Berita Terkini

2 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 4 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


'The Medium' Bukan Filem Seram Biasa-Biasa

Filem seram ini diarahkan sutradara ternama Thailand, diterbitkan oleh nama besar Korea Selatan. Adakah 'The Medium' mampu mencapai jangkaan penonton?

Filem & TV Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Nov 2021 4:08PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Filem The Medium menjadi perhatian ramai apabila diumumkan kerana ia menggabungkan nama besar filem seram dari dua negara yang memang cukup sinonim dengan genre itu - Banjong Pisanthanakun dari Thailand yang sebelum ini pernah mengarahkan filem Shutter dan Alone, serta Na Hong-jin dari Korea Selatan, pengarah filem seram The Wailing yang menjadi penerbit filem The Medium

Mengisahkan tentang kehidupan dukun di utara Thailand dan keluarganya, filem The Medium seperti memberi nafas baharu kepada filem seram serantau. 

“Sudah 14 tahun saya tidak mengarahkan filem seram 'tulen'. Selepas Alone, saya mengarahkan filem romantik, komedi dan komedi seram,” kata Banjong dalam sebuah wawancara baru-baru ini

“Sudahlah begitu, The Medium bukan filem seram biasa-biasa. Ia lebih kepada ambience horror, dengan gaya dokumentari sindiran (mockumentary). Maksudnya, rasa seram itu berada dalam setiap detik filem. Bukan seperti plot-driven horror yang sering disajikan di pasaran.

“Ia satu pengalaman baharu untuk saya dan juga seisi tenaga kerja dan pasaran filem Thailand. Pengalaman yang cukup menarik,” jelas Banjong yang sebelum ini telah mengarahkan filem Pee Mak dan One Day.

“Peluang bekerja dengan Na Hong-jin adalah segalanya buat saya. Saya berbesar hati dipilih untuk mengarahkan projek ini.

“Selain itu, saya tertarik dengan jalan cerita filem ini, iaitu tentang seorang gadis yang sentiasa berubah. Ada sesuatu yang akan datang 'menghantuinya'. Perincian lain dalam filem ini, seperti ritual-ritual yang dipaparkan, menjadikan filem ini 'authentic',” tambahnya

Namun, kerana COVID-19, Hong-jin tidak dapat terbang ke Thailand untuk menyertai proses penggambaran tetapi memberi bimbingan dan tunjuk ajar jarak jauh.

“Agak susah. Untuk beberapa hari pertama, keliru juga menguruskan situasi penggambaran. Tetapi selepas itu, alah bisa tegal biasa, saya buat yang terbaik dan Hong-jin akan berikan maklum balas.

“Adakalanya saya migrain, sehingga perlu ke hospital,” cerita Banjong apabila ditanya tentang pengalaman mengarah filem itu. 

“Memang Hong-jin push saya dalam banyak aspek dan semasa penggambaran, setiap hari kami berhubung untuk berbincang tentang filem ini. Dia menjadi mentor kepada saya.

“Kerjasama dengan Korea Selatan ini tentunya memberi tambahan dalam bajet penggambaran yang juga banyak membantu, tetapi lebih mahal pengalaman bekerja dengan Hong-jin,” jelasnya lagi.

Bercerita tentang lokasi dan pengalaman penggambaran, Banjong berkata, “Penggambaran dilakukan di daerah Loei, di utara Thailand. Daerahnya cukup hijau dan banyak sekali bukit-bukau serta gunung-ganang yang menjadi latar belakang filem ini.”

Apabila ditanya tentang pengalaman aneh semasa penggambaran, Banjong dan pelakon Narilya Gulmongkolpech yang turut hadir semasa sesi wawancara hanya tersenyum. 

“Tidak ada apa-apa yang aneh berlaku," kata Narilya yang membawa watak Mink dalam filem ini.

“Tidak ada dukun untuk melakukan apa-apa ritual khas di set penggambaran,” tambah Banjong.

“Tetapi sewaktu tempoh penyelidikan, kami ada berjumpa dengan ramai dukun dari daerah utara dan timur laut Thailand (daerah Isan) serta ada melantik ‘konsultan’ untuk filem ini.

“Mantera dan ritual dalam filem ini bukanlah yang sebenar tetapi diinspirasikan oleh mantera dan ritual sebenar dari beberapa tempat termasuklah Thailand dan beberapa bahagian di Indonesia juga,” jelasnya. 

Selepas bercerita panjang lebar tentang proses penggambaran, kami terpanggil untuk bertanya tentang proses pemilihan pelakon, terutama sekali untuk watak Mink yang kami kira agak mencabar untuk dibawa dan Narilya yang menyandang watak itu boleh dikategorikan sebagai pelakon baharu. 

“Watak Mink sangat susah sebenarnya. Jadi selepas menonton pita-pita uji bakat, saya merasakan Narilyalah orang yang paling tepat untuk membawakan watak ini. 

“Saya bertemu dengan Narilya dan memintanya mencuba beberapa babak dalam skrip dan dia mengimprovisasi dengan baik sekali. Itu yang saya perlukan untuk watak ini,” cerita Banjong.

“Saya juga banyak diberi tunjuk ajar serta rujukan oleh Park Jae-In yang bertindak sebagai koreografer untuk babak-babak seram, terutama sekali separuh kedua filem ini. Park Jae-in sebelum ini pernah berkerja untuk filem The Wailing dan Train to Busan.

“Pengarah Banjong juga banyak memberi rujukan, bukan sahaja filem-filem Thailand dan Korea Selatan malah ada filem Barat juga,” tambah Narilya. 

Usaha Narilya berbaloi kerana kini beliau bukan sahaja mempunyai peminat baharu di negara asalnya malah telah mengumpul peminat di Korea Selatan. 

“Saya terkejut apabila dipuji oleh para penonton selepas filem ini ditayangkan di Korea Selatan. Mereka kata lakonan saya bagus dan mula mengikuti laman-laman media sosial saya,” ceritanya sambil tersenyum. 

Penat lelah Banjong, Narilya dan para pelakon serta para pekerja filem The Medium berbaloi kerana filem ini terpilih untuk menjadi wakil Thailand ke pencalonan anugerah Best International Feature Film di Anugerah Academy ke-94 nanti. 

“Saya terkejut mereka memilih filem bergenre 'far footage' sebagai wakil. Saya rasa bukan saya sahaja yang terkejut. Belum tahu lagi bagaimana nasib filem ini di peringkat pemilihan terakhir, tetapi kami semua terharu dengan pemilihan ini,” kata Banjong.

The Medium juga menempati tangga keenam kutipan pecah panggung di Korea Selatan untuk 2021.

Selain Narilya yang memegang watak Mink, filem ini turut dibintangi Sawanee Utoomma (Nim) dan Sirani Yankittikan (Noi).

Ceritanya berkisarkan tentang Nim, seorang dukun di sebuah pekan kecil yang mula melihat perubahan pada anak buahnya, Mink. Dia menyangkakan bahawa Mink akan dianugerahkan 'indera ketiga' oleh Dewi Ba Yan yang dipujanya.

Tetapi Mink dan ibunya Noi merasakan hal itu tahyul dan kolot.

Mahu tahu seseram apakah filem ini? The Medium bakal ditayangkan di pawagam-pawagam tempatan mulai 2 Disember ini. Selamat menonton! - Getaran, 30 November 2021

Gambar: Ihsan GSC

Berita Berkaitan

1

Ekonomi 1 minggu yang lalu

Kedah Mahu Bina LRT Di Langkawi

2

Video & Galeri 1 bulan yang lalu

Feri Ke Pusat Peranginan Koh Tao, Thailand Terbakar

3

Selebriti 2 bulan yang lalu

Pelakon Popular Thailand, Tay Tawan Promosikan Thailand Bersama AirAsia

4

Kisah Kita 2 bulan yang lalu

 'Hero Stone' Didedikasi Untuk Mereka Yang Terkorban Ketika Pembinaan Keretapi Maut 

Sorotan

1

Mutang Tagal Masih Dirawat Di IJN, Keadaan Agak Serius

2

Aktiviti Ketenteraan Israel Di Rafah Mimpi Ngeri Kemanusiaan - Ketua PBB

3

PM Doakan Faisal Halim Segera Sembuh Dan Kembali Teruskan Perjuangan Bola Sepak

4

Hidup Bersama Secara Aman Antara 10 Resolusi Persidangan Antarabangsa Ketua-Ketua Agama

5

Mangsa Pokok Tumbang Sempat Diajar Mengucap – Saksi

6

Gaji Polis, Bomba Patut Naik Lebih Tinggi - Teresa Kok

7

KBS Pastikan Faisal Halim Dapat Rawatan Percuma Di ISN – Hannah

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Digelar Ratu Soundtrack, Adira Anggap Diri Bertuah 

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 1 hari yang lalu

Hail Amir Meninggal Dunia Akibat Jangkitan Paru-Paru

Penyanyi popular era 70-an ini dimasukkan ke hospital sejak Sabtu lalu

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Filem & TV 16 jam yang lalu

Adaptasi Memoir Seorang Guru, Kisah Seorang Guru Panas Baran

Kisah yang diadaptasi daripada novel karya penerima Anugerah Penulis S.E.A 1988, Azizi Abdullah.

oleh Rahayu MN

Selebriti 20 jam yang lalu

Busana Majlis Nikah, Resepsi Afifah Nasir Dikritik

oleh Wartawan Hiburan Getaran