Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


TV3 Saji Pelbagai Program Menarik Sempena Ulang Tahun Ke-38

TV3 turut berkolaborasi dengan ilustrator Miriam Omar untuk menghasilkan karya seni ilustrasi yang menggambarkan perjalanan TV3 sepanjang dekad.

Filem & TV Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jun 2022 5:37PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tanggal 1 Jun yang lalu adalah tarikh yang keramat buat stesen televisyen, TV3 kerana pada tarikh itulah stesen yang menjadi pilihan ramai ini menginjak usia 38 tahun. 

Bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-38 juga, TV3 telah menyediakan pelbagai paparan menarik dan penuh kejutan untuk menyemarakkan lagi bulan yang cukup istimewa ini. 

Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima dan Primeworks Studios, Datuk Khairul Anwar Salleh berkata, pada era digital di mana semua maklumat dan kandungan hiburan hanya di hujung jari, kandungan program juga tidak lari daripada melakukan pembaharuan dan pertukaran.

Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima dan Primeworks Studios, Datuk Khairul Anwar Salleh
Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima dan Primeworks Studios, Datuk Khairul Anwar Salleh

“Oleh itu, keseluruhan tenaga kerja dan krew produksi TV3 akan terus komited untuk memastikan jenama-jenama TV3 yang terpahat dalam hati rakyat Malaysia, seperti Buletin Utama, Anugerah Juara Lagu, 999, Majalah 3, Jejak Rasul, Malaysia Hari Ini dan Wanita Hari Ini berinovatif dan sentiasa menghidangkan paparan yang menarik serta memenuhi cita rasa penonton.

“Sepanjang bulan Jun ini, kami berharap penonton setia TV3 akan terhibur dengan paparan istimewa dalam program-program terbitan kami, tidak ketinggalan juga telefilem gandingan pelakon-pelakon handalan tanah air, seleksi filem blockbuster di slot Panggung Sabtu dan slot Magnificent 8 yang akan membawakan siri francais Jurassic Park,” katanya lagi.

Apa yang menarik, TV3 turut berkolaborasi dengan ilustrator Miriam Omar untuk menghasilkan karya seni ilustrasi yang menggambarkan perjalanan TV3 sepanjang dekad. Sentuhan magis Miriam juga menzahirkan kandungan popular TV3 di monumen dan bangunan ikonik serata Malaysia.

Program Buletin Utama akan memaparkan tujuh laporan khas bermula 26 Mei 2022 untuk mengira detik sambutan ulang tahun TV3 ke-38.

Laporan-laporan khas tersebut menelusuri program-program TV3 yang berjaya memahat hati penonton setianya iaitu Anugerah Juara Lagu, Majalah 3, Nona, Jejak Rasul, Malaysia Hari Ini, Wanita Hari Ini, 999 dan tidak ketinggalan, Buletin Utama sendiri. 

Lebih istimewa, 12 penyampai berita legenda turut kembali beraksi di pentas Buletin Utama bersama-sama dengan para penyampai berita kini. 

Majalah 3 pula telah membawakan paparan istimewa tentang tragedi Highland Towers. Ketika tragedi tersebut berlaku, TV3 ialah wakil media pertama yang melaporkan berita dan perkembangan semasa pada masa tersebut.

Selain itu, Majalah 3 juga membuat liputan evolusi perkembangan rancangan Majalah 3 seperti sorotan saat getir wartawan Fariha Onn yang membuat liputan kejadian letusan Gunung Merapi Yogyakarta. 

Program Tanyalah Ustaz membawakan topik “Nikmat Usia” yang dihoskan oleh Da’i Hadhari bersama panel Ustaz Rodhi Rejab dan Ustaz Zul Ramli. Manakala program Malaysia Hari Ini dan Wanita Hari Ini pula memaparkan segmen khas bersempena dengan sambutan istimewa ini. 

Program Nona menampilkan Amyra Rosli bersama-sama dengan bekas hos program iaitu Neelofa di episod khas ulang tahun TV3 ke-38 yang bersiaran pada 5 Jun 2022, pukul 2.00 petang. Pasangan duo tersebut akan berbicara tentang topik pemerkasaan wanita yang lepas, semasa dan hadapan. 

Bagi peminat kisah-kisah jenayah, rancangan 999 akan menyiarkan temu bual oleh wartawan TV3 yang meliputi kejadian dan pembicaran kes-kes jenayah terkenal terdahulu pada 7 dan 14 Jun 2022. 

Program 999 juga turut menayangkan rakaman di sebalik tabir yang tidak pernah ditayangkan di kaca televisyen. 999 bakal menyingkap dua insiden yang menjadi pencetus pihak kerajaan menggubal undang-undang baharu iaitu insiden HIV dan polisi kad pengenalan Malaysia. 

Bagi pengikut setia slot Cerekarama, jangan ketinggalan untuk menyaksikan pelakon-pelakon popular tanah air menerusi empat telefilem sepanjang bulan Jun ini iaitu ‘Dendam Penunggu’ (Ismail Izzani dan Shalma Eliana), ‘Matahari Tak Bercahaya’ (Nad Zainal dan Fattah Amin), ‘Dania’ (Aedy Ashraf dan Puteri Balqis) dan ‘Langit’ (Eira Syazira dan Azad Jasmin), setiap Sabtu, jam 10 malam. 

Lebih istimewa, terdapat dua telefilem yang diinspirasikan daripada dua laporan khas program 999 iaitu insiden HIV (telefilem ‘Matahari Tak Bercahaya’) dan polisi kad pengenalan Malaysia (telefilem ‘Dania’). 

Panggung Sabtu pula bakal menyajikan filem-filem hebat Hindi lakonan bintang-bintang terkenal Bollywood seperti Salman Khan, Hrithik Roshan dan Aishwarya Rai.

Nantikan kemunculan mereka bermula 4 Jun hingga 18 Jun setiap Sabtu jam 2.00 petang hingga 5.00 petang menerusi filem Bodyguard, Guzaarish, Main Aurr Mrs Khanna dan English Vinglish.

Seiring dengan tayangan filem terbaharu Jurassic World Dominion, slot Magnificent 8 akan membawa penonton ke pengembaraan taman Jurassic dengan tayangan siri francais filem Jurassic Park. Siri ini akan mula ditayangkan pada hari Ahad jam 3.00 petang bermula 12 Jun. - Getaran, 3 Jun 2022

Gambar: TV3

Berita Berkaitan

1

Selebriti 7 bulan yang lalu

Selamat Jalan Raymond Goh

2

TARA 1 tahun yang lalu

Tema 'Seindah Kasih' Semarakkan Kempen Ramadan Raya 2023 Media Prima Dengan Drama-Drama Menarik

3

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Isu Ketiadaan Gambar Naim Daniel & Sissy Iman Di Poster Family Duo, Media Prima Tak Sedia Beri Kenyataan 

4

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Siti Saida, Siti Sairah Terharu Dua Kali Jadi Juara Mingguan Famili Duo, Pegang Motto ‘Do Or Die’ 

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Bella Astillah Akui Bertemu Sarah Jasmine, Baca Mesej Ruhainies Desak Aliff Buka Aibnya

oleh Helmi Anuar

Selebriti 12 jam yang lalu

Pendedahan Sarah Yasmine Bikin Gempar 1 Malaya, Nama Emma, Chacha, Caprice Dan ‘TPM’ Jadi Bualan Netizen

Pendedahan berani mati Sarah Yasmine yang memaparkan mesej perbualan antara Aliff Aziz dan Ruhainies kini tular di semua platform media sosial.

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 1 hari yang lalu

Amar Baharin Dedah Tanah Ada 2 Geran, MB Selangor Janji Siasat

Pelakon itu memaklumkan tanah milik ibunya di Semenyih dibeli puluhan tahun lalu, namun sudah didiami ‘tuan tanah’ lain

oleh Rahayu MN

Selebriti 1 hari yang lalu

Adira Sah Bercerai

oleh Wartawan Hiburan Getaran