web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Program Debat Perdana Najib – Anwar Raih 1 Juta Tontonan 

Jumlah ini turut memberi indikasi bahawa rakyat Malaysia menerima pendekatan politik yang lebih matang dan terbuka. 

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 May 2022 8:30AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Program istimewa, ‘Debat Perdana’ yang menampilkan dua figura berpengaruh dalam arena politik tanah air, Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang bersiaran di platform Awesome TV pada Khamis, 12 Mei lalu berjaya merekodkan sejumlah 1 juta tontonan! 

Bersiaran secara langsung selama hampir 2 jam dari Auditorium, Kompleks Penerangan Pelancongan Malaysia (MATIC) pada jam 9.00 malam itu, program itu telah disiarkan secara eksklusif di saluran Astro 123 dan MyTV 112. 

Program debat bersejarah di antara bekas Perdana Menteri dan Presiden PKR yang juga merupakan Ketua Pembangkang itu menyaksikan ’pertembungan sulung’ secara terbuka di antara kedua-dua figura namun berlangsung secara aman dan tanpa provokasi.

Ketua Pegawai Eksekutif Awesome TV, Datuk Adam Ilyas berkata, pihaknya  amat teruja diberikan peluang untuk turut sama menjadi sebahagian dari peristiwa bersejarah ini. 

"Keterujaan  tersebut menjadi berganda apabila rakyat memilih untuk menonton sesi yang julung kalinya diadakan ini di Awesome TV. 

"Kejayaan merekodkan sebanyak sejuta tontonan ini secara tidak langsung membuktikan bahawa penonton menerima Awesome TV sebagai salah satu wadah maklumat utama pilihan ramai. 

”Jumlah ini turut memberi indikasi bahawa rakyat Malaysia menerima pendekatan politik yang lebih matang dan terbuka,” katanya.

Sesi perdebatan 'Debat Perdana Najib – Anwar' tersebut merangkumi tiga bahagian iaitu bahagian pertama mengenai isu permasalahan dihadapi syarikat minyak dan gas, Sapura Energy Bhd (SEB), bahagian kedua berkisar tentang 'Masa Depan Malaysia' yang merangkumi aspek ekonomi, politik, urus tadbir serta hala tuju negara dan bahagian ketiga dikhususkan untuk sesi soal jawab. 

Ia dihadiri kira-kira 400 orang termasuk tokoh politik, ahli korporat, pakar ekonomi, ahli akademik, mahasiswa selain penyokong kedua-dua pemimpin. - Getaran, 17 Mei 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 6 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

2

Politik 6 jam yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

3

Politik 12 jam yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

4

Politik 14 jam yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN