web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


AJL36 Mahu Bangkitkan Semula Industri Muzik Tanah Air 

AJL 36 kali ini memilih tema ‘Inilah Rentak Kita’ sebagai simbol untuk mengangkat semula industri muzik tanah air dan Datuk Ramli MS sebagai pengarah  muzik.

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Feb 2022 7:23PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pemililhan ‘Inilah Rentak Kita’ sebagai tema penganjuran Anugerah Juara Lagu 36 (AJL36) pada tahun ini dianggap sebagai sebagai titik mula ke arah kebangkitan semula industri muzik tanah air. 

Pengarah Eksekutif AJL36, Jamil Hassan berkata, sebelum ini, sudah dua tahun industri muzik tempatan mengalami kesuraman akibat pandemik COVID-19. 

“Memandangkan AJL boleh diklasifikan sebagai program yang berprestij di tanah air, kita cuba bangkit semula dengan rentak-rentak lagu yang pelbagai. 

“Walaupun kes harian semakin meningkat kebelakangan ini, tahun ini adalah tahun awal di mana fasa pandemik telah bertukar kepada endemik dan kita juga sudah semakin serasi dengan COVID-19. 

“Jadi, inilah masanya untuk AJL mengangkat kembali industri muzik agar ia kembali rancak seperti mana sebelum kita mengalami pandemik. Sebab itulah kita pilih ‘Inilah Rentak Kita’ sebagai tema AJL,” katanya. 

Tentang pemilihan Datuk Ramli MS sebagai pengarah muzik, Jamil menjelaskan bahawa dalam sejarah penganjuran AJL, bukanlah sesuatu yang luar biasa apabila pihak produksi menukar pengarah muzik. 

“Pemilihan ini dibuat bukanlah atas dasar untuk membandingkan kredibiliti mereka. Sebaliknya, apa yang kita lakukan ini adalah untuk mengetengah seramai mungkin pengarah muzik yang kita ada.

“Dua tahun lepas, kita pernah gunakan khidmat Aubrey Suwito dan kita juga pernah mendapatkan Helen Yap sebagai pengarah muzik. 

“Namun, Datuk Ramli MS juga bukanlah nama yang asing bagi jenama AJL. Jadi, pada tahun ini pihak pengurusan, pasukan produksi beserta persetujuan finalis AJL 36, kami sebulat suara memilih beliau untuk mengetuai AJL kali ini. 

“Lagipun finalis-finalis juga tiada masalah untuk bekerja dengan beliau. Itu juga antara sebab mengapa kami memilih beliau sebagai pengarah muzik AJL 36,” katanya lagi. 

Mengenai SOP di atas pentas, Jamil memaklumkan, sekalipun Majlis Keselamatan Negara (MKN) membenarkan meletakkan seberapa ramai peserta mengikut keluasan pentas dengan penjarakan sosial, pihaknya cuba ambil langkah selamat  dan berhati-hati

“Dengan pentas bersaiz 60 x 40, kita telah menetapkan had sebanyak 20 orang di atas pentas pada satu masa,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Projek Anugerah Juara Lagu 36, Russell Mark Rodrigues pula memberitahu, pihaknya amat menitikberatkan SOP dalam penganjuran AJL36 ini. 

“Kita akan pastikan semuanya orang membuat ujian calitan dan ujian kendiri pula dilakukan setiap hari dengan penggunaan gelang berwarna yang berbeza.

“Kita juga telah menetapkan untuk membenarkan kehadiran 200 penonton dan mereka perlu mengemukakan sijil ujian RTK daripada klinik kepada pihak kami sebelum dibenarkan masuk ke dalam auditorium. 

“Andai kata berlaku perubahan yang tidak memihak kepada kami untuk menyertakan kehadiran penonton, kita terpaksa kembali dengan stail penganjuran tahun lepas iaitu hos berada di studio dan hanya finalis dan peserta yang beraksi di pentas,” katanya.

Mengenai konsep persembahan setiap finalis pula, Russell berkata, pihak produksi sudah pun duduk berbincang dengan mereka dan menasihat beberapa perkara agar tidak berulang sejarah persembahan yang tidak sesuai dipertontonkan di TV. 

“Kita sudah pun melihat presentation mereka. Kita sudah duduk berbincang dengan kesemua 12 finalis. Ini adalah satu pasukan kerja di antara pihak prokduksi dengan mereka," katanya. - Getaran, 23 Februari 2022

Gambar: TV3 

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Semasa 2 tahun yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

3

Semasa 2 tahun yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Peningkatan Kes COVID-19, Amalkan Semula SOP Kesihatan - Pakar

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN