web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kerjasama Penggiat Industri, Kerajaan Bantu Rancak Semula Industri Filem

Pelbagai program dan inisiatif telah dirancang tahun ini oleh FINAS bagi menggerakkan industri perfileman termasuk memberi kelonggaran bagi penggunaan alatan termasuk peralatan penerbitan studio.

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Jan 2022 4:26PM

Majlis Pelepasan Tren Barisan Kru dan Pelakon 'Misteri Hutan Tok Kepak' (MHTK) di Stesen Keretapi Kuala Lumpur. Gambar: Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kerjasama antara penggiat industri perfileman dan sokongan daripada kerajaan diyakini dapat membantu usaha Perbadanan Kemajuan Filem Malaysia (FINAS) merancakkan semula industri itu yang terjejas akibat pandemik COVID-19.

Ketua Pegawai Eksekutif FINAS Prof. Dr. Md. Nasir Ibrahim berkata pelbagai program dan inisiatif telah dirancang tahun ini bagi menggerakkan industri perfileman termasuk memberi kelonggaran bagi penggunaan alatan termasuk peralatan penerbitan studio.

“Filem kita jika tidak diaktifkan semula, ia akan jejaskan ekosistem industri perfileman. Jika tiada dana dan tiada penerbit yang punyai kewangan yang kukuh maka filem tidak dapat dihasilkan sekali gus akan menjejaskan pengarah, pelakon dan kru penerbitan,

“Sebagai contoh, apa yang dilaksanakan Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) melalui Program Pemantapan Ahli Amatur bagi melahirkan pengarah muda adalah satu usaha yang baik. Kalau semua pihak termasuk persatuan di bawah FINAS mainkan peranan masing-masing, saya yakin industri filem kita akan bergerak semula,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis Pelepasan Tren Barisan Kru dan Pelakon Misteri Hutan Tok Kepak (MHTK) di Stesen Keretapi Kuala Lumpur di sini hari ini.

Turut hadir Presiden FDAM Dr Ahmad Ibrahim, Ketua Pegawai Korporat Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Suhaimi Yaacob dan Ahli Majlis Penasihat FDAM Datin Paduka Shuhaimi Baba.

Sementara itu, Ahmad berkata FDAM menyasarkan untuk melahirkan sekurang-kurang 10 penerbit muda dalam kalangan ahli amaturnya setiap tahun melalui projek penerbitan filem kos rendah.

“Bermula pada hujung 2019 dengan empat orang ahli pertama, kini jumlah ahli amatur FDAM telah mencapai hampir 300 orang dari seluruh negara. Mereka terdiri daripada pelbagai latar belakang kerjaya seperti pensyarah, peguam, peniaga, penerbit, pelakon serta siswazah yang baharu berijazah.

“Walaupun mereka tiada pengalaman dalam pengarahan filem, mereka telah menunjukkan daya usaha untuk menimba ilmu dan kemahiran daripada pengarah senior,” katanya.

Katanya filem Misteri Hutan Tok Kepak terbitan bersama FDAM dan K. Titanium Pictures adalah projek perintis penerbitan filem yang diusahakan sepenuhnya oleh generasi pertama penerbit muda dalam kalangan ahli amatur FDAM. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 1 tahun yang lalu

Getaran Tanyakan Episod 3

2

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Perjuangan Sinematik Marc Abas

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Tambang Perjalanan ETS Terganggu Akan Dipulangkan Secara Penuh - KTMB

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Basikal Dilarang Dalam ETS, Tren Antara Bandar - KTMB

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN