web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Din CJ Terima Kecaman Netizen Tentang Poster ‘Budak Kripto’ 

Pengarah Din CJ akui tidak berkecil hati dengan kecaman netizen terhadap poster ‘Budak Kripto’, namun pada masa yang sama dia berharap ramai yang akan datang menonton filem tersebut. 

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Nov 2021 8:58AM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Belum pun Budak Kripto ditayangkan di seluruh pawagam Malaysia bermula 11 November ini, filem terbitan A&S Pictures itu sudah pun menerima pelbagai kecaman daripada pengkritik filem serta segelintir peminat filem di media sosial. 

Semuanya gara-gara poster filem itu yang dianggap buruk, tidak berkualiti serta tidak mengikut peredaran zaman. Malah, trailer filem itu juga turut dihentam kerana langsung tidak menunjukkan sebarang kaitan dengan proses ‘perdagangan’ mata wang kripto.

Pengarah serta penerbit Budak Kripto, Nordin Wahab atau Din CJ berkata, dia akur dan bersikap terbuka dengan segala kecaman netizen terhadap poster filem tersebut. 

“Saya tidak marah serta langsung tidak kecil hati kerana mereka juga berhak menyuarakan pendapat dan pandangan mereka. Lagipun, produksi kami tidak terlibat dengan penghasilan poster berkenaan. 

“Tapi, pada waktu yang sama, saya juga berharap ramai yang akan datang menonton filem ini. Tengok dulu filem ini dan kemudian jika mereka mahu kritik, kritiklah,” katanya kepada Getaran. 

Menurut Din CJ yang sebelum ini pernah mengarahkan filem Andartu Terlampau dan Mr. Cinderella 2, idea untuk menghasilkan filem itu diperolehi apabila melihat masyarakat di negara ini berlumba-lumba melabur dalam mata wang kripto. 

Pengarah serta penerbit 'Budak Kripto', Nordin Wahab atau Din CJ
Pengarah serta penerbit 'Budak Kripto', Nordin Wahab atau Din CJ

“Ini adalah hadiah buat penggemar karya saya yang tidak seberapa. Pada asalnya ia dihasilkan dalam bentuk super tele tetapi kemudian dinaik taraf menjadi filem. 

“Ia sebuah filem yang mudah difahami serta mampu mendidik, mengajar dan memberi pencerahan tentang kripto atau mata wang digital. 

“Pada waktu yang sama ia memberi pengajaran  kepada  masyarakat supaya tidak tertipu dengan scammer dan tidak tamak mengejar kekayaan dalam proses untuk cepat senang. 

“Apa yang cuba saya tampilkan ini adalah senario semasa yang berlaku dalam kehidupan masyarakat hari ini dan subjek filem ini cukup dekat dengan segelintir mereka,” katanya. 

Jelas Din CJ lagi, dia juga tidak sabar menantikan tayangan Budak Kripto di pawagam. 

‘Filem ini sepatutnya ditayangkan tahun lalu. Tapi disebabkan COVID-19 dan perintah kawalan pergerakan, tayangannya telah pun ditunda beberapa kali. 

“Walaupun terpaksa bersaing dengan filem-filem Hollywood, tapi saya percaya ramai peminat filem Melayu yang mahu tonton filem buatan kita sendiri,” katanya. 

Filem terbaharu Din CJ yang diterajui Zam Azmi dan Nurul Hida ini juga turut dijayakan pelakon Fahrin Ahmad, Liza Abdullah, A Galak, Afifah Nasir, Sopiah Ibrahim, Datuk TS Jeffry, Kazar, Allahyarham Mamat Khalid, Datuk David Arumugam dan juga Accapan. 

 

Sinopsis 

Filem Budak Kripto berkisar tentang kesungguhan dan semangat waja seseorang dalam memperbaiki kehidupannya.

Walaupun Putra (Zam Azmi) terus diekori dan diganggu si peminta hutang setelah skim cepat kaya dan pelaburan emas yang diusahakannya menemui kegagalan serta kehilangan keluarga dek kerana kesilapan dalam pelaburan, namun dia masih tidak patah semangat. 

Ibunya (Liza Abdullah) masih terus menyokongnya. Gadis idamannya, Elly (Afifah Nasir) berlalu pergi kerana dia gagal menyediakan wang hantaran perkahwinan mereka.

Putra bertemu pula dengan seorang guru bernama Mira (Nurul Hida) yang bersedia melalui segala onak duri bersamanya. - Getaran, 8 November 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 4 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 17 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN