web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Unsur Komedi Masih Sarat Dalam Marvel Studios’ Thor: Love And Thunder

Thor kembali dengan pelbagai babak aksi dan lawak demi menyelamatkan alam semesta.

Filem & TV Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jul 2022 10:00AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sejak diperkenalkan beberapa tahun lalu, siri filem adiwira Avengers terbukti berjaya mencuri perhatian ramai peminat dunia filem sains fiksyen dan komik.

Malah watak-watak dari siri filem tersebut mula meraih kelompok peminatnya tersendiri.

Antara watak adiwira yang disukai penonton adalah Thor, dewa guruh sasa yang menjadi kegilaan ramai orang khasnya para wanita. 

Dan selain muncul dalam aneka filem di bawah francais Marvel, Thor juga mempunyai siri filemnya sendiri.

Terbaharu, studio Marvel mempertaruhkan sebuah lagi filem tentang adiwira ini yang berjudul Marvel Studios’ Thor: Love and Thunder.

Lama ditunggu oleh peminat seluruh dunia, filem ini ternyata tidak mengecewakan sama sekali.

Ia mempunyai kesemua unsur yang sering diterapkan di dalam filem-filem Thor sebelum ini.

Jika diteliti, filem-filem Thor lebih murah dengan unsur humor serta komedi berbanding watak adiwira Marvel yang lain.

Ini mungkin kerana watak dan jalan ceritanya memang sesuai dengan konsep sedemikian.

Lebih menarik, filem ini sudahpun mencetus sedikit kontroversi dan mendapat liputan seranta awal gara-gara terdapat babak di mana bintang utamanya Chris Hemsworth yang memainkan watak Thor tampil berbogel dan menunjukkan bahagian punggungnya di layar lebar.

Ia mungkin satu gimik dunia Hollywood tapi jelas ia berkesan.

Premis filemnya masih sama seperti filem-filem sebelumnya kerana Thor pasti akan dipanggil untuk menyelamatkan alam semesta daripada gangguan makhluk asing yang berkuasa hebat.

Kali ini Thor diseru untuk menghalang seorang pembunuh dewa yang bergelar Gorr the God Butcher, lakonan Christian Bale.

Namun untuk menewaskannya Thor meminta bantuan kawan-kawan lamanya seperti King Valkyrie, Korg dan secara tidak sengaja bekas teman wanitanya juga, Jane Foster yang kini memiliki kuasa tukul besi Thor, Mjolnir.

Diselang-selikan dengan banyak dialog berbau komedi, penonton juga bakal menyaksikan bibit-bibit cinta di antara Thor dan Jane yang enggan diakui oleh kedua-dua watak dalam filem ini.

Selain pemain watak utama, turut tidak menghampakan, Christian Bale memberikan lakonan yang sangat hebat sebagai antagonis dan mampu menyentuh emosi para penonton.

Di samping itu, filem ini juga memberi ruang kepada ramai pelakon kanak-kanak untuk menyerlahkan bakat mereka.

Selayaknya filem-filem adiwira Marvel, karya ini juga penuh dengan kesan visual yang luar biasa di samping runut bunyi yang jarang sekali menghampakan dalam setiap projek mereka.

Dibarisi nama-nama tersohor Hollywood seperti Chris Hemsworth, Natalie Portman, Tessa Thompson, Christian Bale, Taika Waititi, Russell Crowe dan ramai lagi, filem ini semestinya menjanjikan satu pengalaman sinema yang menakjubkan. 

Fakta menarik lagi, filem ini diarah oleh Taika Waititi yang juga memainkan watak makhluk asing berbadan batu, Korg, rakan baik Thor.

Jangan lupa juga untuk menyaksikan dua babak tersembunyi dalam tayangan kredit di hujung filemnya untuk mengetahui pembayang sekuel seterusnya.

Sesuai buat seisi keluarga dan peminat tegar Thor, filem ini bakal ditayangkan di semua pawagam seluruh Malaysia bermula 21 Julai 2022. - Getaran, 7 Julai 2022


Rating : 4 getar

Berita Berkaitan

1

Selebriti 3 tahun yang lalu

Adiwira Thor, Chris Hemsworth Bakal Berehat Dari Dunia Lakonan, Disahkan Hidap Alzheimer 

2

Filem & TV 3 tahun yang lalu

'Thor : Love And Thunder' Tidak Akan Ditayangkan Di Malaysia

3

Podio 3 tahun yang lalu

PenganTARA Episod 7 - Fenomena Lagu Casablanca, Datuk Adi Putra ‘Hero Filem Melayu Terhangat’

4

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Tukar Waktu Tayangan, Thor Takut Dengan Mat Kilau?

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini

Disyorkan untuk anda

Muzik 21 jam yang lalu

Jason Mraz Kembali Ke Malaysia 31 Oktober Depan

Filem & TV 1 hari yang lalu

Bawa 'Kata Hati' Ke Layar Perak, Pengarah Mahu Cipta Semula Magis Romantik Komedi

Dibintangi barisan pelakon baharu dan berpengalaman seperti Nia Atasha, Yusuf Hashim, Faziq Mugris dan Scha Al-Yahya, Kisah Hati berkisar tentang konflik cinta...

Filem & TV 1 hari yang lalu

"Papa Zola The Movie" Kembali Ke Pawagam Mulai 11 Jun Sempena Hari Bapa

Bagi menjadikan tayangan itu lebih bermakna, peminat juga berpeluang mendapatkan kad eksklusif Papa Zola The Movie sebagai koleksi istimewa.