web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Adegan Drama Melampaui Batas, Cemar Kesucian Ramadan

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Mar 2022 1:56PM

Salah satu adegan Zul Ariffin dalam sebuah drama bertajuk Perempuan Itu.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad melahirkan kegusaran terhadap adegan sebuah drama yang disifatkannya melampaui batas, selepas ia tular di media sosial.

Drama dilakonkan seorang aktor terkenal itu dijangka ditayangkan pada bulan Ramadan depan.

Menurutnya, Ramadan adalah bukan yang amat ditunggu oleh setiap orang beriman bagi  meningkatkan ketakwaan dalam diri, namun dicemari dengan adegan melampau dan perlu ditegur.

“Hiburan tidak dihalang dalam Islam namun tatacaranya pastinya terdapat disiplin tegas, apatah lagi melibatkan ikhtilat berlebihan dengan adegan yang ternyata mengundang maksiat.

“Saya akan menghubungi pihak yang terbabit untuk mendapatkan nasihat supaya perkara ini boleh ditegah dan diubah dengan hikmah,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Idris Ahmad - Gambar fail
Idris Ahmad - Gambar fail

Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas penularan adegan sebuah drama bertajuk Perempuan Itu, lakonan Zul Ariffin dan pendatang baharu, Siti Hariesa yang dikatakan akan ditayangkan Ramadan depan.

Klip video tersebut mengundang kritikan kerana memaparkan beberapa aksi mengghairahkan, antaranya babak Zul mendukung Siti Hariesa seperti sedang berasmara.

Dalam satu adegan lain, Siti Hariesa turut digambarkan menyuap ‘whipping cream’ ke arah mulut Zul dengan gaya menghairahkan.

Idris berkata, beliau tidak pernah berhasrat untuk menghalang perkembangan industri hiburan di Malaysia.

“Tetapi jika ia mencemarkan fitrah dalam agama, saya tidak boleh membiarkannya berlaku tanpa dinasihati.

“Dalam masa yang sama, saya menyeru seluruh umat Islam, tidak kira usia dan kedudukan, untuk bersiap menghadapi Ramadan yang menjanjikan sejuta hikmah oleh Allah SWT,” katanya.

Beliau turut mengingatkan umat Islam supaya mempersiapkan diri, pasangan, keluarga dan masyarakat sekeliling untuk mengimarahkan Ramadan dengan penuh pengharapan dan keinsafan.

“Jauhi perkara mendekatkan kita dengan maksiat, agar Ramadan kita tidak tercalar dengan cacat cela,” katanya. - Getaran, 19 Mac 2022

Berita Berkaitan

1

Seni & Hiburan 2 tahun yang lalu

"Saya Dah Jumpa Pilihan Yang Paling Tepat, Ibu Saya Sayang Dan Anggap Dia Seperti Anak" - Zul Ariffin

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

Syafiq Kyle, Mimi Lana Batal Pernikahan, Mesej Disampaikan Pengurus

3

Selebriti 3 tahun yang lalu

Persiapan Perkahwinan Sudah Siap 100 Peratus – Syafiq Kyle Tunggu Masa Untuk Lafaz Akad Nikah Mimi Lana

4

TARA 3 tahun yang lalu

Tahniah! Mimi Lana – Syafiq Kyle Sudah Bertunang, 'One Step Closer...'

Sorotan

1

Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

2

PRN Negeri Sembilan: Kerjasama PN & BN Jadi PBN - Hamzah

3

Lesen Di Malaysia Batal, Network School Pindah Ke Kazakhstan

4

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

5

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

6

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Network School: Imigresen Jejak 18 Warga Asing, ‘Hilang’ Daripada Rekod Rasmi 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Taktik Makin Canggih, Sindiket Antarabangsa Eksploitasi Daftar Masuk Saat Akhir Untuk Keldai Dadah

oleh Sophia Ahmad

Politik 11 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Kerjasama PN & BN Jadi PBN - Hamzah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

oleh Sophia Ahmad