web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tukar Waktu Tayangan, Thor Takut Dengan Mat Kilau?

Adakah Thor yang gagah perkasa dan datang dari sebuah galaksi yang lain itu akhirnya akur dengan kehebatan seorang pahlawan Melayu bernama Mat Kilau? 

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jul 2022 4:00PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Rasanya peminat Thor yang sudah tidak sabar menunggu tayangan filem superhero Marvel yang terbaharu itu iaitu Thor: Love and Thunder

Diarahkan Taika Waititi, Thor: Love and Thunder adalah sekuel kepada Thor: Ragnarok (2017) dan merupakan filem ke-29 yang diterbitkan Marvel Cinematic Universe (MCU). 

Thor: Love and Thunder masih lagi dibintangi Chris Hemsworth selaku bintang utamanya serta turut dibantu Christian Bale, Tessa Thompson, Jaimie Alexander, Russell Crowe dan Natalie Portman. 

Dalam filem ini, Thor cuba mencari kedamaian dalaman tetapi harus kembali beraksi dan merekrut Valkyrie (Thompson), Korg (Waititi), dan Jane Foster (Portman) yang kini menjadi Thor Perkasa untuk menghentikan Gorr the God Butcher (Bale) daripada menghapuskan semua tuhan.

Filem Thor: Love and Thunder ini sepatutnya ditayangkan pada 7 Julai lalu di seluruh pawagam Malaysia, namun pihak pengedarnya iaitu The Walt Disney Company (Malaysia) Sdn Bhd memaklumkan tayangannya telah ditunda kepada 21 Jun 2022. 

Penundaan ini telah menimbulkan pelbagai spekulasi di kalangan peminat filem tempatan. Adakah fenomena dan kegilaan peminat filem terhadap Mat Kilau penyebab filem Thor: Love and Thunder ditunda tayangannya? 

Adakah Thor yang gagah perkasa dan datang dari sebuah galaksi yang lain itu akhirnya akur dengan kehebatan seorang pahlawan Melayu bernama Mat Kilau? 

Tim Getaran cuba mendapatkan jawapan kepada persoalan ini daripada pihak pengedar mahu, namun alasan yang diberikan adalah penundaan itu berlaku disebabkan masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan. Ia sama sekali tidak ada kena-mengena dengan fenomena Mat Kilau

Bahkan, ada juga sumber-sumber lain mengatakan bahawa ada sebab lain mengapa Thor ditunda tetapi perkara itu terlalu sulit untuk didedahkan. 

Namun, ketiadaan filem Thor: Love and Thunder di panggung sebenarnya adalah satu peluang dan ‘tuah’ buat Mat Kilau untuk terus menguasai pawagam tempatan. 

Bayangkan jika Thor juga ditayangkan pada saat ini, pasti Thor dan Mat Kilau akan berentap untuk mengutip jumlah tayangan daripada peminat dan kaki filem.

Mat Kilau arahan Syamsul Yusof yang kini telah berjaya mengutip RM47 juta kutipan dalam tempoh 11 hari telah mencetuskan fenomenanya sendiri dan bakal memecahkan rekod Syamsul untuk kutipan tayangan Munafik 2 iaitu sebanyak RM48 juta dalam tempoh 50 hari. - Getaran, 5 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Penerbit 'Mat Kilau' Jawab Tuduhan Zul Hassan Tentang RM150,000, 'Kami Tiada Hutang Dengan Mana-Mana Pembekal!'

2

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Penerbit Janji Prekuel Mat Kilau Lebih Menarik Walaupun Tiada Adi Putra, Beto Kusyairi, Syamsul Yusof

3

Semasa 3 tahun yang lalu

‘RM50 Juta Sikit Sebenarnya, Tapi Memadailah Sebagai Permulaan,’ - Penerbit Mat Kilau

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Kerajaan Bentuk Majlis Penasihat Perfileman Dan Industri Muzik Malaysia

Sorotan

1

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

2

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

3

Pelajar, Bapa Dipukul Di Luar Sekolah, Beberapa Individu Ditahan

4

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

5

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

6

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

Melodi Tampil Dengan Wajah Baharu, Ain Edruce Kini Gandingan Kamal Adli 

oleh Rahayu MN