Berita Terkini

3 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


‘I Care A Lot’ Dedah Konspirasi Sistem Penjaga Di Amerika Syarikat

Menonton 'trailer' filem ini saja sudah cukup untuk membuat jantung berdebar. Adakah filem penuhnya memberi kesan yang sama?

Filem & TV Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Mar 2021 8:53AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sekiranya anda menjangka filem ini adalah sebuah kisah protagonis wanita berhati emas dan kaya dengan nilai-nilai murni, harap maaf, anda salah sama sekali.

Filem bergenre psychological thriller ini menguraikan Impian Amerika (American Dream) yang jarang diketengahkan oleh produksi Hollywood.

Ia mendedahkan kelemahan dan konspirasi pengurusan pusat jagaan warga tua dengan sistem penjaga (guardianship) yang diamalkan di Amerika Syarikat. Ia juga mengutarakan isu kelemahan dalam undang-undang dan perlembagaan.

Menurut laporan yang dibuat pada tahun 2010, Pejabat Akauntabiliti Kerajaan AS (GAO) menemui beratus-ratus tuduhan penderaan fizikal, pengabaian dan eksploitasi kewangan oleh penjaga di 45 negeri dan Daerah Columbia antara tahun 1990 hingga 2010. Penjaga juga telah mencuri aset bernilai USD 5.4 juta daripada warga jagaan mereka dalam tempoh itu.

Filem ini pastinya mencetuskan dialog atau perbahasan mengenai etika dan ideologi yang menopang sistem kapitalis.

I Care a Lot berkisar tentang watak Marla Grayson yang dilakonkan oleh Rosamund Pike, seorang penjaga lantikan kerajaan Amerika Syarikat yang mengambil kesempatan ke atas warga-warga tua di bawah jagaannya.

Beliau seorang yang tamak dan meraih kekayaan melalui tipu daya, ekploitasi dan kemahiran memanipulasi undang-undang. Marla bersubahat dengan seorang doktor dan pengurus rumah jagaan warga tua untuk merealisasikan impiannya untuk menjadi kaya-raya.

Tersalah langkah memerangkap seorang wanita tua yang merupakan ibu kepada Roman Lunyov, seorang samseng Rusia lakonan Peter Dinklage,  Marla menempuh pelbagai kepayahan dan halangan.

Bagai buku bertemu ruas, pertelingkahan antara watak Marla Grayson dan Roman Lunyov memuncak dan diiringi dengan adegan-adegan mencemaskan.

Jalan cerita bahagian pertama filem ini mencengkam perhatian namun bahagian kedua agak berkecamuk plotnya. Tetapi filem ini terselamat kerana berjaya mengejutkan penonton dengan plot twist menjelang penghujung.

Namun begitu lakonan Rosamund Pike dan Peter Dinklage mantap dan patut diberi pujian. Mutu lakonan pendatang baru Eiza González (Fran) dan pelakon veteran Dianne Wiest (Jennifer Peterson) juga tidak mengecewakan.

Kesudahan filem ini memberi peringatan kepada penonton tentang karma. Bak pepatah Melayu sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Secara keseluruhan penulis berpendapat filem ini sampai ke destinasi yang dituju, cuma plotnya menyimpang sedikit dalam perjalanan.

I Care a Lot kini boleh ditonton di Netflix Malaysia.

Sorotan

1

Jenazah Tun Hanif Omar Selamat Dikebumikan Di Bukit Kiara, Sebelah Pusara Anaknya

2

Anwar Beri Penghormatan Terakhir Kepada Mendiang Joseph Kurup

3

DNB Telus Dalam Jalankan Operasi

4

Malaysia, Thailand Tingkatkan Kerjasama Perangi Jenayah Rentas Sempadan

5

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

6

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart

Disyorkan untuk anda

Muzik 11 jam yang lalu

Fenomena 'Alamak Raya Lagi' Tarik Minat Kaum Lain Raikan Aidilfitri

Filem & TV 1 hari yang lalu

Maryam Pagi Ke Malam Raih 2 Anugerah Di Festival Filem Asia Ke-21

Selebriti 15 jam yang lalu

‘Saya Belum Layak Dapat Gelaran Biduanita’ - Ziana Zain 

Bagi Ziana, masih ramai lagi penyanyi yang sesuai mendapat pengiktirafan itu, yang tertinggi sebagai seorang penyanyi

oleh Helmi Anuar

Filem & TV 1 hari yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

oleh Helmi Anuar