada penggiat industri seni dan perfileman negara. 

“Kalau boleh kami minta PBT untuk tidak mengenakan cukai (hiburan) yang tinggi sangat, sekarang mereka (penggiat seni) perlu bayar cukai 25 peratus kepada PBT.

“Kalau PBT kenakan cukai hiburan tinggi sangat, ia akan bantutkan perkembangan industri filem dan mutunya,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan supertele ‘Penanggal Mak Kiah’ di Putrajaya hari ini.

Kutipan cukai hiburan adalah di bawah bidang kuasa PBT di negeri masing-masing. Cukai hiburan di Malaysia adalah sebanyak 25 peratus.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mencadangkan agar cukai hiburan dipotong sebagai alternatif untuk menambah baik industri seni dan perfileman tanah air.

Zahidi dalam ucapannya pada majlis itu berkata kerajaan khususnya K-KOMM memberi sokongan penuh kepada penggiat industri untuk memperbanyakkan karya hasil tempatan seterusnya meningkatkan pendapatan para penggiat industri kreatif.

Kerajaan, katanya menyokong usaha penerbit filem dan drama tempatan dengan menawarkan Dana Kandungan Digital (DKD) daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) iaitu sebuah agensi di bawah K-KOMM.

Sejak 2017 hingga Jun lepas, sebanyak RM180.824 juta peruntukan telah disalurkan kepada penggiat industri yang berjaya menerima Surat Setuju Tawaran DKD sebagai suntikan bagi menghasilkan karya tempatan yang pelbagai genre dan variasi.

Dana DKD terbahagi kepada empat kategori iaitu Dana Filem Cereka, Dana Dokumentari Kenegaraan (Seni budaya dan Warisan), Dana Dokumentari Bintang Nostalgia dan juga Dana Khas Filem Pendek. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 1 tahun yang lalu

Getaran Tanyakan Episod 3

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Skim PERKESO Bagi Pekerja Sektor Perfileman Akan Dilaksanakan Segera

3

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Pameran 100 Tahun Sinema Malaysia Singkap Sejarah Perfileman Negara

4

Sukan 3 tahun yang lalu

Tiket MotoGP: KBS Komited Perjuang Pengurangan Cukai Hiburan

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Selebriti 6 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

Tindakan saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam oleh M Nasir bersama syarikat miliknya, Luncai Emas Sdn Bhd.

oleh Rahayu MN