web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


'Gila Gusti' Filem Cereka Pertama Arahan Ayez

Ayez menggunakan pengalamannya sebagai ahli gusti untuk menghasilkan filem 'Gila Gusti' yang memaparkan kisah pencinta tegar sukan hiburan gusti.

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 23 Nov 2021 4:55PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Ada yang memuji pembikinan Taruh apabila ia menyelitkan senario sosio ekonomi dan politik semasa tetapi tidak kurang juga mencemuh dengan mengatakan filem ini cuba meniru drama popular 'Squid Games'. 

Hakikatnya, Ayez Shaukat Fonseka, 33, tiada niat meniru drama bersiri dari Korea Selatan itu demi merealisasikan filem pendek arahannya, Taruh yang telah pun tular sejak ia dikongsi di laman Facebook, Cineplus Asia. 

“Memang benar saya buat Taruh selepas menonton 'Squid Games'. Melalui Masterclass Martin Scorsese yang saya ikuti secara virtual, beliau memberitahu bahawa seseorang pengarah harus mendidik penonton menerusi garapan dan cerita yang dipersembahkan. 

“Selepas menonton 'Squid Games', saya melihat mereka banyak menggunakan perkara-perkara fiksyen menerusi permainan tradisional untuk menyampaikan mesej mendidik masyarakat. Pendekatan tersebut sangat berkesan.

“Saya rasa ramai yang tidak faham dengan istilah peminat filem. Apabila kita peminat sesebuah karya filem, kita akan cuba hasilkan kandungan yang mempunyai pengaruh filem tersebut. Contohnya, jika kita peminat filem Harry Potter, kita akan hasilkan filem yang mempunyai pengaruh filem tersebut.

"Itulah yang cuba saya lakukan dalam Taruh. Saya cuba hasilkan sesuatu daripada 'Squid Games'. Saya tahu ada yang kecam tetapi saya tidak kisah dan terima dengan hati terbuka," katanya kepada portal Getaran. 

Ahli gusti Malaysia terkenal yang juga sutradara ini semakin aktif mengarah filem dan bakal muncul dengan dua karya cereka garapannya iaitu Gila Gusti, Syaiton Nirojim dan sebuah film Inggeris, Dark Eye

Kata Ayez, Gila Gusti bergenre keluarga aksi komedi dan memaparkan kisah sebuah keluarga yang terlalu obses dengan sukan hiburan gusti. 

“Sebagai ahli gusti, saya cuba menerapkan pengalaman dan pengetahuan saya mengenai suka hiburan ini dalam Gila Gusti.

“Ia adalah filem cereka pertama yang saya arahkan dan bakal ditayangkan pada 13 Januari ini. Sebelum ini saya banyak menghasilkan filem pendek. 

“Saya teruja menantikan tayangan filem ini,” katanya yang sudah 16 tahun berkecimpung dalam bidang perfileman. 

Kembara seni Ayez sangat panjang dan menarik. Bermula sebagai kru teknikal, Ayez kemudian menjadi pelagak ngeri sebelum beralih kepada koreografer lagak ngeri dan pengarah aksi.

Berbekalkan pengalaman itu Ayez mengembangkan sayapnya sebagai pengarah filem. 

“Sebagai pengarah aksi, saya terlibat dalam pembikinan filem Bini-Biniku Gangster pada 2011 dan KL Gangster 2 (2013). 

“Saya mula mengarah filem pendek dan telefilem sejak empat tahun lalu. Saya jatuh cinta dengan penyampaian cerita (story telling), ia jadi sebab utama melibatkan diri dalam industri perfileman. 

“Waktu zaman persekolahan, saya banyak menulis cerpen dan novel. Dan, dalam industri perfileman saya belajar menulis lakon layar. 

“Saya pernah ketengahkan idea dan karya saya ke stesen televisyen tetapi apabila sampai ke tangan produksi dan pengarah yang mereka pilih, hasilnya tidak menepati apa yang saya mahukan. 

“Sebab itulah saya mahu mengarah karya sendiri,” kata lulusan diploma Teknologi Makmal ini. - Getaran, 23 November 2021

Gambar: Ayez 

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Goat Meledak Di Pawagam, Catat Lebih RM10 Juta Sejak Khamis

2

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

3

Filem & TV 2 tahun yang lalu

'Sheriff' Karya Paling Jujur, Janjikan Kelainan Sisi Polis

4

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Lal Salaam Lakonan Rajinikanth, Gabung Elemen Perpaduan Menerusi Sukan

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 18 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN