web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Syed Saddiq Mahu Cukai Hiburan Dipotong Demi Industri Filem Malaysia

Dalam video yang dimuatnaik beliau, Syed Saddiq mencadangkan tiga perkara demi penambahbaikan industri perfileman negara termasuklah memotong cukai hiburan yang terlalu tinggi jika dibanding dengan negara jiran. 

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Jul 2022 4:00PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Baru-baru ini tular berita mengenai kutipan filem Mat Kilau yang sudah mencecah RM12 juta pada ketika itu, tetapi dikatakan belum mendapat pulangan modal iaitu RM8 juta.

Ramai netizen yang hairan dengan perkiraan itu sedangkan jumlah kutipan kasar telah melebihi jumlah modal yang dikeluarkan. 

Menurut perkongsian Mawi di Instagram, dia mendedahkan bahawa tidak semua kutipan itu akan dapat kepada penerbit. Penerbit perlu membayar cukai hiburan sebanyak 25 peratus.

Selain dari cukai hiburan, penerbit juga perlu membayar 50 peratus dari jumlah kutipan tiket kepada pihak pawagam pada minggu pertama filem ditayangkan. Untuk minggu-minggu berikutnya peratusan pembahagian itu akan meningkat. 

Fenomena filem Mat Kilau turut mendapat perhatian YB Syed Saddiq dan beliau turut terpanggil untuk menyatakan pandangannya menerusi sebuah video yang dimuatnaik berkaitan filem ini di akaun media sosialnya.

Dalam video berkenaan, Syed Saddiq cukup maklum dengan  situasi pembikin filem tempatan berkaitan cukai hiburan.

Beliau turut memberi tiga cadangan untuk mengubah polisi cukai hiburan demi memajukan industri perfileman tempatan.

“Cadangan saya yang pertama, kena potong cukai hiburan bagi industri tempatan. Di Malaysia, cukai kita antara yang tertinggi iaitu sebanyak 25%. Di Singapura dan Indonesia tak sampai 10% pun.

“Kedua kutipan cukai hiburan wajib disalurkan semula kepada tabung industri seni negara. Kini cukai itu disalurkan untuk cat pagar, tar jalan, tanam pokok dan sebagainya. Ia mesti digunakan untuk tujuan yang spesifik,” katanya. 

Katanya lagi dalam video itu, poster-poster filem tempatan tidak pernah kelihatan di papan iklan di tepi jalan. 

“Saya bila pergi ke pawagam tengok filem Mat Kilau, nak tangkap gambar dengan Mat Kilau dan Awang pun takda, sebab poster pun tak ada. Ini kerana modal tidak mencukupi,” katanya.

Cadangannya  yang ketiga pula adalah untuk menginstitusikan kebajikan kru yang terlibat dengan kerja-kerja perfileman.

“Jangan sekadar melihat para pelakon sahaja. Jangan lupa ada kru yang kerja lebih masa tetapi tidak dibayar. Gaji lambat dan tiada insurans. Yang buat lagu, royalti tidak dibayar,” katanya.

Jelasnya lagi, apa yang lebih penting adalah kontrak tidak boleh berat sebelah. Hak pencipta lagu dan filem perlu kekal di tangan pengkarya. 

“Lihat sahaja nasib arwah Tan Sri P Ramlee. Bagi pencinta seni tanah air, mari bersama desak untuk perubahan melalui polisi,” katanya.

Sementara itu di bahagian komen video berkenaan, kelihatan ratusan netizen bersetuju dengan cadangan Syed Saddiq terutamanya para penggiat seni tanah air seperti Haji Zil, Emma Maembong, Nad Zainal dan ramai lagi. 

Semoga akan ada perubahan untuk industri perfileman negara agar tiada pihak yang ditindas dan lebih banyak karya bermutu seperti filem Mat Kilau dihasilkan. – Getaran, 1 Julai 2022.

Gambar: Instagram 

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Goat Meledak Di Pawagam, Catat Lebih RM10 Juta Sejak Khamis

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Dakwa Kerajaan Ambil Tindakan Terhadap Kritikan, Syed Saddiq Diminta Tidak Hipokrit - Fahmi

3

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

4

Filem & TV 2 tahun yang lalu

'Sheriff' Karya Paling Jujur, Janjikan Kelainan Sisi Polis

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Selebriti 20 jam yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Filem & TV 1 hari yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

Pencapaian luar biasa itu sekali gus mengukuhkan kedudukan Polongsebagai antara filem tempatan paling hangat tahun ini.

oleh Rahayu MN