Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


'Mentega Terbang' Ketengah Isu Sensitif Tentang Kebenaran Agama 

Disebabkan kekangan dan isu sensitif yang terdapat dalam 'Mentega Terbang' yang juga finalis 'Kuman Pictures Feature Film Challenge', filem ini akan ditayangkan secara kecil-kecilan dalam sesi intim di seluruh tanah air.

Filem & TV Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Dec 2021 4:03PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pengarah filem bebas tempatan, Khairi Anwar mendapat inspirasi menghasilkan karya tulisan dan arahannya, Mentega Terbang melalui filem-filem arahan Allahyarham Yasmin Ahmad sepanjang berdepan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) awal tahun lalu. '

“Sepanjang PKP itu, saya banyak menonton filem menerusi platform OTT, antaranya karya sentuhan Allahyarham Yasmin Ahmad. 

“Saya peminat Yasmin. Mungkin kerana itu orang samakan sentuhan filem saya dengan Yasmin.  

“Namun, apa yang pasti subjek dalam Mentega Terbang ini tercetus daripada isu agama dan kepercayaan yang berlaku sebelum PKP. 

“Saya sendiri pernah belajar di sekolah menengah agama. Kalau diimbas kembali, saya tidak mahu menjadi diri saya ketika itu kerana mudah berprasangka buruk dan menjatuhkan hukum terhadap seseorang atau sesuatu perkara," katanya kepada Portal Getaran. 

Menurut Khairi lagi, subjek yang diketengahkan dalam Mentega Terbang yang dipindahkan tajuk secara langsung daripada perkataan Inggeris, Butterfly sememangnya topik sensitif dalam kalangan masyarakat Malaysia. 

“Ia juga tercetus daripada pelbagai persoalan yang bermain di fikiran saya serta pemerhatian terhadap terhadap rakan-rakan bukan Islam yang sewaktu PKP memeluk Islam.

“Mereka lebih berasakan Islam agama yang benar malah iman dan pegangan mereka lebih kuat berbanding kita yang dilahirkan sebagai Islam. 

“Sebab itulah, Aisyah yang memegang watak utama dalam filem ini banyak bertanya soalan serta cuba mendalami agama lain sedangkan dia dilahirkan sebagai Islam. 

“Berbalik kepada Yasmin, saya lihat banyak filem-filemnya berani mengetengahkan subjek dan persoalan sebegini. 

“Jika dia boleh, mengapa tidak saya? Saya juga rasa persoalan ini ada pada semua orang dan dan kerana itulah saya cuba ketengahkan dalam Mentega Terbang," katanya. 

Filem cereka pertama daripada Khairi Anwar dan penerbit, Tan Meng Kheng ini merupakan salah satu finalis untuk 'Kuman Pictures Feature Film Challenge', dan meraih respon yang memberangsangkan sejak ia mula ditayangkan di hadapan penonton.

Bahkan ia telah pun terpilih untuk ditayangkan di Jogja-NETPAC Asian Film Festival ke-16 di Indonesia pada 28 November lalu. 

"Saya sangat teruja melihat bagaimana penonton di Indonesia sangat menghargai filem ini. Mereka juga akui semakin dapat memahami budaya dan cara hidup masyarakat Malaysia selepas menonton filem ini. 

“Kalau Mentega Terbang dapat menyentuh hati rakyat Indonesia, saya rasa pasti ia juga mampu menyentuh hati penonton Malaysia. Kami tak sabar untuk mempersembahkan filem ini kepada rakyat Malaysia," kata Khairi.

Selaku penerbit filem ini, Tan Meng Kheng berkata, pada mulanya mereka berasakan akan menerima kritikan keras berikutan pembikinan filem ini. 

“Bagaimanapun, kami lega dan gembira apabila karya ini diterima dengan biak dan mendapat komen yang membina. Ramai penonton juga ada keinginan untuk berbincang tentang perkara sama seperti yang diketengahkan dalam filem ini. 

“Disebabkan kekangan dan isu sensitif yang terdapat dalam Mentega Terbang, kami akan cuba tayangan ia secara kecil-kecilan dalam sesi yang intim. 

“Sudah tentu kami punya keinginan untuk melihat filem ini ditayangkan di panggung awam tetapi mungkin kita harus berdepan dengan pihak LPF dahulu. 

“Selepas filem ini ditayangkan secara tertutup buat kali terakhir di Lembah Klang, kita akan membawa ia menjelajah ke negeri-negeri lain diikuti dengan festival filem di luar negara,’ katanya. 

Mentega Terbang terbitan Anomalist Production dan Meng Kheng Entertainment ini ditulis  Khairi Anwar bersama Arjun Thanaraju, Visshnu Varman dan Ti Teng-Hui.  

Ia membicarakan beberapa persoalan seperti apakah wujud kehidupan selepas mati? Syurga, neraka, dan kebenaran hakiki, antara persoalan yang terngiang-ngiang di minda Aisyah. 

Dia merupakan seorang pelajar sekolah menengah yang terpesona dengan kebenaran agama, terutamanya tentang apa yang akan berlaku selepas kematian. 

Dengan seorang ibu yang mempunyai barah dan bapa berjiwa liberal (akal dan gaya pemikiran), adakah Aisyah dapat mencari jawapan untuk apa yang dia cari? 

Filem ini dibintangi Syuma Salihin sebagai Aisyah, Nik Waheeda (Mama/Jamhariah), Firdaus Karim (Abah/Jailani), Arjun Thanaraju (Suresh), Khairunazwan Rodzy (Uncle Kasim) Shyamala Kandapper (Auntie Esther) dan Jesebel Lee (Sue Fen). 

Gambar: Instagram @mentegaterbangmovie

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 6 hari yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

2

Filem & TV 1 minggu yang lalu

'Sheriff' Karya Paling Jujur, Janjikan Kelainan Sisi Polis

3

Filem & TV 2 bulan yang lalu

Lal Salaam Lakonan Rajinikanth, Gabung Elemen Perpaduan Menerusi Sukan

4

Luar Negara 2 bulan yang lalu

WGS 2024: Shah Rukh Khan Bawa Inovasi Teknologi Dalam Industri Filem India

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Disyorkan untuk anda

Budaya 10 jam yang lalu

Temui Personaliti Anime Kegemaran Anda Di Anime Fest Plus 2024  

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 14 jam yang lalu

Amar Baharin Dedah Tanah Ada 2 Geran, MB Selangor Janji Siasat

Pelakon itu memaklumkan tanah milik ibunya di Semenyih dibeli puluhan tahun lalu, namun sudah didiami ‘tuan tanah’ lain

oleh Rahayu MN

Selebriti 3 jam yang lalu

Pendedahan Sarah Yasmine Bikin Gempar 1 Malaya, Nama Emma, Chacha, Caprice Dan ‘TPM’ Jadi Bualan Netizen

Pendedahan berani mati Sarah Yasmine yang memaparkan mesej perbualan antara Aliff Aziz dan Ruhainies kini tular di semua platform media sosial.

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 1 hari yang lalu

Adira Sah Bercerai

oleh Wartawan Hiburan Getaran