web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Drama Turki Syiah Beyaz Ask Raih Perhatian Penonton 

Syiah Beyaz Ask (Price Of Passion) diterajui dua bintang Turki yang penuh karisma iaitu Ibrahim Çelikkol dan Bircey Akalay, drama bersiri yang dijayakan mereka ini berjaya memperoleh rating tontonan tinggi sewaktu ia bersiaran di Channel D, Turki. 

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Dec 2021 4:30PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Selepas drama bersiri Korea Selatan, nampaknya penonton Malaysia mula memberikan perhatian kepada drama bersiri Turki yang lebih mengesankan jalan ceritanya serta lebih berunsur realisme. 

Buktinya, drama bersiri 48 episod, 'Syiah Beyaz Ask (Price Of Passion)' kini mula mendapat perhatian meluas daripada penonton sejak ia mula ditayangkan di TV3 pada 20 November lalu, menerusi slot Yaemin, setiap Sabtu, dari jam 2 hingga 4 petang. 

Syiah Beyaz Ask (Price Of Passion) diterajui dua bintang Turki yang penuh karisma iaitu Ibrahim Çelikkol dan Bircey Akalay. 

Drama bersiri yang dijayakan mereka ini berjaya memperoleh rating tontonan tinggi sewaktu ia bersiaran di Channel D, Turki. 

Bahkan, drama ini turut dicalonkan dalam anugerah yang berprestij seperti Golden Palm Awards (2018), Pantene Golden Butterfly Awards (2018) dan PRODU Awards (2019). 

Bersiaran selama dua jam pada setiap Sabtu di TV3, drama bersiri 'Syiah Beyaz Ask (Price Of Passion)' ini berjaya meraih perhatian kerana sinematografi yang memukau, barisan pelakon yang tampan dan jelita serta jalan cerita yang semakin mendebarkan!

Mengisahkan tentang pengorbanan yang dilakukan Asli, seorang pakar bedah yang mendedikasikan hidupnya dalam bidang perubatan namun kini demi keselamatannya, dia terpaksa mengahwini Ferhat, seorang ketua mafia yang berhati keras dan tiada belas kasihan. 

Pertemuan Asli dan Ferhat bermula dengan insiden yang tidak disenangi. Asli telah diculik konco-konco Ferhat untuk memberi rawatan kepada lelaki yang didakwa sebagai ayah Ferhat. 

Selepas mendapati lelaki yang tercedera akibat tembakan itu bukanlah ayah kepada Ferhat, Asli tidak menghabiskan pembedahan yang sepatutnya dan dia melepaskan diri. 

Ferhat memburu Asli kerana dia perlu mendapatkan sesuatu daripada lelaki tersebut dan dia mengarahkan Asli menyelamatkan lelaki itu. Ferhat telah mengurung Asli di kandang kuda apabila seorang anggota polis, 

Cem Cinar telah datang untuk mendapatkan maklumat tentang kes pembunuhan yang dalam proses siasatan.. Namun, Cem Cinar gagal memperoleh sebarang bukti. 

Dalam usaha untuk melarikan diri, Asli ternampak pembunuhan yang dilakukan Namik, bapa saudara kepada Ferhat yang juga merupakan bos kepada Ferhat. 

Namik telah membunuh pesakit tersebut di depan mata Asli. Sekali lagi, Ferhat menjejaki Asli hingga ke sebuah hutan. Di situ, Ferhat telah mengacukan pistol ke arah Asli.

Asli merayu kepada Ferhat supaya dilepaskan dan memberitahu bahawa Cem Cinar ialah abangnya. Oleh kerana tidak mahu menimbulkan masalah dengan pihak polis, Ferhat tidak membunuh Asli. Namun, Ferhat memberikan dua pilihan kepada Asli kerana dia kini menjadi sasaran Namik.

Asli boleh memilih untuk dibunuh ataupun berkahwin dengan Ferhat supaya terlepas daripada ancaman Namik. Demi meneruskan hidupnya, Asli membuat keputusan untuk berkahwin dengan lelaki yang berbahaya ini. Bermulalah perjalanan hidup seorang pakar bedah yang kini terpaksa bertarung nyawa dalam dunia mafia! 

Teruskan menyaksikan Syiah Beyaz Ask (Price Of Passion) yang penuh dengan aksi dan penceritaan romantik ini pada setiap hari Sabtu, jam 2 hingga 4 petang menerusi slot Yasemin di TV3. 

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Saksikan Keperitan Hidup Puteri Balqis Dalam Khilaf Yang Tertulis 

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

Selamat Jalan Raymond Goh

3

Selebriti 3 tahun yang lalu

Kenapa Janna Nick Sanggup Seksa Diri Untuk Bersenam? Bukan Pasal lelaki Atau Nak Nampak Seksi, Tapi Ini Sebabnya…. 

4

Selebriti 3 tahun yang lalu

‘Belajar Bahasa Isyarat Ini Umpama Belajar Menari’ – Ismail Izzani Akui Seronok Apabila Dapat Belajar Ilmu Baharu 

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 21 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN