Berita Terkini

1 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


'Rupanya Ada Cerita Lain Waktu Konsert Siti, Kementerian Menghilang Lepas...'

Ini antara yang dikongsi dalam filem dokumentari 'Siti: Are You Ready?'.

Filem & TV Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jan 2022 8:57AM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bagi memulakan artikel ini, mari kita mengimbau kembali tahun 2018 bagaimana berjayanya konsert Dato' Sri Siti Nurhaliza on Tour yang diadakan di tiga negara iaitu Indonesia, Singapura dan Malaysia. Waktu itu, tidak hanya akbar tempatan dan antarabangsa, malah laman sosial dibanjiri dengan komen bangga dan cerita jualan tiket konsert yang laku manis. 

Hanya Siti Nurhaliza satu-satunya artis Malaysia yang mempunyai filem dokumentari sendiri, Siti: Are You Ready? yang dihasilkan kemas oleh peminatnya iaitu M Azhar Rot dan Anz Izwan. Jika ada filem dokumentari untuk artis tempatan lain selepas ini, bersedialah untuk dibandingkan dengan Siti Nurhaliza. 

Menonton filem dokumentari itu tidak hanya tentang Siti tetapi ia merakam bakat, idea, kreativiti dan paling penting semangat anak-anak seni kita termasuk pemuzik, penari, penata gaya, pengarah persembahan serta kru produksi tempatan.

Lihatlah, dengan ruang, peluang dan kesempatan kita boleh menghasilkan sesuatu yang 'gila' serta besar seperti konsert mega ini. 

Rupa-rupanya konsert ini tidak selancar dan semudah yang difikirkan. Ada banyak konflik yang menguatkan, juga cabaran yang secara tidak langsung melondehkan kebenaran sisi lain industri yang menghambat kreativiti dan kebolehan anak seni tempatan.

“Sebenarnya kami dijanjikan dana untuk konsert jelajah Siti Nurhaliza On Tour di Jakarta, Singapura dan Malaysia. Bagitu juga konsert di Royal Albert Hall, London. Pembentangan sudah dilakukan dihadapan seorang menteri dan beliau terus bersetuju serta meluluskan projek ini. Ia sudah pun diterima, diminitkan dan diserahkan kepada pegawai. 

“Namun, itulah pertemuan terakhir dengan kementerian tersebut. Selepas itu kita tidak pernah dengar khabar daripada mereka sehinggalah konsert kami tamat,” kata Penerbit Eksekutif Shiraz Projects, Shirazdeen Karim kepada Getaran baru-baru ini.

Bukan itu sahaja, pihaknya juga pernah meminta dana daripada FINAS untuk kategori khas kenegaraan namun ditolak. 

“Siti adalah 'hero' dan kebanggaan negara kita. Filem ini mahal. Ketiga-tiga konsert ini kami rakam dengan kualiti 4K yang mana stesen televisyen tak akan buat.

"Jadi, saya kena berani untuk buat juga filem ini sebab saya tahu kita ada ramai pemuzik dan bakat kreatif yang boleh hasilkan sesuatu yang kualitinya setaraf antarabangsa,” katanya lagi.

Shiraz
Shiraz

Melihat kepada senario ini yang disifatkan boleh membantutkan pertumbuhan industri kreatif di Malaysia, Shiraz mengharapkan perubahan walaupun kedengaran sukar.

“Saya berharap situasi ini berubah tetapi ia susah. Selagi cara fikir orang berkenaan tidak bertukar sampai bila-bila industri kita akan begini. Sayangnya kita mungkin 20 tahun di belakang berbanding artis Indonesia.

"Sedangkan dahulu Malaysia adalah destinasi untuk artis luar negara buat konsert. Mungkin silap kita dalam soal pengurusan," tambahnya. 

Tidak hanya isu dana, mereka berdepan lebih banyak dugaan seperti penerbangan ke Jakarta yang dibatalkan. Tiket konsert di Jakarta juga tidak mendapat sambutan menyebabkan ia hampir ditunda.

Siti Nurhaliza ketika ditemubual media baru-baru ini.
Siti Nurhaliza ketika ditemubual media baru-baru ini.

Namun, disitulah letaknya magis Siti Nurhaliza. Dia tiba lebih awal dan gigih melakukan kerja-kerja promosi sehingga tiket konsert habis dalam masa beberapa hari sahaja.

“Memang banyak cabaran tetapi Tuhan bantu. Itu sahaja yang saya boleh cakap,” ujar Shiraz menutup temu ramah.

Semua konflik dan cabaran tersebut dapat disaksikan sendiri menerusi filem dokumentari Siti: Are You Ready? terbitan Siti Nurhaliza Productions (SNP) dan Shiraz Projects yang ditayangkan menerusi Astro First sejak 30 Disember lalu. - Getaran, 5 Januari 2022.

Gambar: Mohd Azim Abd Rahman

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 3 hari yang lalu

Nyanyian Duet Tengku Ampuan Pahang, Datuk Sri Siti Nurhaliza Pikat Tetamu

2

Sukan 6 hari yang lalu

Pecahkan Dominasi JDT Musim Ini - Azman Adnan

3

Selebriti 2 minggu yang lalu

 Alif Satar Perluas Kempen #GengSubuhMacamJumaat Ke UK

4

Luar Negara 2 minggu yang lalu

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

Sorotan

1

Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai Dijangka Beroperasi Semula Dalam Tempoh 24 Jam

2

PRK DUN Kuala Kubu Baharu: Calon Atas Nama Kerajaan Perpaduan, Bukan Parti - Zamry

3

JS-SEZ, SFZ Mampu Pacu Ekonomi Johor Atasi Negeri Lain – PM

4

Peluang PN Menang Di KKB Lebih Besar Kalau Calon Melayu - Sanusi

5

MCMC Ambil Keterangan Chegubard, Salim Iskandar Dan Papagomo

6

Tun Musa Teguh Dengan Prinsip, Integriti – PM

7

200 Ulama Nusantara Dijangka Hadiri Persidangan Ulama Sedunia Mei Ini

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 4 jam yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

oleh Helmi Anuar

Selebriti 20 jam yang lalu

Aiman, Zahirah Bakal Timang Anak Perempuan

Berita gembira itu dikongsi menerusi video yang dimuat naik di akaun Instagram

oleh Wartawan Getaran

Muzik 1 hari yang lalu

Alamak Raya Lagi! Terus Mendunia, Tular Sana-Sini 

De Fam jawab kritikan dan jelaskan lirik lagu ini ditulis berdasarkan pengalaman sendiri.

oleh Rahayu MN

Selebriti 1 hari yang lalu

Daud Kim Menipu?

oleh Fida Ruzki