web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Giliran Mat Penyu - Zul  Huzaimy Tersingkir TMSM 

Gaya yang nakal dan perut yang boroi masih tidak membantu Mat Penyu memperdayakan enam juri The Masked Singer Malaysia(TMSM) menerusi penyamaran itu. 

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Mar 2022 5:39PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pertandingan nyanyian berkonsepkan misteri The Masked Singer Malaysia (TMSM) musim kedua sudah pun melepasi enam minggu dan giliran Mat Penyu pula tersingkir selepas membawakan lagu 'Karam' nyanyian asal Zabarjad.

Dengan penyingkiran tersebut, akhirnya penonton dapat menyaksikan sendiri bahawa selebriti di sebalik figura Mat Penyu yang nakal dan buncit itu adalah aktor dan pengarah Zul Huzaimy yang mengakui cukup gembira dengan penglibatannya dalam program tersebut. 

Apa yang menarik, enam juri iaitu Datuk Aznil Nawawi, Ella, Angah, Ramona Zamzam, Remy Ishak dan Zizan Razak berjaya membuat tekaan yang tepat terhadap misteri selebriti di sebalik figura Mat Penyu itu. 

Dalam kalangan para juri pula, Zizan Razak kekal menduduki tangga teratas dengan meraih  empat markah pada minggu ini, lantas melayakkan dirinya untuk memenangi Anugerah ‘Tekaan Juri Paling Gempak’ diikuti Remy Ishak dan Aznil Nawawi. 

Sementara itu, minggu keenam turut menyaksikan Rambutan, Burung Hantu dan Seladang berada di tangga teratas, manakala Bujang Senang, Ratu Semut dan Mat Penyu di kedudukan tiga paling bawah. 

Dengan penyingkiran Mat Penyu menerusi markah terendah sebanyak 76.33 peratus, bererti hanya lapan selebriti di sebalik topeng iaitu Rambutan, Burung Hantu, Seladang, Periuk Kera, Si Merak, Orkid, Bujang Senang dan Ratu Semut yang akan mara ke minggu seterusnya.

Siapa agaknya yang akan kantoi minggu hadapan? Saksikan program TMSM di Astro Warna (Saluran 127) dan Warna HD (Saluran 107) pada setiap Jumaat, jam 9 malam. - Getaran, 7 Mac 2022

Gambar: Astro

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Nahas Bot Penumpang Filipina: Korban Meningkat 26

2

Luar Negara 3 tahun yang lalu

7 Rakyat Malaysia Selamat, Kapal Pelancong Karam Di Indonesia

3

Selebriti 3 tahun yang lalu

Masih Belum Sampai Masa Lagi Untuk Saya Berubah, Emma Maembong Juga Tak Mahu Respon Pasal Hamil 

4

Filem & TV 3 tahun yang lalu

'The Masked Singer Malaysia' Musim 3 Kembali Dengan Lebih Gah, Karakter Penuh Warna-Warni 

Sorotan

1

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

2

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

3

Pelajar, Bapa Dipukul Di Luar Sekolah, Beberapa Individu Ditahan

4

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

5

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

6

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

Melodi Tampil Dengan Wajah Baharu, Ain Edruce Kini Gandingan Kamal Adli 

oleh Rahayu MN