web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


5 Filem Arahan Mamat Khalid Ubah Landskap Filem Negara 

Mamat individu penting dalam industri perfileman negara kerana beliau berjaya mengubah corak pemikiran serta selera penonton ke arah yang lebih kemasyarakatan.

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Oct 2021 2:40PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tidak dinafikan, kehadiran seniman Allahyarham Mamat Khalid dalam industri perfileman negara adalah sangat penting kerana karya-karya yang dihasilkan beliau telah berjaya mengubah landskap filem Malaysia.

Arwah adalah satu dalam sejuta, dan hampir tiada insan seni lain yang boleh menghasilkan karya sepertinya setidak-tidaknya di era ini.

Pada saat ramai penerbit dan pengarah berlumba-lumba menghasilkan filem yang lebih moden dan mengikut arus perdana, Mamat hadir dengan filem yang mengangkat masyarakat kebanyakan terutamanya orang kampung. 

Biarpun terkenal sebagai penghasil karya bergenre komedi, Mamat juga punya buah fikiran yang begitu puitis. Lihat saja betapa hebat penulisan beliau untuk filem mega, Puteri Gunung Ledang. Setiap bait-bait patah perkataan dalam skrip tulisan beliau begitu indah dan puitis. 

Getaran senaraikan lima filem Allahyarham Mamat Khalid pilihan sidang redaksi Getaran yang telah memberi impak dan mengubah landskap filem negara.

Lang Buana 

Filem yang menampilkan kumpulan Senario ini adalah karya pertama arahan dan tulisan Mamat Khalid. Kumpulan Senario sebelum ini lebih sinonim dengan filem-filem arahan Aziz M. Osman, tetapi untuk Lang Buana mereka tampil dalam kisah yang agak berbeza. Filem ini berlatarkan zaman lampau iaitu sebelum abad ke-19 tetapi kisah yang dipaparkan lebih kepada kritikan masyarakat Melayu yang berpecah belah akibat faktor terlalu taksub dengan politik dan kepentingan masing-masing. 

Zombi Kampung Pisang

Siapa yang menjangkakan Malaysia akan punya filem bertemakan zombi? Filem Zombi Kampung Pisang adalah langkah pertama arwah Mamat mengubah landskap filem negara. Judulnya sahaja sudah menarik perhatian. Biarpun pelakon utamanya iaitu Datuk Awie pernah berlakon filem komedi Baik Punya Cilok, namun Zombi Kampung Pisang adalah karya yang benar-benar menonjolkan sisi komedinya. Kisah orang kampung yang bertukar menjadi zombi benar-benar meggeletek hati penonton Malaysia.

Trilogi Hantu Kak Limah 

Selepas kejayaan filem Zombi Kampung Pisang, Mamat telah menghasilkan sebuah filem pecah panggung yang menjadi fenomena di Malaysia. Hantu Kak Limah Balik rumah boleh dikatakan antara filem ikonik di Malaysia. Watak Kak Limah itu sendiri sangat ikonik. Mamat berjaya mengangkat pelakon bertaraf veteran seperti Delimawati sebagai heroin filemnya sehingga tercalon dalam kategori Pelakon Filem Wanita Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian. Bukan sahaja watak Kak Limah, malah satu lagi watak dalam filem Hantu Kak Limah iaitu Usop Wilcha berjaya mencipta pesoa tersendiri. Dialog-dialog dalam filem ini juga sering menjadi bahan gurauan orang ramai. Begitu besar sekali impak trilogi filem Hantu Kak Limah  kepada rakyat Malaysia. Jumlah kutipan keseluruhan untuk siri filem Hantu Kak Limah adalah RM50.79 juta. 

 

Trilogi Rock 

Filem muzikal yang memaparkan kisah pencinta muzik Rock yang sememangnya dekat dengan rakyat Malaysia. Mempertaruhkan wajah-wajah kurang komersial seperti Khir Rahman, Hasnul Rahmat dan Soffi Jikan, siapa sangka filem ini akan mendapat sambutan serta mempunyai sekuel. Penataan gaya filem ini harus diberi pujian kerana benar-benar mengimbau kembali zaman kegemilangan muzik Rock di Malaysia. 

 

Kala Malam Bulan Mengambang

Antara filem penting dalam sejarah moden perfileman negara. Kala Malam Bulan Mengambang tampil dalam format hitam putih dan buat pertama kalinya penonton di Malaysia dapat menonton filem bernuansa klasik tetapi dilakonkan oleh pelakon era kini. Mamat seorang yang berani mengambil mengambil risiko kerana sanggup menghasilkan karya sebegini. Ternyata percaturannya tidak sia-sia apabila karya ini telah diangkat sebagai Filem Terbaik di Festival Filem Malaysia ke- 21. Malah, menerusi filem ini juga Mamat telah merangkul anugerah Pengarah Terbaik, Lakon Layar Terbaik dan Cerita Asal Terbaik. Pelakon utamanya iaitu Datuk Rosyam Nor pula membawa pulang trofi anugerah Pelakon Lelaki Terbaik. - Getaran, 28 Oktober 2021  

Gambar: Google

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Goat Meledak Di Pawagam, Catat Lebih RM10 Juta Sejak Khamis

2

Video & Galeri 1 tahun yang lalu

Getaran Tanyakan Episod 3

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Agong Berkenan Rasmi Hari Landskap Negara 2024

4

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 16 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN