Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Filem ‘Roh’ Menang 6 Kategori FFM31 Termasuk Filem Terbaik

Selain 'Roh', filem lain yang turut merangkul lebih daripada satu anugerah adalah 'Sangkar', 'The Garden Of Evening Mists', 'Fly By Night', 'Suatu Ketika' dan 'Headhunter'.

Filem & TV Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Dec 2021 10:21AM

Zul Ariffin menerima anugerah Pelakon Lelaki Terbaik untuk filem 'Sangkar'. Gambar: FINAS

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Filem Roh arahan Emir Ezwan dinobatkan sebagai Filem Terbaik pada malam kemuncak Festival Filem Malaysia ke-31 yang berlangsung di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), malam tadi. 

Kemenangan ini sekali gus melayakkan dia untuk memenangi trofi beserta Dana Kandungan Digital (DKD) bernilai RM500,000.

Amir Muhammad, wakil Kuman Pictures, menerima anugerah untuk Filem Terbaik - 'Roh'
Amir Muhammad, wakil Kuman Pictures, menerima anugerah untuk Filem Terbaik - 'Roh'

Filem terbitan Kuman Pictures yang dibintangi Farah Ahmad, Mhia Farhana, Harith Haziq, Namron, Junainah M. Lojong dan Putri Qaseh ini turut membawa kemenangan dalam lima kategori lain iaitu Lakon Layar Terbaik, Skor Muzik Terbaik, Rekaan Busana Terbaik, Pelakon Kanak-Kanak Terbaik (Putri Qaseh) dan Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Junainah M.  Lojong).

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik - Junainah M. Lojong ('Roh')
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik - Junainah M. Lojong ('Roh')
Pelakon Kanak-Kanak Terbaik - Putri Qaseh ('Roh')
Pelakon Kanak-Kanak Terbaik - Putri Qaseh ('Roh')

Kemenangan Roh seakan-akan mengulang semula kejayaan filem One Two Jaga apabila filem bebas diberikan pengiktirafan dalam acara anugerah yang berprestij ini dengan kemenangan enam kategori.

Filem ini juga pernah dihantar untuk mewakili negara bagi penyertaan Academy Awards ke-93 atau Oscars pada tahun ini. 

Filem Sangkar terbitan Primeworks Studios, Astro Shaw, Infinitus Gold dan MM2 Entertainment juga turut meraih kejayaan besar apabila kategori dua pelakonnya, Zul Ariffin dan Remy Ishak masing-masing meraih kemenangan menerusi kategori Pelakon Lelaki Terbaik dan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik. 

Pelakon Lelaki Terbaik - Zul Ariffin ('Sangkar')
Pelakon Lelaki Terbaik - Zul Ariffin ('Sangkar')

Ini adalah trofi FFM pertama buat Zul Ariffin sebagai Pelakon Lelaki Terbaik FFM dan Remy Ishak untuk Pelakon Lelaki Terbaik. 

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik - Remy Ishak ('Sangkar')
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik - Remy Ishak ('Sangkar')

Sangkar juga memberi peluang buat Kabir Bhatia untuk menjulang trofi kemenangan sebagai Pengarah Terbaik buat julung kalinya dalam sejarah penganjuran FFM.

Pengarah Terbaik - Kabir Bhatia ('Sangkar')
Pengarah Terbaik - Kabir Bhatia ('Sangkar')

Filem bergenre aksi ini juga menerima kemenangan menerusi Penataan Seni Terbaik dan Tatarias Terbaik.  

Pelakon Angelica Li Sinja atau Sinje Lee menerusi filem The Garden Of Evening Mists pula diangkat sebagai Pelakon Wanita Terbaik.

Filem terbitan Astro Shaw bersama HBO Asia ini juga turut memenangi dua lagi anugerah iaitu Kesan Khas Visual Terbaik dan Cerita Asal Terbaik. 

Filem Fly By Night terbitan Another Planet Sdn Bhd memberi kemenangan buat pengarahnya, Zahir Omar yang diangkat sebagai Pengarah Harapan Terbaik.

Filem ini juga turut memenangi tiga lagi kategori iaitu Poster Terbaik, Sinematografi Terbaik dan Suntingan Terbaik. 

Kemenangan berpihak buat bekas peserta Akademi Fantasia Musim Kedua, Anding Indrawani Zaini untuk diangkat sebagai Pelakon Harapan Lelaki menerusi filem bahasa Iban, Headhunter, manakala Fify Azmi pula memenangi trofi Pelakon Harapan Wanita untuk filem Wira

Pelakon Lelaki Harapan - Anding Indrawani ('Headhunter')
Pelakon Lelaki Harapan - Anding Indrawani ('Headhunter')
Pelakon Wanita Harapan - Fify Azmi ('Wira')
Pelakon Wanita Harapan - Fify Azmi ('Wira')

Filem animasi, Ejen Ali The Movie memenangi anugerah Filem Box-Office dan Penataan Bunyi Terbaik.

Suatu Ketika, Geran dan Headhunter pula dipilih untuk memenangi Anugerah Khas Juri kerana mengangkat unsur warisan budaya dan semangat patriotisme dan kepelbagaian Bangsa Malaysia. 

Suatu Ketika juga turut membawa kemenangan apabila lagu ‘Ayuhlah’ yang dipersembahkan oleh Datuk Zainal Abidin dan digubah oleh Michael Veerapen diangkat sebagai Lagu Tema Terbaik, manakala Poster Terbaik dimenangi filem Walk With Me.

Anugerah Khas Penggiat Belakang Tabir diberikan kepada komposer legenda Datuk Seri Ahmad Nawab di atas segala sumbangannya terhadap kerja-kerja muzik dan skor di dalam bidang perfileman, manakala Anugerah Karyawan Sepanjang Zaman pula dianugerahkan kepada seniwati Fauziah Nawi. 

Anugerah Karyawan Sepanjang Zaman - Hajah Fauziah Nawi
Anugerah Karyawan Sepanjang Zaman - Hajah Fauziah Nawi

Dianjurkan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), FFM31 menyaksikan 55 filem yang dipertandingkan dari tahun 2018 sehingga 2020.

Daripada 55 filem ini, 32 daripadanya adalah dalam Bahasa Malaysia, lapan (Bahasa Cina), 11 (Bahasa Tamil) dan dua dalam bahasa Inggeris dan Iban. 

Malam kemuncak FFM31 yang dipancarkan secara langsung menerusi TV2, dihadiri hampir 1,300 penggiat seni dan karyawan industri serta dikendalikan Awal Ashaari dan Sharifah Shahirah sebagai hos utama beserta hos karpet merah iaitu Nazruddin Rahman dan Natasha Charmaine.

Awal Ashaari dan Sharifah Shahirah
Awal Ashaari dan Sharifah Shahirah

Ia turut dihadiri Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Tan Sri Annuar Musa, Timbalan Menterinya, Datuk Zahidi Zainul Abidin, Ketua Setiausaha, General Datuk Seri Mohammad Mentek, Pengerusi FINAS, Zakaria Abdul Hamid dan Ketua Pengarah Eksekutif FINAS, Prof .Dr. Md Nasir Ibrahim.

Barisan penyampai pula terdiri daripada Bade Azmi, Erra Fazira, Fauziah Datuk Ahmad Daud, A. R. Badul, Mimi Lana, Dr. Vimala Perumal, Fimie Don, Datin Lisa Surihani, Saw Teong Hin, Sangeetha, Datin Lisa Surihani, Saw Teong Hin, Susan Lankester, Faizal Hussein, Puan Sri Tiara Jacquelina, Aziz M. Osman dan Liyana Jasmay.

Liza Hanim
Liza Hanim
Susan Lankester dan Liyana Jasmay
Susan Lankester dan Liyana Jasmay

Manakala barisan artis yang membuat persembahan adalah Datuk M. Nasir, Datuk Jamal Abdillah, Jaclyn Victor, Sabri Yunus, Liza Hanim, Haqiem Rusli, Mus May, Ella dan Datuk Syafinaz Selamat. - Getaran, 11 Disember 2021

 

Senarai Pemenang 

1. Sinematografi Terbaik - Low Soon Keong (Fly By Night)

2. Pelakon Kanak-Kanak Terbaik - Putri Qaseh (Roh)

3. Lagu Tema Terbaik - Ayuhlah (Suatu Ketika)

4. Penyunting Terbaik - Heng Yin Chau (Fly By Night)

5. Pelakon Wanita Harapan - Fify Azmi (Wira)

6. Pelakon Lelaki Harapan - Anding Indrawani (Headhunter)

7. Pengarah Harapan - Zahir Omar (Fly By Night)

8. Cerita Asal Terbaik - Tan Twan Eng (The Garden Of Evening Mists)

9. Lakon Layar Terbaik - Emir Ezwan (Roh)

10. Anugerah Khas Penggiat Belakang Tabir - Datuk Seri Dr. Ahmad Nawab

11. Anugerah Karyawan Sepanjang Zaman - Hajah Fauziah Nawi

12. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik - Junainah M. Lojong (Roh)

13. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik - Remy Ishak (Sangkar)

14. Film Box-Office - Ejen Ali The Movie

15. Poster Terbaik - Christopher Chua Eng Hui (Walk With Me)

16. Kesan Khas Visual Terbaik - VHQ Post (The Garden Of Evening Mists)

17. Tatarias Terbaik - Ella Sandera (Sangkar)

18. Rekaan Busana Terbaik - Tengku Syahmi (Roh)

19. Skor Muzik Terbaik - Reinchez Ng (Roh)

20. Penataan Seni Terbaik - Nazrul Asraff Mahzan (Sangkar)

21. Penataan Bunyi Terbaik - Fadhli Abu Shafian, Hakim Kamal & Shafiq Isa (Ejen Ali The Movie)

22. Anugerah Khas Juri 1 - Filem Suatu Ketika 

23. Anugerah Khas Juri 2 - Filem Geran

24. Anugerah Khas Juri 3 - Filem Headhunter

25. Pelakon Wanita Terbaik - Sinje Lee (The Garden Of Evening Mists)

26. Pelakon Lelaki Terbaik - Zul Ariffin (Sangkar)

27. Pengarah Terbaik - Kabir Bhatia (Sangkar)

28. Filem Terbaik - Roh

Gambar: FINAS

Isu Pada

Amaran Bunga Dan Siti Nordiana

11 Dec 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Hampir 5,000 Penggiat Seni Bakal Peroleh Manfaat Kerjasama FINAS, PERKESO - Fahmi

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Industri Diseru Hasilkan Filem Malaysia Inklusif, Tekankan Perpaduan - FINAS

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Arwah Kembali Sewaktu Tahlil, Mufti Kata Roh Tidak Akan Balik Ke Dunia

4

TARA 10 bulan yang lalu

FINAS, Promasta Anjur Kursus Cungkil Bakat Lagak Aksi

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Adira Sah Bercerai

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 1 hari yang lalu

Bella Astillah Akui Bertemu Sarah Jasmine, Baca Mesej Ruhainies Desak Aliff Buka Aibnya

Pelakon dan penyanyi itu memaklumkan Sarah Jasmine menghubunginya untuk memohon maaf kerana menjalinkan hubungan sulit dengan suaminya. 

oleh Helmi Anuar

Selebriti 14 jam yang lalu

Amar Baharin Dedah Tanah Ada 2 Geran, MB Selangor Janji Siasat

Pelakon itu memaklumkan tanah milik ibunya di Semenyih dibeli puluhan tahun lalu, namun sudah didiami ‘tuan tanah’ lain

oleh Rahayu MN

Selebriti 3 jam yang lalu

Pendedahan Sarah Yasmine Bikin Gempar 1 Malaya, Nama Emma, Chacha, Caprice Dan ‘TPM’ Jadi Bualan Netizen

oleh Wartawan Hiburan Getaran