Berita Terkini

2 jam yang lalu: Media Arab Saudi buat liputan lawatan PM 2 jam yang lalu: KKD beri perhatian bendung penyebaran ekstremis militan 2 jam yang lalu: PDRM nafi Ayob Khan miliki akaun TikTok 2 jam yang lalu: MAIWP sumbang RM1.7 juta bantu golongan mualaf 2 jam yang lalu: 4 kanak-kanak maut dalam kebakaran di sebuah rumah di Muar - Bomba

IKUTI KAMI


'Sihir' Air Tangan 4 Pengarah

Drama seram terbaharu ini menyaksikan Kamal Adil dan Hun Haqeem tampil sebagai bintang utama serta duduk di kerusi pengarah.

Filem & TV Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Nov 2021 5:27PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Drama rantaian ‘Sihir’ ialah sebuah naskhah berkisarkan tentang perkara syirik seperti amalan sihir dan santau yang bercanggah dengan ajaran Islam tetapi masih diamalkan secara berleluasa oleh segelintir masyarakat Melayu.

Drama 20 episod ini menceritakan tentang pasangan kembar bernama Nuh dan Hud yang mempunyai kelebihan deria keenam.

Watak Nuh, lakonan Kamal Adli mempunyai kebolehan untuk melihat masa depan menerusi mimpi. Manakala watak Hud lakonan Hun Haqeem pula memiliki hijab yang membolehkannya melihat perkara yang ghaib dan mistik.

Idea asal drama ‘Sihir’ diilhamkan oleh pengarah terkenal Michael Ang, Syawal Azrai dan Srikandi Emma serta turut menyaksikan kolaborasi gabungan empat sutradara berbeza yang terdiri daripada Michael sendiri, Azmir Effendi serta pelakon Kamal Adli dan Hun Haqeem.

Selain duduk di kerusi pengarah, mereka turut menggalas watak utama pada masa yang sama. Manakala panel skrip pula dibarisi Nadia Khan, Michelle Yoon, Rahim Ramli, Qawiem Hamizan dan Mamu Vies.

Selain Kamal Adli dan Hun Haqeem, drama ‘Sihir’ turut dibintangi Zarul Umbrella, Sharifah Shahora, Farah Ahmad, Zaryn Myn Wan Ellyas dan ramai lagi.

“Walaupun kita kini sudahpun berada di zaman serba moden, kepercayaan dan kebergantungan segelintir masyarakat terhadap perkara khurafat yang melanggar akidah seperti sihir dan santau masih meluas dalam kehidupan seharian.

"Ini jelas dapat kita perhatikan menerusi pelbagai perkongsian yang membimbangkan terutamanya di media sosial,” kata Naib Presiden Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu Astro, Raqim Ahmad.

Sihir menyaksikan Nuh dan Hud sering mendapat alamat daripada mimpi atau dengan melihat bayangan sebagai petunjuk kepada sesuatu perkara. 

Pasangan kembar ini dibelanggu pelbagai persoalan dan cuba mencari jawapan dengan menjejaki asal-usul mereka. Sepanjang perjalanan itu Nuh dan Hud bertemu dengan insan yang merana kerana sihir dan pengamal ilmu sihir.  

Setiap kali menghulurkan bantuan, Nuh dan Hud sering berasa semakin dekat dengan jawapan yang dicari. Satu persatu petunjuk dirungkai yang akhirnya mendedahkan siapa sebenarnya diri mereka. 

Jangan ketinggalan menonton 'Sihir' yang ditayangkan di saluran Astro Ria setiap Isnin hingga Khamis jam 11 malam. - Getaran, 3 November 2021

Foto : Astro

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 minggu yang lalu

'Dia Tak Ada Musuh,' 10 Tahun Bersahabat, Budi Doremi Doakan Kamal Adli Cepat Sembuh

2

Selebriti 2 minggu yang lalu

Mujur Kena Belakang Kepala, Jika Tidak Kamal Adli Mungkin Sudah Tiada - Uqasha Senrose Minta Malaysia, Singapura Usah Bergaduh

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Suspek Serang Kamal Adli Didakwa Hari Ini

4

Selebriti 2 minggu yang lalu

Insiden Serangan Kamal Adli: Tahap Keselamatan Acara Seterusnya Akan Ditingkatkan - MegaXpress International

Sorotan

1

Perkhidmatan Kesihatan Servis Kritikal, Babitkan Nyawa, Jangan Rosakkan Dengan Mogok 

2

Cakna Jenis Ikan Buntal Elak Kematian, Pastikan Penjual Berpengetahuan Sebelum Beli

3

Ahmad Zahid Sahkan Sulaiman Letak Jawatan Ketua Menteri Melaka

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 13 jam yang lalu

Reeve Damien Akui Tugas Sebagai Pengarah Muzik Suke TV  Mencabar, Anak AC Mizal Teringin Berkolaborasi Dengan Sonaone 

oleh Rubini Nagarajah

Selebriti 17 jam yang lalu

Selepas Jumpa Kembar Wanita Iras Wajahnya, Alif Dan Versi Alif Bertudung Sama-Sama Makan Satay

Menerusi video pendek di Instagram, Alif bersama kembar seirasnya itu menikmati Alif Satay dengan beberapa aksi yang melucukan. 

oleh Rubini Nagarajah

Muzik 22 minit yang lalu

Rahmad Mega Anggap Dirinya Bertuah Dapat Nyanyikan Lagu Runut ‘Bunyi Melur Untuk Firdaus 2’

Rahmad turut menyifatkan bahawa lagu runut bunyi berjudul ‘Pejam’ merupakan genre yang di berada luar zon selesanya sebagai penyanyi rock.

oleh Rubini Nagarajah

Selebriti 16 jam yang lalu

Muat Naik Gambar 'Maternity Photoshoot', Netizen Minta Emma Maembong 'Sellotape' Pusat Terjojol 

oleh Wartawan Hiburan Getaran