web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Marvel Studios' 'Eternals' Sarat Dengan Aksi Kuasa Luar Biasa

Sebuah lagi karya dunia komik Marvel Studios’ 'Eternals', difilemkan dengan pembabitan barisan bintang tersohor dunia yang merancakkan lagi jalan cerita!

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Nov 2021 1:19PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

 Antara filem paling dinanti-nantikan penggemar dunia fiksyen siri komik Marvel Studios' Eternals akhirnya mendarat di bumi Malaysia.

Sesiapa sahaja yang pernah menonton sedutan filemnya beberapa bulan lalu pasti sudah melihat kelibat beberapa nama besar industri filem Hollywood.

Malah, aura filem ini tampak begitu gah berkat pembabitan barisan bintang tersohor dunia seperti Angelina Jolie, Salma Hayek, Gemma Chan dan ramai lagi.

Lebih menarik, filem ini memberikan sisi lain dunia fiksyen Marvel yang sebelum ini terkenal dengan karakter adiwira seperti Avengers, X-Men, Fantastic Four dan ramai lagi.

Ia mengisahkan sekumpulan makhluk istimewa bergelar Eternals ciptaan entiti-entiti seakan dewa yang dikenali sebagai para Celestials untuk memusnahkan populasi sekelompok makhluk asing berupa haiwan pemangsa digelar Deviants.

Haiwan-haiwan Deviants ini bertebaran di seluruh alam semesta kemudian muncul di bumi sekitar 7,000 tahun lalu dan beberapa Eternals yang terpilih telah ditugaskan untuk menghapuskan spesis tersebut.

Setelah berjaya menghancurkan populasi Deviants di bumi, para Eternals tadi yang bersifat abadi dan tidak boleh menua atau mati telah meneruskan hidup bersama manusia biasa serta menyembunyikan identiti mereka sepanjang zaman.

Namun, kisah-kisah mereka menentang spesis Deviants kemudian diabadikan di dalam legenda dan mitos manusia purba sehingga ke zaman moden.

Walau bagaimanapun tanpa disangka, spesis Deviants yang difikirkan telah pupus muncul kembali dan menyerang penduduk dunia. Ini telah memaksa kumpulan Eternals di bumi tadi untuk mempertahankan umat manusia sekali lagi biarpun sudah beribu tahun mereka terpisah dan tidak berlawan bersama.

Mereka kemudian terpaksa mencari setiap ahli kumpulan asal di bumi untuk mengetahui dari mana munculnya spesis Deviants yang baharu ini.

Dari titik itu, barulah sedikit demi sedikit terbongkar tujuan sebenar mereka ditempatkan di bumi beribu tahun lalu.

Biarpun jalan cerita Eternals dilihat mampu berdiri menjadi siri filemnya sendiri seperti X-Men atau Avengers, rujukan kepada projek-projek Marvel sebelum ini tidak dapat dielakkan dan ada diselitkan dalam beberapa dialog cerita ini.

Dan, seperti filem-filem dunia Marvel, Eternals sarat dengan kesan khas yang menakjubkan. Dari permulaan filem lagi, para penonton pasti akan menyukai sinematografi yang dipaparkan selain penggunaan kesan khas yang menakjubkan.

Di samping itu, karya ini juga mempunyai unsur-unsur yang cukup untuk menjadi sebuah filem ‘lengkap’ kerana ia bukan sahaja padat dengan aksi dan kesan visual luar biasa, tetapi masih ada elemen percintaan serta kasih sayang selain sedikit suntikan komedi.

Secara peribadi, karya Hollywood ini adalah sebuah filem adiwira fantasi dunia Marvel yang menghiburkan dan sama sekali tidak membosankan. Malah, ia sarat aksi mendebarkan dan mampu membuat penonton tertanya-tanya tentang apa yang telah atau akan terjadi dalam alur ceritanya.

Dan, sekali lagi di penghujung tayangan kredit filem terdapat dua babak tersembunyi yang harus ditunggu oleh penonton jika ingin mengetahui lanjutan filem ini. 

Jadi, jika anda penggemar kesan visual yang menyukai kisah adiwira dengan kuasa luar biasa dalam menentang kejahatan dan makhluk asing, filem ini pilihan yang tepat!

Marvel Studios' Eternals akan mula ditayangkan di semua pawagam Malaysia bermula hari ini. 

Rating: 5 getar

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Goat Meledak Di Pawagam, Catat Lebih RM10 Juta Sejak Khamis

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

Justin Bieber dan Isteri Bakal Timang Cahaya Mata Pertama 

3

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

4

Filem & TV 2 tahun yang lalu

'Sheriff' Karya Paling Jujur, Janjikan Kelainan Sisi Polis

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 16 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN