web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Antara Khilaf Dan Kepercayaan, 'The Medium' Tawarkan Kelainan

Apabila dua tokoh dari dua negara juara filem seram bergabung, bagaimana agaknya hasilnya? Cukup hebat, jika penonton mahu menerima pembaharuan yang disajikan ‘The Medium’.

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Dec 2021 2:13PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Awal yang indah tidak menjanjikan penghujung yang baik. 

Itulah intipati filem The Medium

Ia dibuka dengan babak-babak persis dokumentari yang ditayangkan di saluran National Geographic atau Discovery Channel. Suasana pekan kecil nan tenang, berlatarbelakangkan bukit-bukau dan alam menghijau. 

Penonton dikenalkan dengan Nim, dukun popular di pekan itu yang memuja dan menyeru semangat dewi Ba Yan untuk sumber ‘kekuatannya’. 

Nim bercerita tentang kehidupan dan kerjayanya sebagai tukang jahit dan dukun, serta bagaimana dia dipilih untuk memiliki ‘kekuasaan’ yang ada padanya kini. 

Selepas itu kita dikenalkan dengan ahli keluarga Nim, termasuk anak buahnya yang cantik dan bijak, Mink.

Perlahan-lahan filem arahan Banjong Pisanthanakun ini berubah ‘warna’. Daripada ceria menjadi gundah dan menakutkan. 

Ia akan membuatkan penonton terfikir apakah yang sebenarnya terjadi. 

Adakah Mink sebenarnya dirasuk? Atau ia kesan sampingan sebuah trauma psikologi yang tumbuh daripada satu kematian.

Benarkah Nim sebenarnya mempunyai kuasa magis pemberian dewa-dewi? Betulkah Noi, kakak Nim dirundung malang kerana meninggalkan agama asalnya? 

Selepas meninggalkan genre filem seram sekian lama, Banjong yang telah mengarahkan filem Shutter dan Alone menyajikan The Medium yang dengan bantuan Na Hong-jin (The Wailing), pengarah ternama Korea Selatan yang bertindak sebagai penerbit filem ini. 

Ya, filem ini adalah hasil usahasama Thailand dan Korea Selatan, dua negara yang cukup sinonim dengan filem seram dan cerita-cerita berkaitan dukun. 

Apa yang membuat The Medium berbeza daripada semua filem seram yang pernah anda tonton adalah ia lebih berbentuk ambience horror. Rasa seram ‘ditanam’ dalam setiap frame, tidak seperti filem seram konvensional.

Walaupun ia dipersembahkan dalam bentuk mockumentary (dokumentari sindiran), ia tidaklah seperti filem Blair Witch Project. Jadi untuk anda yang mudah mual, jangan risau, tiada babak kamera bergoyang dalam The Medium.

Dalam sebuah wawancara, Banjong ada memberitahu para wartawan bahawa filem ambience horror adalah sesuatu yang baharu di Thailand dan mungkin juga rantau ini. 

Jadi ia merupakan pengalaman baharu buatnya dan seluruh tenaga kerja filem ini. “Na Hong-jin menjadi mentor penting untuk saya dalam pelaksanaan filem ini,” katanya.  

The Medium tidak mempunyai ‘hantu’ atau bentuk kejahatan yang nyata, seperti Valak dalam The Conjuring. Tetapi penonton dapat melihat sendiri perubahan beberapa watak dalam filem ini apabila mereka ‘diganggu’.

Perubahan ini akan membuat kita menjadi tak sedap duduk dan hingga tiba satu saat, bulu roma kita akan tegak berdiri. 

Penceritaan datang daripada dialog dan paparan teks pada skrin, memang persis dokumentari. Jadi para penonton harus mengambil perhatian sepenuhnya, jika tidak, pasti terlepas cerita penuhnya. 

Satu lagi, The Medium tidak diisi efek visual khas yang keterlaluan. Jadi mungkin ada yang ‘gatal tangan’ dan mahu menonton filem ini secara haram dalam talian. 

Percayalah, tidak berbaloi. The Medium harus ditonton di layar lebar. Puas hati melihat visual yang cukup cantik, puas hati mendengar bunyian yang ‘penuh’ dan paling penting, sari katanya bagus. 

Lakonan para pelakon dalam filem ini cukup cemerlang. Nim yang awalnya ceria tetapi semakin hilang arah, Mink, yang bugar perlahan-lahan menjadi seperti jerangkung, Noi yang semakin hari semakin tertekan, semuanya tertulis dalam tingkah pergerakan dan mimik muka. 

Filem ini tidaklah mulus sepenuhnya. Ada beberapa babak yang rasa begitu perlahan dan tak perlu. Tetapi ia tidak mencacatkan penceritaan dan mungkin buat sesetengah penonton, tidak dirasai kehadirannya. 

Bagi penulis, The Medium menjadi peringatan bahawa dalam penghasilan filem seram, yang penting adalah sebenarnya ‘setting’ filem itu dan penceritaan yang berkesan. Bukan lambakan jump scares atau solekan seram ‘hantu’ yang sering menjadi titik fokus sesebuah filem seram itu. 

Bibit yang ditanam akan membuahkan hasil yang meninggalkan kesan yang mendalam kepada penonton, jauh selepas filem itu tamat. Itu, filem seram yang baik.

The Medium memenuhi kriteria ini. - Getaran, 2 Disember 2021

Rating: 4 Getar

Gambar: GSC

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 1 bulan yang lalu

Ancaman Bom: Penerbangan AirAsia Dari Krabi Ditangguh Lebih 4 Jam

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Suspek Kes Tembak Rakyat Malaysia Serah Diri Kepada Polis Thailand

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Pertempuran Di Myanmar Perlu Dihentikan, Buka Akses Untuk Misi Kemanusiaan - PM

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 20 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

oleh Rahayu MN