web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Netflix Kini Dalam Pek Langganan Astro

Ciri-ciri baharu yang menarik pada Ultra Box membolehkan pelanggan menikmati lebih banyak rancangan tempatan dan sukan secara langsung termasuk semua program, filem serta dokumentari Netflix. 

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Nov 2021 8:37AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Astro Malaysia Holdings Bhd. secara rasminya telah memperkenalkan pengalaman Astro yang serba baharu, membolehkan pelanggan memilih penstriman Netflix dan menikmati nilai serta penjimatan yang lebih baik dengan pek langganan baharu. 

Ketua Pegawai Operasi Kumpulan, Euan Smith berkata pek Astro ini direka untuk pelanggan yang suka dunia penstriman dan berhubung, membolehkan mereka menstrim semua rancangan yang mereka suka melalui Ultra Box dan tidak lama lagi, Ulti Box.

“Pelanggan kini boleh menikmati rancangan kegemaran mereka, semua dalam satu melalui Astro, merangkumi perkhidmatan penstriman global sehingga ke semua rancangan utama Astro termasuk siaran langsung terbaik di satu tempat, sama ada menerusi skrin besar atau peranti peribadi. 

"Kami gembira dapat bekerjasama dengan Netflix untuk membawa kandungan hebat mereka melalui Astro sebagai sebahagian daripada pusat hiburan sehenti," katanya pada majlis pelancaran acara itu hari ini. 

Smith menjelaskan ciri-ciri baharu yang menarik pada Ultra Box membolehkan pelanggan menikmati lebih banyak rancangan tempatan kegemaran mereka dan sukan secara langsung termasuk semua program, filem serta dokumentari Netflix. 

"Penambahan baharu yang menarik ini adalah sejajar dengan kerjasama berterusan kami bersama Disney+ Hotstar, HBO GO, iQIYI dan TVBAnywhere+ , kami akan mengumumkan lebih banyak rakan penstriman pada bulan-bulan akan datang," katanya.

Naib Presiden Pembangunan Perniagaan Netflix, APAC, Tony Zameczkowski berkata melalui kerjasama dengan Astro, lebih ramai rakyat Malaysia akan dapat merasai dan menikmati keseluruhan kandungannya.

Sementara itu, Smith berkata Astro baru-baru ini telah membuat perjanjian dengan Telekom Malaysia Bhd (TM) yang membolehkannya mengambil langkah dalam menawarkan perkhidmatan Internet jalur lebar. 

"Apabila kami memperkenalkan tawaran ini, ianya membolehkan kami memberikan perkhidmatan yang berbeza.  Sama ada perbezaan itu adalah melalui produk atau harga dan juga membolehkan kami mengawal keseluruhan pengalaman perkhidmatan pelanggan di dalam lingkungan Astro. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Penonton Terkejut Tonton Babak Seks Dalam Filem Abang Adik Versi Netflix, Ini Komen Jack Tan

2

Selebriti 1 tahun yang lalu

Pahabaq Kedah? Jom Pakat Bergelak Ketawa Dengan Sepahtu Reunion

3

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Queen Of Tears Pecah Rekod Tontonan tvN

4

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Netflix Dedahkan 100 Peserta Physical: 100 Season 2 : Underground 

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 17 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

oleh Rahayu MN