web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


'Squid Game' Ungguli Carta Teratas Netflix Untuk Hari Ke-47

Populariti 'Squid Game' turut menonjol di platform lain, mengatasi siri 'Game of Thrones' dari segi gabungan tontonan YouTube bagi kandungan terbitan video.

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Nov 2021 9:10AM

Gambar: Netflix

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Siri sensasi Korea Selatan 'Squid Game' kembali ke kedudukan No. 1 carta rancangan TV Netflix paling popular untuk tempoh paling lama, lapor Agensi Berita Yonhap.

Menurut firma analisis penstriman FlixPatrol pada Rabu, drama survival berbahasa Korea itu kembali mengungguli carta senarai rancangan Netflix yang paling banyak ditonton di dunia, mengetepikan 'Arcane', siri animasi berdasarkan pertempuran di permainan dalam talian 'League of Legend.'

'Squid Game' menduduki carta teratas untuk hari ke-47 selepas berada di puncak carta selama 46 hari berturut-turut dari 23 Sept hingga Ahad.

Ia mengatasi siri drama Amerika 'The Queen's Gambit' (2020), yang mendahului carta selama 46 hari.

Sementara itu, populariti 'Squid Game' turut menonjol di platform lain, mengatasi siri 'Game of Thrones' dari segi gabungan tontonan YouTube bagi kandungan terbitan video.

Menurut majalah Amerika Syarikat, Variety, laporan oleh firma analisis kandungan Vobile menunjukkan bahawa sejumlah 129,000 video drama survival itu, termasuk treler rasmi, klip reaksi buatan peminat dan permainan video, telah mendapat sejumlah 17 bilion tontonan di platform tersebut sejak rancangan itu disiarkan.

Sebagai perbandingan, siri drama fantasi Amerika 'Game of Thrones,' yang ditayangkan pada 2011 di HBO, mencatatkan gabungan 16.9 bilion tontonan daripada 420,000 video YouTube yang dimuat naik. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Penonton Terkejut Tonton Babak Seks Dalam Filem Abang Adik Versi Netflix, Ini Komen Jack Tan

2

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Queen Of Tears Pecah Rekod Tontonan tvN

3

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Netflix Dedahkan 100 Peserta Physical: 100 Season 2 : Underground 

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Dr Mahathir Dahagakan Perhatian - Fahmi

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 17 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

oleh Rahayu MN