Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


'LCK' Musim 3 Pertaruh Kamal Adli dan Ain Edruce Sebagai Hos 

Program realiti 'Lagu Cinta Kita' Musim Ketiga kembali dengan menggandingkan Kamal Adli dan Ain Edruce sebagai pengacara bersama serta menampilkan barisan peserta berpersonaliti menarik.

Filem & TV Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Nov 2021 3:36PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bagi yang telah menyaksikan episod pertama 'Lagu Cinta Kita' musim ketiga (LCK3) yang bersiaran pada 31 Oktober lalu di TV3, pasti terkejut melihat gandingan pengacara kali ini bukan lagi Kak Lina Pom Pom dan Diva Azwan Ali sebaliknya Ain Edruce dan Kamal Adli.

Pemilihan mereka dibuat kerana pihak produksi ingin menyuntik elemen baharu yang berbeza dalam setiap musim menerusi pasangan pengacara yang dipilih. Dan, pemilihan itu juga berlandaskan kepada kebolehan setiap pengacara.

Ia sangat penting kerana pengacara yang dipilih ini juga akan digandingkan buat pertama kalinya. Penelitian dibuat untuk memastikan pengacara yang dipilih dapat mengendalikan program yang disiarkan secara langsung selama 1 jam 30 minit  ini dengan lancar. 

Menariknya, kedua-dua pengacara popular ini juga adalah  finalis Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-34. Ini merupakan gandingan pertama mereka di atas pentas dan mereka telah menggalas tanggungjawab sebagai pengacara 'LCK3' dengan pendekatan tersendiri.

Gelagat Ain Edruce dan Kamal Adli yang ceria dan suka berjenaka pasti membuatkan kita tidak sabar menantikan episod 'LCK3' seterusnya Ahad ini. Ain Edruce pernah menjadi pengacara MBuzz dan punya pengalaman dalam bidang lakonan serta peragaan, manakala Kamal Adli pula sudah lama bergiat aktif  sebagai seorang pelakon, peragawan, pengacara dan pelawak.

Program 'LCK3' masih mengekalkan Ajai dan Mas Idayu sebagai juri tetap. Mereka akan ditemani seorang juri jemputan pada setiap episod.

Penilaian persembahan terletak di tangan panel juri sepenuhnya. Gelagat kedua-dua juri yang suka bergaduh ini sentiasa menarik perhatian penonton. 

Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima dan Primeworks Studios, Datuk Khairul Anwar Salleh berkata, kejayaan musim lalu telah memberi peluang kepada beberapa finalis untuk mencaturkan kerjaya seni mereka seperti Nadeera Zaini, Khareez Kasbah, Ahmad Adly dan Ratu Balqis.

“'Lagu Cinta Kita' merupakan program yang unik dimana kami tampilkan peserta-peserta berbakat dalam nyanyian untuk disatukan menerusi pilihan lagu dan irama. Selain persembahan duet di atas pentas, mereka juga telah diberikan tugasan yang menguji keserasian sekali gus dapat mengeratkan lagi hubungan antara peserta.

“Untuk musim baharu ini, kami ingin mempersembahkan sisi personaliti para peserta yang lebih menarik buat tatapan penonton. Program ini juga membuka peluang kepada rakan-rakan penaja untuk bekerjasama dengan kami dalam pendekatan yang lebih kreatif dan berkesan,” katanya. 

Seperti musim lalu, para peserta 'LCK3' tidak akan mengetahui siapakah pasangan duet masing-masing sehingga berada di atas pentas. Pencarian peserta musim ketiga telah berlangsung secara atas talian dari 24 Julai hingga 25 September lalu. 

Ia terbuka kepada warganegara Malaysia yang masih bujang dan sedang mencari cinta, berumur antara 18 hingga 35 tahun. Mereka juga berbakat dalam nyanyian dan bonus jika pandai bermain alat muzik.  

Mereka yang berminat telah memuat naik video nyanyian di akaun Instagram masing-masing dengan menggunakan #LaguCintaKita3. Hanya 100 peserta disenarai pendek untuk hadir ke sesi uji bakat tertutup.

Menerusi pusingan awal 'LCK3', 20 peserta akan dipadankan sebagai pasangan duet dalam episod satu dan dua. Mereka akan berpasangan mengikut pilihan lagu yang sama. 

Di awal persembahan, mereka akan menyanyi di dua pentas yang berbeza. Mereka memerlukan undian daripada juri tetap dan juga juri awam untuk mengalihkan pemisah di antara pentas, barulah dapat melihat wajah pasangan duet. 

Selepas itu, persembahan mereka perlu mendapat undian daripada kesemua juri supaya pentas bercantum dan mara ke pusingan seterusnya. Para peserta akan berhadapan dengan sesi penyingkiran di setiap episod. 

Juara 'LCK3' bakal membawa pulang wang tunai RM50,000, manakala tempat kedua (RM 30,000) dan tempat ketiga (RM 20,000). 

Siapakah peserta 'LCK3' kali ini yang akan berjaya mencari keserasian dengan pasangan yang akan diperkenalkan nanti? 

Kita tunggu dan lihat reaksi mereka nanti bersama keletah dua pengacara ceria Ain Edruce dan Kamal Adli menerusi 'LCK3' setiap Ahad, jam 9 malam hingga 10.30 malam hanya di TV3. - Getaran, 3 November 2021

Gambar: TV3

Berita Berkaitan

1

Selebriti 7 bulan yang lalu

Selamat Jalan Raymond Goh

2

Luar Negara 9 bulan yang lalu

Peguambela Penyerang Kamal Adli Mohon Penilaian Psikiatri Sekali Lagi

3

Semasa 10 bulan yang lalu

Siasatan Lanjut Penyerang Kamal Adli, Mahkamah Singapura Tangguh Kes 10 Julai

4

Selebriti 11 bulan yang lalu

Ini Kali Pertama Mengalami Perasaan Trauma Hingga Kurung Diri – Kamal Adli

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

Disyorkan untuk anda

Selebriti 21 jam yang lalu

Ruhainies Mohon Maaf Pada Bella Astillah, Ajak Jumpa Untuk Selesai Masalah

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 1 hari yang lalu

Amar Baharin Dedah Tanah Ada 2 Geran, MB Selangor Janji Siasat

Pelakon itu memaklumkan tanah milik ibunya di Semenyih dibeli puluhan tahun lalu, namun sudah didiami ‘tuan tanah’ lain

oleh Rahayu MN

Muzik 16 jam yang lalu

ONEUS Pun Terikut Trend Lagu Alamak Raya

Video kumpulan k-pop ini membuatkan peminat teruja dan ingin lihat mereka menari tarian yang sama ketika konsert nanti

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 1 hari yang lalu

Pendedahan Sarah Yasmine Bikin Gempar 1 Malaya, Nama Emma, Chacha, Caprice Dan ‘TPM’ Jadi Bualan Netizen

oleh Wartawan Hiburan Getaran