web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Hornbill Films, Stanulis Films Tandatangan MOA Tubuh Hub Filem 

Ray Lee berkongsi penghasilan filem sekuel 'Infeksi Zombie' adalah sebahagian perjanjian usahasama yang termeterai di antara Hornbill Films Sdn Bhd dan Stanulis Films Inc. dari Amerika Syarikat.

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Nov 2021 9:13AM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Rumah produksi tempatan, Hornbill Films Sdn Bhd dan syarikat berpangkalan di Amerika Syarikat (AS), Stanulis Films Inc.  telah memeterai perjanjian usaha sama untuk menubuhkan pusat hiburan dan media pertama di Malaysia yang bakal dijadikan hub penerbitan filem serta siri drama.    

Pengasas yang juga penerbit Hornbill Films, Ray Lee, 44, berkata, pusat itu akan menempatkan sebuah studio pasca penerbitan serta sebuah hub pembangunan permainan video dan realiti  maya lengkap dengan kemudahan hotel serta kafe.

“Kolaborasi antara Hornbill dan Stanulis bukan sahaja tertumpu dalam  penerbitan filem tetapi  juga membangunkan aktiviti media baharu.  

“Ini adalah waktu yang tepat memandangkan Hollywood sedang berkembang ke Asia Tenggara bagi mencipta kandungan premium untuk audiens antarabangsa.

“Bagi memperkenalkan filem ASEAN, saya akan menggunakan peluang ini untuk menggunakan watak daripada filem terbaharu saya, Infeksi Zombi sebagai tema reka bentuk setiap tingkat.  Kami juga akan mempertimbangkan satu tingkat khas sebagai dedikasi kepada filem dan pelakon ASEAN,” katanya kepada Portal Getaran. 

Perjanjian usaha sama yang ditandatangani Ray Lee dengan Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden Stanulis Films, Steve Stanulis pada 14 Oktober lalu juga menyaksikan penerbitan sekuel filem Infeksi Zombi sebagai sebahagain daripada isi perjanjian tersebut. 

“Usaha sama ini juga akan disertai  Anavlis Consultants Inc, sebuah syarikat perkhidmatan kewangan di Wall Street serta disokong syarikat yang berpangkalan di Hong Kong iaitu Sun Capital (Hong Kong) Limited untuk perancangan dan koordinasi projek.  

“Saya amat teruja apabila projek sekuel Infeksi Zombi yang juga filem terbitan bersama mereka kini dalam fasa pra penerbitan.  

“Saya juga berpeluang menjadi pengarah bersama dengan Steve dalam beberapa projek lain. Ini sudah pasti akan memudahkan lagi laluan saya ke Hollywood.  

“Usaha ini juga merupakan peluang keemasan bagi komuniti filem ASEAN untuk bekerjasama dengan Steve di Hollywood bagi mengeksport kandungan yang sesuai ke peringkat antarabangsa. 

“ Secara khusus, saya memang menanti peluang untuk bekerja dengan beliau dalam projek sekuel Infeksi Zombi yang akan menjalani penggambaran di Malaysia tahun depan,” katanya.

Lee berkata, dia dan Steve akan meninjau lokasi penggambaran luar dan studio di Malaysia hujung tahun ini selain mengadakan kunjungan hormat ke Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) untuk berbincang mengenai perancangan mereka. 

Sementara itu, dalam satu kenyataan berasingan melalui emel, Steve Stanulis berkata beliau menyambut baik perjanjian kerjasama dengan Hornbill Films untuk membawa filem-filem Hollywood ke Malaysia serta mempromosikan filem Malaysia ke AS.

“Kami yakin ini merupakan peluang yang tidak harus disia-siakan. Usaha sama ini pasti akan merapatkan komuniti filem Malaysia dan AS dalam memasarkan kandungan premium pelbagai genre yang akan menghasilkan budaya baharu dalam industri hiburan di peringkat antarabangsa, selain mempelawa syarikat baharu serantau untuk bekerjasama dalam industri kreatif,” kata Steve. - Getaran, 2 November 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

2 Lelaki Ditahan Bantu Siasatan Pusat Hiburan Dibaling Bom Petrol

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Serbuan Pusat Hiburan: 10 Wanita Asing, Lelaki Tempatan Ditahan

3

Semasa 2 tahun yang lalu

PM Harap Usaha Sama DRB-HICOM, Geely Bantu Tenaga Kerja, Perniagaan Tempatan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Dakwaan Rasuah OCPD: SPRM Tahan 3 Lagi Polis

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 16 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN