web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Animasi Mobile Legends: Bang Bang Raih Lebih Sejuta Tontonan

Pemilihan selebriti popular tempatan iaitu Janna Nick, Hairul Azreen dan Hun Haqeem berjaya menarik perhatian peminat untuk menonton animasi istimewa ini. 

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 May 2022 4:30PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Fenomena luar biasa M-World yang melanda Malaysia pada 2 hingga 12 April lalu telah membawa semua pemain untuk bersama-sama berjuang demi kemenangan.

Menariknya, pelbagai lukisan grafiti AR Mobile Legends: Bang Bang telah menghiasi beberapa buah dinding di Kuala Lumpur dan Johor Bahru untuk diterokai oleh peminat mereka.

Orang ramai yang melalui Jalan TAR Kuala Lumpur telah terpesona dengan lukisan tersebut dan berkesempatan untuk mengambil gambar di pameran seni indie.

Susulan itu, dinding grafiti tersebut telah tular di media sosial dan menggalakkan pemain serta peminat untuk mencari kod QR tersembunyi yang turut disertakan pada dinding grafiti. Hasilnya, mereka boleh menebus ganjaran percuma.

Lukisan itu adalah karya sekumpulan lima artis grafiti untuk mewakili acara 515 yang bertemakan 'We Better Than Me'.

Selain itu, video TikTok di akaun rasmi Mobile Legends: Bang Bang mengenai dinding grafiti tersebut telah mendapat lebih dari 1.1 juta tontonan video hasil daripada gaya lukisan yang luar biasa dan futuristik. Pempengaruh media sosial dari Kuala Lumpur dan Johor Bahru turut hadir melihat dan berswafoto dengan AR Tang Wan Wan.

Sementara itu, siri mini animasi 515 telah mencatat lebih daripada 2 juta tontonan di laman YouTube sekaligus menjadikannya sebagai sebuah kejayaan yang besar.

Berkisar tentang watak kegemaran peminat seperti Tang Wanwan, Ling dan Yin sebagai wira utama untuk siri ini, kempen tersebut mendapat pujian daripada penonton, dengan menyatakan bahawa Mobile Legends: Bang Bang ‘meningkatkan lagi skill permainan mereka’ dan ‘melakukannya dengan lebih baik kali ini’. 

Sebagai tanda penghargaan untuk peminat di Malaysia, Mobile Legends: Bang Bang telah bekerjasama dengan selebriti tempatan seperti Janna Nick, Hairul Azreen, dan Hun Haqeem bagi menghidupkan Tang Wanwan, Ying dan Ling.

Pemilihan selebriti tersebut bertepatan dengan imej mereka sebagai figura yang dikenali ramai sememangnya menepati perwatakan dan ciri-ciri 515 wira ini.

Selain itu, dalam 30 hari yang terakhir, Mobile Legends: Bang Bang mempunyai 80 juta pemain aktif  yang berjaya mendaftar masuk dan ia adalah hasil penerimaan positif terhadap kempen 515 dengan kemunculan watak trio: Tang Wanwan, Ling dan Yin.

Malah, bermula 13 April hingga 3 Mei lalu, peminat Mobile Legends: Bang Bang telah terkesima dengan filem mini aksi Tang Wanwan, Ling dan Yin, masing-masing dilakonkan oleh Janna Nick, Hun Haqeem dan Hairul Azreen. 

Untuk rekod,filem mini Tang Wanwan oleh Janna Nick telah meraih lebih 1 juta tontonan di Instagram dan TikTok serta disambut baik oleh peminat dan pengikutnya.

Video Hari Raya yang dibintangi oleh Janna Nick, Hairul Azreen, dan Hun Haqeem secara rasmi telah menjadi video yang paling banyak ditonton di saluran YouTube Mobile Legends: Bang Bang Malaysia dengan capaian lebih 980 ribu tontonan dalam masa kurang daripada sebulan. - Getaran, 23 Mei 2022


 

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 minggu yang lalu

Pasya Yakin Pentas Bersama Search Luaskan Pengaruh Karier Solo

2

Selebriti 2 minggu yang lalu

'Comeback' Azar Azmi Raih Lebih 1 Juta Tontonan, Netizen Sebak Lihat Kemunculan Semula Selepas 7 Tahun

3

Selebriti 2 minggu yang lalu

Zynakal Tampil Dengan Single Terbaharu "NIAT”

4

Selebriti 4 minggu yang lalu

Dulu Kejar Populariti, Kini Cari Reda Ilahi - Mahmud Ali Bashah

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN