web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PM Harap Usaha Sama DRB-HICOM, Geely Bantu Tenaga Kerja, Perniagaan Tempatan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Dec 2023 8:24PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (tiga dari kanan) menyaksikan pertukaran Perjanjian Usahasama antara DRB-HICOM Berhad dan Geely serta  Memorandum Persefahaman antara Altel Group Sdn. Bhd. dan GYMD Digital Technology Co., Ltd. gambar FB Anwar Ibrahim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - DRB-HICOM Bhd dan Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd (Geely) melakar satu lagi pencapaian dalam pembangunan Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV) di Tanjong Malim, Perak, dengan pemeteraian perjanjian usaha sama antara kedua-dua syarikat itu.

Ini adalah susulan daripada Perjanjian Kerjasama Utama yang ditandatangani pada Oktober 2023 yang telah menetapkan prinsip asas, rangka kerja tadbir urus dan komitmen bersama untuk projek AHTV.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyaksikan majlis pertukaran dokumen perjanjian tersebut hari ini berkata, kerajaan turut komited untuk memberi dukungan berkaitan dan yang diperlukan kepada pembangunan AHTV yang sedang giat diusahakan oleh Geely holding dan DRB-HICOM.

“Saya tekankan supaya pelaburan yang dibuat di Malaysia perlu memberi manfaat kepada bakat (tenaga kerja) dan perniagaan tempatan,” katanya menerusi ciapan beliau di laman sosial X, yang sebelum ini dikenali sebagai Twitter.

Anwar berkata, Geely Holding berkongsi bahawa antara tarikan yang mendorong mereka untuk membawa pelaburan ke negara ini adalah hasil daripada manfaat hubungan perdagangan Malaysia dan negara seperti Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah selain daripada pemilikan kepentingan dalam Proton.

Pengarah Urusan Kumpulan DRB HICOM, Tan Sri Syed Faisal Albar menandatangani perjanjian tersebut sebagai mewakili kumpulan DRB- HICOM, manakala Geely Holding diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Daniel Li. Turut hadir, Pengerusi Geely Holding,  Eric Li dan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz.

"Perjanjian usaha sama itu menggariskan prinsip utama bagi kerjasama strategik, penyelarasan objektif usaha sama dan syarat-syarat perkongsian," kata DRB-HICOM dalam satu kenyataan hari ini.

Sebuah syarikat usaha sama akan seterusnya memanfaatkan kekuatan dan kepakaran DRB-HICOM dan Geely Holding dalam membangunkan AHTV sebagai hab antarabangsa kenderaan generasi seterusnya di Malaysia.

AHTV akan meliputi penyelesaian automotif dan mobiliti yang luas dan merangkumi seluruh rantaian nilai, daripada pusat penyelidikan dan pembangunan global berteknologi tinggi sepenuhnya, sehingga kepada pengeluar peralatan asal automotif bertaraf dunia dan kluster pembuatan.

Selain itu, AHTV juga akan menyokong perkhidmatan dalam ekosistem yang berkaitan, seperti logistik, latihan dan institusi pembelajaran dalam bandar pintar untuk industri automotif, kata kenyataan itu. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

Malaysia Bakal Tarik Lebih Banyak Syarikat China Pacu Sektor Automotif

2

Filem & TV 4 tahun yang lalu

Hornbill Films, Stanulis Films Tandatangan MOA Tubuh Hub Filem 

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

Semasa 1 hari yang lalu

Padah Pasport Diconteng Anak, Wanita Terpaksa Tunda Penerbangan 

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 19 jam yang lalu

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

oleh Sophia Ahmad