web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


iQIYI Lancar 7 Filem Anime Untuk Tontonan Hujung Tahun 

iQIYI menampilkan filem anime pelbagai genere termasuk fantasi-wira, seram sehinggalah romantik dengan 'Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba Entertainment District Arc' sebagai peneraju.

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Nov 2021 5:42PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Program Anime memang punya pengikut yang ramai di rantau Asia Tenggara, Hong Kong, Macau dan Taiwan. Malah, disebabkan pengikut anime, jumlah tontonan kandungan anime di iQIYI  sembilan bulan pertama tahun ini terus meningkat dengan lebih daripada 650 juta tontonan dan hampir 95 juta jam tontonan kumulatif di semua negara-negara ini.

Atas sebab itu, platform penstriman hiburan peneraju Asia, iQIYI telah menampilkan tujuh filem anime yang digemari ramai untuk tontonan sepanjang hujung tahun ini secara ‘atas permintaan’ (on-demand).

Senarai program yang disediakan juga termasuklah siri fantasi-wira Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba Entertainment District Arc, Mushoku Tensei: Jobless Reincarnation (Part 2), How a Realist Hero Rebuilt the Kingdom (Part 1); siri seram The Vampire Dies in No Time dan Mieruko-chan serta anime bergenre romantik seperti My Senpai Is Annoying dan Taisho Otome Fairy Tale

Dihasilkan dari komik manga ciptaan artis Koyoharu Gotouge, musim pertama Demon Slayer iaitu Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba telah mencetuskan fenomena dengan mendapat sambutan hangat dan komen positif peminat serta pengkritik anime. 

Filem sambungannya iaitu Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba the Movie: Mugen Train juga telah mencipta rekod kutipan terlaris dalam sejarah perfileman Jepun. 

Kesinambungan daripada kisah Mugen Train, Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba Entertainment District Arc mengisahkan bagaimana Tanjiro Kamado dan rakan-rakannya menyertai Tengen Uzui dari Demon Slayer Corps dalam perjuangan mereka menentang syaitan Gyutaro dan Daki.

Siri anime fantasi wira Mushoku Tensei: Jobless Reincarnation (Part 2) yang diadapasi daripada novel remaja Jepun mengisahkan seorang penganggur yang tidak mempunyai sebarang harapan untuk masa depan, dilahirkan semula dalam dunia fantasi dengan ingatannya yang masih utuh. 

Manakala, How a Realist Hero Rebuilt the Kingdom (Part 1) menceritakan kisah protagonis Kazuya Soma yang muncul secara tiba-tiba di zaman pertengahan kerajaan Eropah. Diterbitkan pengarah Slayers Takashi Watanabe, siri ini turut  memaparkan  kesungguhan Kazuya dalam membina semula kerajaan tersebut menggunakan segala pengetahuannya dalam sains moden.

Bagi peminat genre seram, The Vampire Dies in No Time menyaksikan pemburu hantu, Ronaldo tiba di kastil Dralc yang didiami hantu penghisap darah digeruni ramai. Khabarnya dia tidak dapat dikalahkan sesiapa. 

Sementara itu, Mieruko-chan pula mengisahkan seorang pelajar sekolah menengah, Miko tiba-tiba boleh melihat makhluk ghaib yang menyeramkam. 

Walaupun cuba tidak mengendahkan kewujudan makhluk-makhluk tersebut, Miko sering dicabar rakannya, Hana dan Yuria. Hana sering menarik kemunculan makhluk menakutkan manakala Yuria pula bercita-cita menjadi penghalau makhluk misteri. 

Penggemar anime romantik pula jangan ketinggalan menyaksikan percintaan dalam pejabat dalam My Senpai Is Annoying, serta perkahwinan yang diatur semasa era Taisho dalam Taisho Otome Fairy Tale.  

Program lain turut disiarkan adalah dua siri penuh aksi yang bertemakan sains fiksyen dan militari iaitu 86 - EIGHTY-SIX (Part 2) dan kisah ninja Boruto-Naruto Next Generations  ditayangkan bersama My Hero Academia: Two Heroes dan My Hero Academia: Heroes Rising.

Bagi peminat 'One Piece', Iqiyi memaparkan pelbagai filem francais siri tersebut termasuk One Piece Film: Z (2012), One Piece Film: Gold (2016), One Piece: Episode of East Blue (2017), One Piece: Episode of Skypiea (2018) dan One Piece: Stampede (2019). 

Dengan adanya susunan program yang mantap di iQIYI, peminat anime di negara ini pasti dapat menikmaiti pengembaraan aneka kisah menarik dengan lebih fokus. - Getaran, 9 November 2021


Gambar:  iQIYI

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Rancangan ‘Food Hunting’ Satukan Cef, Selebriti Tempatan Dan Blogger, Rentasi Seluruh Malaysia Cari Restoran 5-Bintang

2

TARA 3 tahun yang lalu

4 Rancangan Menarik Mesti Tonton Minggu Ini

3

TARA 3 tahun yang lalu

Puma Lancarkan Koleksi Baru Raya Buat Julung Kali Di Asia Tenggara

4

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Oppa Korea Cakap Melayu?! Saksikan Jang Han-Byul Dalam Siri Terbaru Eksklusif iQIYI ‘Lecturerku, Oppa!’

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 17 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

oleh Rahayu MN