Berita Terkini

1 jam yang lalu: Polis tumpas 'Geng Mizan' aktif pecah rumah 1 jam yang lalu: Bukan semua permintaan atlet Program RTG dipenuhi - Hannah 1 jam yang lalu: Kastam gagalkan cubaan seludup dadah menerusi kurier, udara 2 jam yang lalu: Pembukaan Jambatan Bagan Datuk tarik minat pelabur - Ahmad Zahid 2 jam yang lalu: Kastam tumpas sindiket penyeludupan, rampas rokok RM1.5 juta

IKUTI KAMI


Ramadan Raya Seikhlas Hati TV3 dan TV9, Papar Sajian Program Menarik

Program-program menarik yang bakal ditayangkan merangkumi genre inspirasi dan travelog, drama, bual bicara, gaya hidup dan hiburan.

Filem & TV Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Mar 2022 8:30AM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kempen Ramadan Raya 2022 di TV3 dan TV9 yang bertemakan 'Seikhlas Hati' pada tahun ini bakal menyajikan program-program menarik yang merangkumi genre inspirasi dan travelog, drama, bual bicara, gaya hidup dan hiburan untuk tatapan penonton sepanjang bulan Ramadan ini.

Program pembukaan bulan Ramadan TV3 dimulakan dengan program travelog 'Jejak Rasul: Ulama Pewaris Rasul II' tajaan Pharmaniaga dan Yayasan Maghfirah. 

Program ini akan menyoroti pengembaraan masa Fedtri Yahya ke zaman Tanah Melayu di mana Raja-raja Melayu dikuasai oleh imperialis Inggeris dan menyaksikan pemimpin alim ulama yang telah mengorbankan nyawa mereka demi mempertahankan kedaulatan serta maruah agama dan bangsa. 

Sepanjang Ramadan ini juga, kompilasi episod terbaik 'Tanyalah Ustaz' edisi Ramadan akan dipaparkan dalam program 'Tanyalah Ustaz Seikhlas Hati'. 

Da’i Haziq dan Jalal Zaki akan berkongsi pengembaraan mereka dalam menelusuri kisah-kisah manusia, berkongsi tentang amalan-amalan hebat seperti kebaikan sedekah dan qailullah menerusi 'Sahabat Backpackers' tajaan MBSB. 

Manakala, dokumentari istimewa Nuzul Al-Quran, 'Tinta Syurga' pula memaparkan kupasan mendalam mengenai usaha meneruskan perjuangan sahabat-sahabat Nabi Muhammad SAW dalam membukukan Al-Quran selepas kewafatan baginda. 

Program bual bicara 'Sembang Sahur' diteruskan bersama hos, Haziq Hussni, Fatin Hamimah, Fadzly Fuad dan Dayah Bakar dengan membincangkan pelbagai topik-topik menarik berkaitan Ramadan dan Raya, inisiatif amal dalam segmen 'Singgah Sahur', serta belajar resipi baharu yang mudah dan cepat dalam segmen 'Jom Masak' bersama Cef Fikree dan Cef Naem.

Khas buat kaki drama, TV3 telah menyediakan drama bersiri yang paling dinanti-nantikan.

Ada Akasia: '7 Hari Mencintaiku 3', lakonan Shukri Yahaya & Siti Saleha, Lestary: 'Do You Love Me, Captain?' (Sharifah Rose dan Ali Rezark), Samarinda: 'Khilaf Asmara' (Fattah Amin, Fahrin Ahmad, Nelydia Senrose dan Fasha Sandha), 'Menantu Mek Barber' (Yana Samsudin, Fadzil Zahari dan Didie Alias) serta Azalena: 'Mem & Bibik-Bibik' (Rozita Che Wan, Zain Saidin dan Nabila Razali). 

Untuk program gaya hidup pula, ada  'Pesan Makan' menampilkan Fizo Omar dan Izzue Islam dan pencarian juadah berbuka puasa bersama Nazruddin Habibur Rahman dalam 'Jalan Jalan Cari Makan Ramadan'.

Ikuti juga pengalaman tahun pertama Zulin Aziz sebagai isteri dalam menyediakan juadah berbuka puasa dalam 'Apa Nak Masak Ni?'

Program 'Jom Berbuka' memberi peluang kepada penonton mendapatkan pelbagai resipi juadah berbuka puasa yang menarik daripada Sissy Imann, Afifah Nasir, Shiha Zikir, Sarah Suhairi, dan Bunga.  

Program berjudul 'Diari Daddy' menceritakan tentang kisah hidup selebriti dan usahawan berjaya Shuib bersama empat anak-anaknya yang comel ini, manakala 'Oh Mummy!' meninjau persiapan Hari Raya yang dilakukan Mas Idayu dan anaknya.

Hiburan diteruskan dengan 'Akustika Ramadan' musim baharu bersama-sama gandingan hos baharu, Anas Ridzuan dan Achey serta gelagat lucu Ropie, Naim Daniel dan Sarah Suhairi dalam musim baharu 'Pak Kodi 5G'. 

Tidak ketinggalan juga siri animasi' Papa Pipi' untuk adik-adik menerusi Papa Zola, seorang guru sekolah yang bersemangat tinggi tetapi cemerkap, di samping anak perempuannya yang comel serta bijak bernama Pipi Zola. 

Di TV9 pula, Datuk Rosyam Nor kembali mengemudikan program bual bicara 'Sembang Viral Mega' yang berdurasi satu jam untuk siaran istimewa pada bulan Ramadan yang mengupas isu-isu viral dan dibahaskan penuh ilmu dari perspektif Islam secara santai bersama selebriti dan panel ustaz jemputan. 

Bagi yang minat mengembara, saksikan 'Jalan-Jalan Ramadan' yang mengisahkan pengembaraan menarik Harris Alif di pelbagai negeri untuk mempelajari tradisi dan keunikan kebudayaan di kampung yang dijelajahi. 

Sementara itu, program 'Pandai Masak Ke Tu?' yang dihoskan Amy Mastura dan ditemani juri Cef Ismail dan Yatie Kitchen pula adalah program pertandingan masak yang menyediakan juadah berbuka puasa daripada selebriti popular seperti Ara Johari, Khai Bahar, Wany Hasrita, Nabila Razali, Noki K-Clique dan Izzue Islam. 

Bagi kaki drama, jangan ketinggalan menyaksikan slot Diandra, '30 Hari Sebelum Raya' yang dibintangi Liza Abdullah, Kazar Saisi, Sufian Suhaimi, Chacha Maembong, Fahrin Ahmad, Aprena Manrose, Mark Adam dan Shakilla Khoriri. 

Manakala, 'Jiwa Wanita' pula dibarisi Rita Nadira, Sherry Ibrahim, Neera Azizi dan Sophia Liana

Slot Skrin Di 9 juga menayangkan telefilem menarik iaitu Ramadan Tunggu Aku Datang, Seutas Tasbih Dari Madu, Calon Bini Pak Bilal dan Mengejar Lailatulqadar

TV9 juga turut menyediakan program istimewa buat penonton ciliknya iaitu rancangan 'Jaguh Kartun', 'Mina Mila' serta 'Little Ammar'. - Getaran, 22 Mac 2022

Gambar: Media Prima


 

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Individu Diminta Muhasabah Diri, ‘Setiap Kebaikan, Keburukan Akan Kembali Kepada Kita Sendiri’

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Bimbing Kanak-kanak Teruskan Ibadah Meskipun Ramadan Sudah Berakhir

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Ahmad Zahid Saran Umat Islam Berhati-Hati Dengan Varian Baharu COVID-19

4

Kisah Kita 1 bulan yang lalu

Haus, Panas, Dugaan Getir ‘Rider’ Ketika Ramadan, Keprihatinan Pelanggan Bakar Semangat

Sorotan

1

Sam Rainsy Sudah Tinggalkan Malaysia – Wisma Putra

2

Bayi Lelaki Dihurung Semut Di Hentian Bas

3

Peruntukan Tinggi Untuk Sabah Dan Sarawak Berdasarkan Keperluan - PM

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Lagu Flash & Dash Terinspirasi Dari Siri Anime Jepun 90-an, Yonnyboii Bergabung Dengan Rapper Sarawak, Guccismith 

oleh Zara Sofea

Muzik 1 hari yang lalu

Selamat Hari Gawai - Lagu Iban, Richah Gawai Ciptaan Dan Nyanyian Ramles Walter Trending Nombor Satu Di YouTube 

Lagu berjudul Richah Gawai ciptaan dan nyanyian Ramles Walter yang dihasilkan sempena sambutan perayaan Hari Gawai Dayak di Sarawak bermula hari ini dan esok te...

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Filem & TV 20 jam yang lalu

Kenyataan Awesome TV Biadab, Gesa Mohon Maaf Secara Terbuka - Persatuan Filem

Beberapa persatuan perfileman dalam kenyataan berasingan hari ini meluahkan rasa kecewa dengan tindakan stesen televisyen terbabit dan menggesa Awesome TV membu...

Selebriti 1 hari yang lalu

'Puteri Sarah: Terus Melangkah' Naskhah Kisah Hidup, Bukan Untuk Buka Aib Orang Lain – Puteri Sarah

oleh Rubini Nagarajah