web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


MBO Cinemas Bakal Beroperasi Semula Dengan Pengurusan Baharu 

Sinema MBO Cinemas pertama yang akan dibuka semula adalah di Atria Shopping Gallery, Damansara pada 29 Disember ini. 

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Dec 2021 3:47PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pandemik COVID-19 yang melanda seluruh dunia telah menjejaskan industri perfileman tanah air, termasuklah pengusaha panggung yang mempamerkan filem tempatan dan luar negara di premis mereka. 

Salah satu pengusaha panggung yang terkesan adalah MBO Cinemas sehingga terpaksa menutup operasi apabila bisnes terjejas teruk sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan untuk tempoh yang lama.   

Namun, pembikin dan pencinta filem barangkali mampu menarik nafas lega kerana MBO Cinemas bakal beroperasi semula tidak lama lagi. 

Perkara ini telah dimaklumkan menerusi satu kenyataan akhbar yang dihantar kepada pihak media. 

Pengarah Urusan MBO Cinemas, Karthiik Doraisingam berkata, pawagam MBO Cinemas akan beroperasi semula di bawah pengurusan baharu. 

“Kami sangat teruja untuk membuka semula MBO Cinemas dan meneruskan operasinya seperti dahulu. 

“Keutamaan kami adalah untuk memberikan pengalaman sinematik yang sihat yang selama ini membuatkan jenama ini dikenali. 

“Kami memberi jaminan bahawa kami kembali dengan semangat dan kekuatan baharu dan pada masa sama, mengekalkan semua tawaran ikonik yang sering ditawarkan MBO kepada pencinta dan peminat filem.

“Kami juga mengiktiraf pengikut MBO dan akan cuba berhubung dengan peminat setia kami dalam waktu terdekat ini,” katanya. 

Berita penutupan kekal MBO Cinemas sebelum ini telah menyentuh emosi dalam kalangan peminat setia MBO dan mereka turut meluahkan kekecewaan mereka itu menerusi platform media sosial. 

Karthiik juga memaklumkan bahawa premis MBO Cinemas akan dibuka  semula secara beransur-ansur kepada orang awam. 

“Sinema MBO Cinemas pertama yang akan dibuka semula adalah di Atria Shopping Gallery, Damansara pada 29 Disember ini, diikuti di Elements Mall Melaka, Taiping Sentral Mall, Teluk Intan, Brem Mall, Space U8 dan U-Mall Skudai.

“Kami juga mempunyai perancangan untuk membuka premis MBO Cinemas yang baharu pada 2022. Perbincangan dengan pihak tertentu sedang dilakukan” katanya lagi. 

Sempena dengan pembukaan rasminya  pada 29 Disember, MBO Cinemas di Atria Shopping Gallery, Damansara juga akan menganjurkan tayangan filem percuma kepada orang awam bermula dari 24 hingga 26 Disember ini. 

Maklumat lanjut boleh diperolehi menerusi platform media sosial MBO Cinemas di Instagram dan Facebook

Gambar: MBO 

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Goat Meledak Di Pawagam, Catat Lebih RM10 Juta Sejak Khamis

2

Video & Galeri 1 tahun yang lalu

Getaran Tanyakan Episod 3

3

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

4

Filem & TV 2 tahun yang lalu

'Sheriff' Karya Paling Jujur, Janjikan Kelainan Sisi Polis

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 22 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN