web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


'Prebet Sapu' Arahan Muzz Amer Terpilih Bertanding Di Oscars 

Penilaian berdasarkan aspek pengarahan, penceritaan, sinematografi, lakon layar, lakonan, adunan bunyi, skor muzik, penataan seni, suntingan filem serta pematuhan kepada peraturan pertandingan yang ditetapkan Oscars. 

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Nov 2021 8:30AM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Filem Prebet Sapu arahan sulung pembikin muda, Muzammer Rahman telah dipilih mewakili Malaysia bagi kategori Filem Cereka Antarabangsa Terbaik (Best International Feature Film) di Anugerah Akademi (Oscars) Ke-94 yang dijangka berlangsung di Los Angeles, Amerika Syarikat pada 27 Mac 2022.

Pemilihan filem Prebet Sapu ini telah dibuat Jawatankuasa Pemilihan Filem Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) yang terdiri daripada penggiat industri filem tempatan bertaraf profesional dan berpengalaman melalui proses penilaian terperinci. 

Proses penilaian ini dilakukan berdasarkan kriteria perfileman seperti pengarahan, penceritaan, sinematografi, lakon layar, lakonan, adunan bunyi, skor muzik, penataan seni dan suntingan filem serta pematuhan kepada peraturan pertandingan yang ditetapkan  pihak penganjur Oscars.

Muzz Amer
Muzz Amer

Mengulas tentang pemilihan Prebet Sapu untuk bertanding di acara berprestij itu, Muzammer atau lebih mesra disapa Muzz  Amer berkata, filem arahannya itu mengambil masa selama empat tahun untuk disiapkan.

“Ia tidak akan berjaya dibikin tanpa bantuan dan doa semua, terutama apabila kali pertama saya menceritakan harapan dan idea saya tentang filem ini kepada kawan-kawan. 

“Terima kasih dengan kawan-kawan yang banyak membantu dan memberikan sokongan terhadap pembikinan filem ini. 

“Terima kasih kepada FINAS dan panel penilaian. Semoga pemilihan Prebet Sapu sebagai wakil Malaysia untuk dicalonkan dalam kategori Filem Terbaik Antarabangsa ini akan memberikan senyuman kepada kawan-kawan. 

“Sekali gus ia juga diharap dapat menyuntik inspirasi kepada sutradara lain untuk bikin filem. Kita masih jauh dan harus saling menginspirasi,” tulisnya dalam posting Facebook miliknya.

Prebet Sapu terbitan syarikat produksi Le Mediator Studio, Kristal Azmir Sdn Bhd dan Konda Kondi diterajui bintang utama Amerul Affendi dan Mei Fen Lim selain penampilan istimewa Bront Palarae, Sharifah Amani, Nam Ron, Nadiya Nisaa, Chew Kin Wah, Jay Iswazir, Anas Ridzuan, Roslan Madun dan ramai lagi ini. 

Filem yang dibikin dalam konsep hitam putih ini juga telah mewakili Malaysia ke pelbagai festival filem antarabangsa termasuklah Udine Far East Film Festival, Itali; Jogja-Netpac Asian Film Festival (JAFF) Indonesia; Toronto Reel Asian Film Festival, Kanada; Asian Film Festival Barcelona; Sepanyol dan Innovative International Film Festival di India. - Getaran, 4 November 2021

Gambar: Muzz Amer 

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Goat Meledak Di Pawagam, Catat Lebih RM10 Juta Sejak Khamis

2

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

3

Filem & TV 2 tahun yang lalu

'Sheriff' Karya Paling Jujur, Janjikan Kelainan Sisi Polis

4

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Lal Salaam Lakonan Rajinikanth, Gabung Elemen Perpaduan Menerusi Sukan

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 16 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN