Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Program Menarik Di Astro Sepanjang Ramadan Ini

Bersempena dengan bulan Ramadan Al Mubarak, Astro menerusi rangkaiannya bakal menyajikan program-program menarik seperti drama, program bual bicara, program komedi dan banyak lagi. 

Filem & TV Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Apr 2022 8:42AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sepanjang bulan Ramadan ini, Astro bakal menayangkan program-program menarik di setiap rangkaian yang dimilikinya termasuklah televisyen, radio dan platform digital.

Bagi peminat drama Melayu, kali ini Astro akan mempersembahkan beberapa buah drama hebat terbaharu. Di slot Megadrama saluran Astro Ria HD (104), naskhah hasil garapan novelis ternama, Siti Rosmizah akan sekali lagi diterjemahkan dalam bentuk drama bersiri melalui ‘Jangan Menangis Cinta’.

‘Jangan Menangis Cinta’ memaparkan kisah ibu mithali dan anak syurga yang berusaha mendapatkan kasih sayang lelaki yang menghalau mereka kerana tak mampu menerima hakikat anaknya insan istimewa.

Didukung oleh gabungan lakonan mantap Amyra Rosli serta Remy Ishak, ‘Jangan Menangis Cinta’ akan bersiaran setiap Isnin hingga Khamis bermula dari 21 Mac - 26 Mei, jam 10.00 malam.

Astro Ria juga akan mengetengahkan sebuah mini-siri di slot telemovie istimewa melalui ‘NusyuzBerkiblat Cinta’, setiap Ahad, bermula 3 April, jam 9.00 malam.

Siri mini ini mengisahkan penderaan rumah tangga tanpa mengira jantina – suami yang mendera isteri, dan isteri yang mendera suami –dari segi fizikal, psikologi, seksual, sosial dan kewangan.

Drama ini akan menyaksikan gandingan Emma Maembong, Fikry Ibrahim dan Nadhir Nasar sebagai peneraju watak-watak utama.

Saluran Astro Prima HD (105) dan Prima (126) pula akan menghidangkan drama bersiri yang diadaptasi dari drama popular Korea: ‘Temptation of Wife’. Adaptasi tempatan diberi tajuk ‘Dendam Seorang Isteri’ dan akan disiarkan pada setiap Isnin hingga Jumaat, mulai 21 Mac - 8 Julai, jam 6.00 petang.

Dibintangi oleh Fasha Sandha, Nad Zainal, Aidit Noh dan Wan Raja, drama ini pasti membuatkan anda berperang dengan emosi. 

Demi menyemarakkan fitrah Ramadan tahun ini, saluran Astro Oasis HD (106) bakal membawa satu pendekatan baharu dalam mengimarahkan masjid-masjid bersama rancangan berbentuk travelog ‘Rockstar Ke Masjid’ yang akan bersiaran pada setiap Selasa bermula dari 5 April, jam 7.30 malam.

Penonton dapat menyaksikan barisan Rockstar kita melakukan 'street dakwah' dan busking untuk mengumpul dana buat masjid-masjid yang memerlukan di samping bergotong-royong untuk mencantikkan masjid tersebut. ‘Geng Ngaji’ juga akan kembali lagi untuk musim ketiga yang akan bersiaran pada setiap hari, dari 3 April - 2 Mei, jam 5.30 petang.

Bagi menghilangkan kelesuan setelah seharian berpuasa, saluran Astro Warna HD (108) bakal terus membekalkan rancangan-rancangan komedi yang telah tersedia menjadi minat ramai seperti ‘Megalawak’ yang akan bersiaran pada setiap Jumaat, bermula dari 8 April, jam 9.00 malam; dan ‘Sepahtu Al Puasa 2022’, setiap Khamis, jam 9.00 malam, dari 7 April.

Astro Warna juga buat julung kalinya akan mempersembahkan sebuah animasi selebriti pertama di Malaysia ‘Lu Pikir La Nabil Tuu Deh..!’. Diilhamkan dari kisah zaman remaja pelawak ternama Nabil Ahmad, siri animasi ini bakal mencuit hati penonton setiap Khamis, mulai 7 April, jam 10.00 malam.

Peminat Chef Wan akan dapat bersama beliau lagi sepanjang bulan Ramadan ini di Saluran Astro Oasis HD (106), melalui rancangan ‘Kembara Chef Wan’, pada setiap Rabu, mulai 6 April, jam 7.30 malam. Kali ini pengembaraan Chef Wan akan membawa penonton menerokai keindahan dunia makanan, budaya dan warisan di negara-negara Timur Tengah.

Kak Lina Pom-Pom (Elly Mazlein) akan ditemani selebriti jemputan untuk melawat destinasi-destinasi makanan viral tempatan dan memasak juadah istimewa untuk berbuka puasa. Program ini akan mempamerkan sisi berbeza selebriti jemputan melalui gurauan nakal dengan pengacaranya, tugasan memasak yang mencabar, serta sesi mukbang dan ASMR. Tontoni Kelentang Kelentung Pom Pom ini di saluran Astro Ria HD (104), Isnin hingga Khamis, bermula dari 4 April - 2 Mei, jam 6.30 petang.

Di saluran Astro Prima HD (105) dan Prima (125), sebuah rancangan realiti-majalah baharu, ‘Jejak’ akan memaparkan aktiviti amal kebajikan serta mendekati golongan masyarakat yang memerlukan, tanpa mengira latar belakang, bangsa dan agama. Jejak akan menampilkan usaha selebriti dari pelbagai bidang seperti pakar motivasi, pendakwah, pelawak serta selebriti hiburan tanah air. Rancangan ini akan bersiaran setiap Isnin, bermula 4 April - 18 April, jam 9.00 malam.

Tidak ketinggalan, khas untuk kanak-kanak, pelbagai rancangan juga telah disusun untuk menghibur sambil mencurah ilmu menepati semangat bulan Ramadan yang mulia, dengan saluran Ceria mengangkat tema #CeriaSLK, selari dengan tema utama Astro tahun ini. Melalui tema ini, kanak-kanak digalakkan untuk kongsikan semangat bulan Ramadan mereka di laman sosial Ceria dan menggunakan hashtag #CeriaSLK. Spin-off ‘Salam Skuad’ juga akan kembali pada setiap Jumaat, bermula dari 15 April, jam 3.00 petang.

Saluran Astro Ceria HD (611) dan Ceria (631) akan mengetengahkan sebuah siri animasi baru ‘Hafiz dan Hafizah’ yang bakal membawa anak-anak mengembara bersama pasangan kembar Hafiz dan Hafizah berserta rakan-rakan mereka pada setiap hari Isnin hingga Khamis, bermula dari 11 April, tepat jam 7.30 malam.

Bagi menyahut seruan kempen ‘Semangat Lebaran Kita’ untuk Ramadan 1443H, jenama-jenama Astro Radio  turut menyajikan pengisian yang bersesuaian dengan sambutan bulan mulia ini.

Di saluran ZAYAN, pendengar boleh mengambil iktibar tentang fadhilat Ramadan dalam program ‘ZAYAN Fikir Istimewa’, setiap hari pada jam 5.00 pagi dan 7.00 petang.

Keindahan tarawikh pula akan diceritakan melalui ‘Tarawikh Talk’, sebuah perbincangan bermanfaat tentang keistimewaan solat tarawikh bersama Mawi dan Anas, serta tetamu jemputan. - Getaran, 5 April 2022

Berita Berkaitan

1

Refleksi 1 bulan yang lalu

Bina Iman Untuk Ramadan, Lupakan Sementara Bina Otot - Murad

2

Kisah Kita 1 bulan yang lalu

Sukar Diperoleh, Namun Suami Isteri Pastikan Bekalan Buah Kabung Tersedia Setiap Ramadan

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Hayati Semangat Ramadan, Santuni Golongan Kurang Bernasib Baik - PM

4

Semasa 1 bulan yang lalu

1 Ramadan Ditetap 12 Mac - Syed Danial

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

Disyorkan untuk anda

Selebriti 16 jam yang lalu

Ruhainies Mohon Maaf Pada Bella Astillah, Ajak Jumpa Untuk Selesai Masalah

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 1 hari yang lalu

Pendedahan Sarah Yasmine Bikin Gempar 1 Malaya, Nama Emma, Chacha, Caprice Dan ‘TPM’ Jadi Bualan Netizen

Pendedahan berani mati Sarah Yasmine yang memaparkan mesej perbualan antara Aliff Aziz dan Ruhainies kini tular di semua platform media sosial.

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 8 jam yang lalu

Intan Ladyana Selamat Lahirkan Anak Kedua

Bayi lelaki seberat 3.06 kilogram itu dilahirkan di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Budaya 1 hari yang lalu

Temui Personaliti Anime Kegemaran Anda Di Anime Fest Plus 2024  

oleh Wartawan Hiburan Getaran