web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Shiha Zikir, Khai Bahar & Dolla Paling MeleTOP!

Keputusan Anugerah Meletop Era 2022 semalam menyaksikan Shiha Zikir menang besar dengan membawa pulang 5 anugerah termasuk anugerah utama Top Top Meletop Wanita. Khai Bahar pula kembali merampas gelaran Top Top Meletop Lelaki.

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 May 2022 2:00PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Malam minggu lalu telah berlangsung Anugerah Meletop Era 2021 yang menyaksikan beberapa kejutan antaranya Shiha Zikir membolot lima anugerah termasuklah anugerah utama Top Top Meletop Wanita. 

Penyanyi popular Khai Bahar pula membawa pulang anugerah utama Top Top Meletop Lelaki dan kumpulan Dolla membawa pulang anugerah Top Top Meletop Duo/Berkumpulan.

Selain dari anugerah Top Top Meletop Wanita, Shiha turut membawa pulang anugerah bagi kategori Artis Versatil Meletop, Bintang Filem Meletop, Grup/Duo Meletop bersama Noki, dan Lagi Meletop juga bersama Noki. 

Shiha sewaktu ditemui ketika sidang media berkata dia tidak menyangka usahanya selama 12 tahun dalam industri mencuba pelbagai cabang seni akhirnya berbaloi.

“Selama 12 tahun berada dalam industri hiburan, nama Shiha Zikir untuk tercalon dalam pencalonan awal pun susah. Tapi saya tak pernah terasa hati sebab masing-masing punya pendapat masing-masing.

 Mungkin saya tak hebat dan bakat saya tak besar macam orang lain. Saya bangga dengan diri saya sendiri sebab jiwa saya dalam industri muzik sangat kuat sampai saya dah tak hairan apa orang nak cakap,” katanya. 

Sementara itu bagi Khai Bahar pula dia mengakui takut untuk menerima anugerah Top Top Meletop Lelaki untuk kali yang ketiga.

“Ramai juga yang berkata sebelum majlis anugerah berlangsung, Khai hang akan menang malam ni. Saya jadi takut mendengarnya. Sejujurnya saya takut andai kemenangan saya dipertikai kerana saya rasa ada artis yang lebih layak daripada saya,” katanya.

Selain dari anugerah Top Top Meletop Lelaki, Khai turut membawa pulang dua lagi anugerah iaitu Penyanyi Meletop dan Program TV Meletop (Konsert Minggu Ini).

Kumpulan Dolla pula menyifatkan kemenangan mereka bagi kategori Top Top Meletop Grup/Duo sebagai satu pencapaian yang sangat besar dalam karier mereka. 

“Kami sangat terkejut kerana ini adalah pertama kali kami menang anugerah utama. Diletakkan sebaris dengan Khai Bahar dan Shiha Zikir kami sangat-sangat bersyukur. Tiada perkataan yang dapat kami ekspresikan perasaan kami pada ketika ini,” kata Tabby mewakili Dolla. 

Berikut senarai penuh keputusan pemenang untuk Anugerah Meletop Era 2021:

Artis Baharu Meletop (Dini Schatzmann), Si Cilik Meletop ( Ariana Aubrey & Karl Kareef), Couple Meletop (Emma Maembong & Muhammad Shazli), Influencer Meletop ( Dr Say), Jihan Muse (Personaliti TV Meletop), Video Meletop (Wany Hasrita), Anugerah Legend Meletop (Hamid Gurkha), Anugerah Legend Muzik (Roslan Aziz), Drama Meletop (Kampung Pisang Bersiri-Siri), Pelakon Meletop (Fasha Sandha), Filem Meletop (Ada Apa Dengan Dosa), Anugerah Khas Meletop (Datuk Aznil Hj Nawawi). - Getaran, 30 Mei 2022

Gambar: Meletop

Berita Berkaitan

1

Muzik 2 tahun yang lalu

Buah Tangan Terbaharu Dolla Setelah Tinggal Bertiga

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

‘Ada Yang Beritahu Asyik Nampak Kedai Nasi Ayam Saya Tutup' - Shiha Zikir

3

Selebriti 2 tahun yang lalu

Khai Bahar Nafi Sertai Parti Liar Sejak Berkawan Dengan Pempengaruh Dan Usahawan Wanita

4

Muzik 2 tahun yang lalu

DOLLA Umum Konsert Re:Birth The Experience

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang