Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Tercalon 5 Kategori, Khai Bahar Mendominasi AME 2021 

Khai Bahar mendapat pencalonan terbanyak iaitu Lagu MeleTOP ERA, Penyanyi MeleTOP ERA, Grup/Duo MeleTOP ERA, Artis Versatil MeleTOP dan Program MeleTOP.

Filem & TV Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Dec 2021 5:51PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tahun ini cukup bermakna buat penyanyi Khai Bahar apabila namanya kerap tersenarai dalam pelbagai kategori pencalonan dalam beberapa penganjuran anugerah muzik dan hiburan tempatan. 

Bagi Anugerah MeleTOP ERA 2021 (AME2021), Khai Bahar mendominasi senarai akhir dengan pencalonan terbanyak menerusi lima kategori yang dipertandingkan iaitu Lagu MeleTOP ERA, Penyanyi MeleTOP ERA, Grup/Duo MeleTOP ERA, Artis Versatil MeleTOP dan Program MeleTOP.

Sebelum ini, penyanyi tersebut pernah mengungguli kategori Top Top MeleTOP menerusi penganjuran edisi AME2018 dan AME2019.

Kumpulan pop yang kian popular, Dolla dan Shiha Zikir turut menyerlah apabila masing-masing tercalon buat pertama kali dalam empat kategori. 

Dolla tercalon untuk kategori lagu MeleTOP ERA, Grup/Duo MeleTOP ERA, BBNU MeleTOP dan Artis Baharu MeleTOP. 

Dolla juga merupakan satu-satunya calon wanita yang berjaya membolosi senarai Top 5 dalam kategori Artis Baharu MeleTOP bersama pesaing lain yang tidak kurang hebatnya dalam bidang lakonan iaitu Dini Schatzmann, Meerqeen, Nadhir Nasar dan Syahmi Sazli.

Manakala Shiha Zikir pula menerima tiga pencalonan individu untuk kategori Lagu MeleTOP ERA, Bintang Filem MeleTOP, Artis Versatil MeleTOP serta pencalonan bersama rapper Noki untuk kategori Grup/Duo MeleTOP ERA. 

Menariknya, Shiha turut muncul sebagai finalis wanita tunggal yang tersenarai untuk kategori Bintang Filem MeleTOP mewakili filem Hantu Bonceng 2.0. Persaingan di dalam kategori ini adalah Fattah Amin, Kamal Adli, Sharnaaz Ahmad dan Syahmi Sazli.

Dini Schatzmann yang juga pelakon berdarah kacukan buat pertama kalinya turut menerima pencalonan dalam dua kategori. Selain Artis Baharu MeleTOP, dia turut tercalon dalam senarai Pelakon MeleTOP.

Isaac Raees iaitu anak kepada pasangan selebriti Zahirah Macwilson dan Aiman Hakim Ridza merupakan satu-satunya pesaing yang tercalon untuk kali pertama dalam kategori Si Cilik MeleTOP. 

Pesaing lain seperti Aqeef Anaqi, Ayya Soffya, Jebat Jayden serta pasangan kembar Arianna Aubrey dan Karl Kareef pernah membolosi senarai akhir dalam penganjuran sebelum ini.

Nadhir Nasar dan Meerqeen yang finalis akhir dalam kategori Artis Baharu MeleTOP adalah bintang berbakat besar kelahiran program pencarian bakat Hero Remaja terbitan Astro Ria dan Nu Ideaktiv Sdn. Bhd. 

Penyampai berita Astro Awani, Luqman Hariz turut berjaya menembusi kelompok finalis akhir bersaing dengan nama-nama popular seperti Jihan Muse, Jep Sepahtu, Alif Satar dan Ebit Lew dalam kategori Personaliti TV MeleTOP.

Drama komedi seram di bawah penjenamaan kandungan premium ‘Astro Originals’, ‘Kampung Pisang Bersiri-Siri’ arahan sutradara prolifik, Allahyarham Mamat Khalid turut tersenarai dalam kategori Drama MeleTOP.

Sebanyak 16 kategori bakal dipertandingkan dalam AME 2021. Kategori tersebut adalah Lagu MeleTOP Era, Penyanyi MeleTOP, Grup/Duo MeleTOP, Filem MeleTOP, Bintang Filem MeleTOP, Drama MeleTOP, Pelakon MeleTOP dan Video MeleTOP.

Tidak ketinggalan Artis Versatil MeleTOP, Personaliti TV MeleTOP, Influencer MeleTOP, Artis Baharu MeleTOP, Couple MeleTOP, Si Cilik MeleTOP, BNNU MeleTOP dan Program MeleTOP. Sebagai kelainan, anugerah utama iaitu Top Top MeleTOP.

Bertemakan ‘Fresh Black Tie’ dengan tagline ‘Yang Fresh, Yang Legend’, AME 2021 bakal menampilkan kelainan baharu dengan membawa masuk selebriti versatil, Sherry Al Hadad sebagai hos utama untuk mengemudi malam kemuncak bersama Nabil Ahmad dan Jihan Muse.

Acara karpet merah menerusi program Konsert Tirai AME 2021 dihoskan personaliti ERA, Danial Zaini dan Isha Norsham dan bakal diserikan dengan persembahan istimewa Da Unknown, Daiyan Trisha, Ara Johari, Lil J serta Dolla.

Manakala acara kemuncak AME 2021pula akan dimeriahkan dengan persembahan istimewa angkatan penyanyi legenda dan BBNU seperti Search, Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Dayang Nurfaizah, Noraniza Idris, Hael Husaini, Wany Hasrita, Han Byul, Yonnyboii, Zynakal, Loca B, MK danTuju K-Clique, De Fam, Bunga, Amir Masdi, Usop, Tajul, Afieq Shazwan serta Asyraf Nasir.

Bakal berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 30 Januari 2021, jam 9 malam, AME2021 akan dipancarkan secara eksklusif di platform Astro Ria (104), Astro 4K UHD (780), Astro Go, On Demand dan sooka. Konsert Tirai AME2021 pula ditayangkan jam 8.30 malam. - Getaran, 22 Disember 2021

Gambar: Instagram & Fail

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 7 bulan yang lalu

Hantaran Instagram Taylor Swift Bantu Pecah Rekod Pendaftaran Undi

2

Selebriti 10 bulan yang lalu

Penyanyi Legenda Bossa Nova, Astrud Gilberto Meninggal Dunia

3

Filem & TV 11 bulan yang lalu

Asalnya Untuk Tayangan Astro First, Tapi Filem Zim Zim Ala Kazim Arahan Mawi Akan Ditayangkan Di Panggung Terlebih Dahulu 

4

Selebriti 1 tahun yang lalu

Muna Shahirah Dedah Jana Pendapatan Enam Angka Sebagai Gamers! 

Sorotan

1

Pemangku Ketua Bahagian BERSATU  Calon PN Untuk PRK KKB

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Disyorkan untuk anda

Selebriti 16 jam yang lalu

Pendedahan Sarah Yasmine Bikin Gempar 1 Malaya, Nama Emma, Chacha, Caprice Dan ‘TPM’ Jadi Bualan Netizen

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 3 jam yang lalu

Ruhainies Mohon Maaf Pada Bella Astillah, Ajak Jumpa Untuk Selesai Masalah

Selepas agak lama berdiam diri, akhirnya pelakon sensasi, Ruhainies tampil bersuara tentang isu hangat yang sedang melanda dirinya

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 1 hari yang lalu

Bella Astillah Akui Bertemu Sarah Jasmine, Baca Mesej Ruhainies Desak Aliff Buka Aibnya

Pelakon dan penyanyi itu memaklumkan Sarah Jasmine menghubunginya untuk memohon maaf kerana menjalinkan hubungan sulit dengan suaminya. 

oleh Helmi Anuar

Selebriti 1 hari yang lalu

Adira Sah Bercerai

oleh Wartawan Hiburan Getaran