web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 5 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Rupanya Adegan Panas Zul Ariffin Tiada Dalam Perbincangan

Ada pihak tak bertanggungjawab mengeluarkan klip 'teaser' berkenaaan tanpa keizinan penerbit.

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Mar 2022 9:14AM

Gambar Fail

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Berikutan isu babak panas video ‘teaser’ ‘Perempuan Itu’ yang mencetuskan kontroversi semalam, pihak stesen TV3 menegaskan bahawa adegan tersebut tiada dalam perbincangan kelulusan dan perbincangan mereka.

Bukan itu sahaja, adegan tersebut juga tidak selari dengan garis panduan yang ditetapkan oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF).

“Adegan yang dipaparkan sememangnya tidak sesuai untuk disiarkan apatah lagi bagi tujuan promosi. Malahan adegan tersebut tiada dalam perbincangan atau mendapat kelulusan daripada pihak stesen.

“Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3) ingin mengingatkan semua pihak yang meliputi produksi dan para pelakon supaya menjadi lebih peka kepada tindak-tanduk yang dilakukan serta menjaga sensitiviti agama dan masyarakat terutamanya dalam menjayakan mana-mana karya,” tulis kenyataan akhbar berkenaan. 

Bukan itu sahaja, pelakon Umie Aida yang juga merupakan adik Erma Fatima mengakui terkejut dengan babak panas lakonan Zul Ariffin yang dikongsikan pelakon itu di media sosialnya. Erma ialah penerbit drama ini. 

“Dari awal lagi Erma luah rasa risau bila tengok footage cerita ini. Dia kata mereka shoot sangat ‘daring’. Saya pesan, sebagai penerbit, Erma sepatutnya kena tegas dan memberikan informasi untuk lakukan penggambaran atas landasan yang dibenarkan,” tulisnya.

Bukan itu sahaja, pelakon filem Embun itu juga mendedahkan terdapat pihak tidak bertanggungjawab mengeluarkan babak panas yang belum sempat disunting itu tanpa keizinan penerbit untuk tujuan viral.

“Ada pihak sanggup keluarkan footage (yang Erma nak buang daripada editor) tanpa keizinan pihak penerbit dan post di Instagram. Motif keluarkan footage yang belum disunting dan teruja dengan babak yang kurang indah itu dikongsikan untuk viral?

“Sayangnya bila ada pihak tak bertanggungjawab dalam tugas diberikan. Skrip dan interpretasi pengarah berbeza. Lakon layar dibuat oleh pengarah, bukan penulis skrip atau penerbit. Dan sebagai pelakon, wajar tolak lakon layar yang di luar kewarasan,” tambahnya.

Terdahulu, Zul Ariffin memuat naik sebuah klip video teaser dari drama ‘Perempuan Itu’, memaparkan aksinya menanggalkan baju dan mendukung Siti Hariesa. 

Klip berkenaan kemudian telah menjadi tular dan menerima kecaman daripada orang ramai. Zul bagaimanapun telah memadam video berkenaan pada Sabtu. - Getaran, 20 Mac 2022



 

Isu Pada

Jiwa Bebas Fauzi Baadila

19 Mar 2022

Sorotan

1

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek

2

Harga RON97, RON95 Tanpa Subsidi Dan Diesel Turun Bagi Tempoh 4 Hingga 10 Jun

3

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

4

Pertemuan Aminuddin-Tuanku Muhriz Cetus Teka Teki Tarikh PRN Negeri Sembilan

5

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

6

Nahas Simpang Renggam: Reman Pemandu Punca Kejadian Dilanjut Sehari Lagi

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

"For You Nourul" Bukti Pesona, Vokal Masih Berbisa Selepas 3 Dekad

Filem & TV 3 jam yang lalu

Bawa 'Kata Hati' Ke Layar Perak, Pengarah Mahu Cipta Semula Magis Romantik Komedi

Dibintangi barisan pelakon baharu dan berpengalaman seperti Nia Atasha, Yusuf Hashim, Faziq Mugris dan Scha Al-Yahya, Kisah Hati berkisar tentang konflik cinta...