web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


‘The Reason I Jump’, Inilah Filem Yang Kita Perlu!

Diangkat dari sebuah buku tulisan kanak-kanak berumur 13 tahun, 'The Reason I Jump' adalah filem rujukan untuk kita memahami hati kanak-kanak autisme.

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Apr 2022 8:15AM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kita tak akan benar-benar memahami apa yang ada di dalam kotak fikiran seorang anak autisme yang tiba-tiba menjerit atau menangis ketika meragam. Dia tidak bercakap dengan bahasa yang kita gunakan. Dia tidak melihat hidup dengan cara yang sama. Dunianya begitu berbeza. 

Semasa penulis bekerja sebagai guru taska beberapa tahun lepas, ada seorang kanak-kanak autisme yang akan tiba-tiba menjerit dan memukul kanak-kanak lain. Tiada cara meredakan gelombang hatinya melainkan dengan pelukan. Sulit memahami apa yang berada di dalam fikirannya. 

Mujurlah seorang kanak-kanak autisme berumur 13 tahun dari Jepun, Naoki Higashida menulis sebuah buku yang betul-betul menceritakan secara jelas apa yang mereka pandang, alami dan tempuhi dalam kehidupan sehari-hari. 

Buku 'The Reasons I Jump' yang terbit pada tahun 2007 itu kemudian meledak, mendapat perhatian dan diterjemah ke dalam enam bahasa. 

Naskah itu kemudian sampai kepada sutradara filem dokumentari terkenal, Jerry Rothwell yang merasakan ada keperluan untuk mengadaptasikan naskhah tersebut ke dalam bentuk visual dengan judul yang sama. 

Tujuh tahun diperlukan untuk pasukannya menyiapkan naskhah berharga ini. Ternyata benar, ini sememangnya filem wajib tonton untuk memahami ke dalaman hati seorang kanak-kanak autisme.

Rothwell melebarkan kajian dan mendokumentasikan beberapa cerita kanak-kanak autisme lain dari beberapa tempat berbeza. Misalnya seorang gadis, Amrit dari India. Amrit akan ke balkoni setiap hari kemudian menconteng sesuatu. Melihat kepada minat anaknya yang suka melukis, ibunya kemudian membelikan set lukisan.

Joss akan melukis setiap perasaan dan apa yang dialaminya seharian ke dalam bentuk lukisan. Hasilnya, satu karya begitu mengagumkan dan kini terpampang di balai pameran. 

Manakala di Arlington mereka sudah memperkenalkan cara baharu untuk berkomunikasi dengan kanak-kanak autisme iaitu dengan menggunakan huruf. Ben dan Emma adalah antara  yang bertuah kerana cekap mengadaptasi cara tersebut. Hasilnya, Ben sudah boleh membaca dan mendapat pekerjaan.

Nun jauh di Sierra Leone, tersimpan kisah lebih tragis bagi gadis bernama Jestina ini. Masyarakat di tempatnya ternyata mempercayai hal-hal tahyul termasuk autisme adalah petanda keluarga mereka telah disumpah. Akibatnya, mereka sekeluarga sering disisihkan. 

Mujurlah ibu dan bapanya tidak berputus asa memberikan pendedahan kepada masyarakat di sana. Kini, mereka membuka sekolah khas untuk kanak-kanak autisme dan masyarakat di sana sudah terbuka dan menganggap kanak-kanak ini seperti manusia biasa dan bukannya kerana disumpah seperti yang difikirkan mereka sebelum ini.

Kerana kanak-kanak autisme lebih peka terhadap sesuatu perkara secara terperinci dan tidak berkomunikasi dengan cara percakapan biasa. Maka Rothwell perlu berhati-hati untuk menjayakannya dalam bentuk visual. 

Namun bagi penulis, Rothwell sangat cermat apabila setiap perkara yang ada di dalam filem ini dipilih dan dihasilkan secara berhati-hati.

Bagi membuatkan penonton memahami apa yang dipandang oleh anak-anak autisme, Rothwell memberi penekanan kepada visual dan audio. Ini kerana anak-anak autisme melihat percik hujan, bunyi tapak kaki dan bunyi daun bergeser sebagai satu perkara besar dan tidak boleh diabaikan. Ia berbeza dengan manusia normal yang mampu mengabaikan bunyi-bunyi tersebut begitu sahaja.

'The Reason I Jump' bukanlah sekadar filem dokumentari terbaik. Sebaliknya ia adalah sebuah filem yang sangat penting untuk membuat masyarakat faham apa sebenarnya yang berada di dalam fikiran anak-anak autisme di seluruh dunia.

 Filem ini sudah mula ditayangkan di GSC sejak dua hari lalu. Datanglah ke pawagam dan terokai sendiri dunia sebenar seorang anak autisme. Anda akan faham betapa kuat dan tabahnya mereka menelusuri kehidupan. - Getaran, 21 April 2022

Gambar: GSC

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

Aniaya Kanak-Kanak Hingga Maut: Pasangan Indonesia Mengaku Salah

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Kanak-Kanak Dalam Video Tular Mangsa Amang Seksual - Polis

3

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Goat Meledak Di Pawagam, Catat Lebih RM10 Juta Sejak Khamis

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Pemandu Bas Muat Naik Video Kanak-Kanak: MCMC Diminta Beri Kerjasama Kepada Polis

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN