web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


‘Rahsia Sutradara’ Beri Impak Pada Industri Kreatif Filem

Program ‘Rahsia Sutradara’ yang memberi platform persediaan kepada pembikin filem generasi baharu telah mendapat sambutan luar biasa secara konsisten setiap minggu.

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Oct 2021 4:37PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Ada banyak sebab mengapa program ‘Rahsia Sutradara (‘Be Your Own Director’) anjuran pertubuhan Malaysia Cinematic Auteurs Guild (MCAG) bersama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) mendapat sambutan yang di luar jangkaan khususnya dalam kalangan generasi muda yang mahu memulakan kerjaya sebagai pengarah filem. 

Program yang diwujudkan untuk mencari lima pengarah muda untuk mengarah lima filem pendek bertemakan kemanusiaan dalam pelbagai genre yang kemudian disatukan dalam sebuah filem cereka ini mempunyai konsep program interaktif dengan kaedah pembelajaran menerusi perkongsian daripada mentor-mentor pengarah filem hebat dan berpengalaman. 

Dengan kekuatan barisan mentor pengarah yang terlibat iaitu Aziz M Osman, Jason Chong, Azhari Zain, Nik Amir dan Razaisyam Rashid yang merupakan ahli-ahli MCAG sendiri serta Sein Qudsi sebagai mentor pengarah jemputan, ‘Rahsia Sutradara’ yang mula bersiaran secara atas talian sejak 24 September lalu ini cukup sarat dengan pelbagai ilmu perkongsian dan panduan yang boleh membantu dan membentuk seseorang menjadi pengarah filem. 

Barisan mentor pengarah yang terdiri daripada generasi baharu dan lama ini mempunyai kekuatan masing-masing dalam cara mereka berfikir, mengeluarkan idea dan menzahirkan idea kreatif itu ke dalam bentuk visual filem. 

Perkongsian mereka ini turut merangkumi cara bekerja di set, masalah-masalah yang dihadapi sewaktu penggambaran, bagaimana membuat keputusan apabila mengetuai sesebuah tenaga produksi, berdepan dengan pihak produser sebagai majikan sehinggalah kepada pitching dan sebagainya. 

Apa yang menarik, semua perkongsian daripada setiap mentor pengarah termasuk mentor pengarah jemputan ini dilakukan dengan begitu jujur dan tanpa berselindung dalam suasana yang penuh santai dan bersahaja. 

Aziz M Osman yang juga Naib Presiden MCAG berkata, secara peribadi dia gembira dengan sambutan yang diterima terhadap program ‘Rahsia Sutradara’ ini. 

Aziz M Osman
Aziz M Osman

Namun, pada waktu yang sama, dia juga sedikit gusar kerana perlu memikul tanggungjawab memimpin mereka yang terpilih untuk mengarah lima filem pendek untuk program ini nanti. 

“Sebabnya dalam program ini, kita mahu lahirkan pengarah yang intelektual iaitu seorang auteur. Untuk memikul tugas dan tanggungjawab memimpin mereka ini bukanlah suatu tugas yang mudah. Bagi saya, ia suatu cabaran yang bukan sedikit,” katanya. 

Bagi Jason Chong yang juga Penolong Setiausaha MCAG pula, sambutan yang diberikan terhadap program ini menunjukkan bahawa ada ramai bakat di luar sana yang bersemangat untuk mengambil langkah seterusnya untuk menjadi pembikin filem. 

Jason Chong
Jason Chong

“Saya berharap kami di MCAG akan dapat memainkan peranan yang lebih mendalam untuk membimbing mereka memahami peranan yang dimainkan pembikin filem dalam pemikiran kritis masyarakat.

“Saya juga berharap melalui program ini, MCAG akan dapat menyediakan platform yang sihat demi perkembangan masa depan pembikin filem,” katanya. 

Program ini juga tidak mungkin akan berjaya tanpa strategi pemasaran yang tepat dan kebijaksanaan Khir Rahman selaku moderator dan juga Presiden MCAG untuk memimpin program selama dua jam ini.

Tidak hairanlah mengapa setiap episod ‘Rahsia Sutradara’ berjaya mencapai jumlah tontonan sebanyak 1,200 sehingga 1,700 penonton secara konsisten setiap minggu dan menjadi program yang ditunggu-tunggu dalam kalangan penggiat mahupun pencinta filem daripada semua lapisan bangsa. 

Episod pertama: ‘Direktor Cakap Kau Dengar’ yang disiarkan menerusi platform Facebook Planet Mahir dan MCAG pada 24 September lalu adalah pendedahan tentang bagaimana menjadi seorang pengarah filem dan apakah persediaan yang perlu dilakukan untuk mereka menduduki kerusi yang 

Episod kedua: ‘Idea Bukan Cerita’ (1 Oktober) pula adalah pendedahan tentang bagaimana sesebuah proses ‘memerah’ idea berlaku dan proses mengembangkan idea tersebut kepada cerita sehingga ia mempunyai nilai untuk dijadikan filem. 

Pada siri ini juga, MCAG telah mula membuka penyertaan untuk peserta-peserta menghantar borang beserta kertas kerja yang mengandungi tajuk filem, logline, sinopsis dan kenyataan mereka.

Episod ketiga: 'Pitch & Prep' (8 Oktober) pula menekankan kepada cara-cara dan persediaan melakukan pitching, sebuah proses perlu dilalui setiap pengarah yang berpengalaman. 

Malah pada episod ketiga ini, MCAG turut mengumumkan barisan Top 15 calon-calon peserta yang disifatkan mempunyai potensi untuk dipilih sebagai lima calon yang paling layak mengarahkan filem pendek nanti. 

Mereka adalah Tuan Balqis yang tampil dengan idea Paras Laut, Firdaus Balam (Lautan Ke Sekolah), Harith Amirrul Mat Halim (The Last Perceptions), Shalikh Nazrul (18th March), Mugunthan Loga (Small Silver) dan Muhammad Hafiz (Empat Ringgit) dan Khairul Anuar (Lorem Ipsum).

Turut tersenarai dalam barisan Top 15 ini adalah Danial Nawawi (Fry Me To The Moon), Mohamad Farhan Mohamad Zamil (Tumpang), Akmal Nahar (Oksigen), V.G Ravyn Manogaran (Kooli Padai), Aliff Ihsan Rahman (Voiceless), Muhammad Ezham (Janggal), Nur Diana Hidayah Meor Marzuki (Meeting) dan Adam Zainal (Kan Dah Kena). 

Pada episod keempat iaitu 'Pitch & Pick' pada 15 Oktober lalu, kesemua barisan peserta Top 15 ini telah diberi peluang untuk membuat pitching tentang idea cerita filem mereka kepada kesemua barisan pengarah mentor ini. 

Siapakah agaknya di antara mereka yang menjadi lima calon pilihan pengarah mentor untuk mengarah lima pendek pendek projek ‘Rahsia Sutradara’ ini? Kita tunggu sesi pengumuman lima calon Top 5 pada Jumaat nanti.  

Program ‘Rahsia Sutradara’ (‘Be Your Own Director’) diwujudkan untuk melahirkan pengarah filem generasi muda baru di Malaysia yang mampu menguasai budaya berfikir secara sinematik dan teknik pengarahan berasaskan auteur serta membina kesedaran tentang hak-hak seorang pengarah dan bertanggungjawab dalam penghasilan karya. 

Program yang julung kali dianjurkan MCAG ini juga turut mendapat kerjasama daripada Planet Mahir dan Yayasan TM serta rakan strategik Terang dan Bronic. - Getaran, 19 Oktober 2021



Semua gambar: MCAG

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Pelan Tindakan Fasa Pertama Tangani Isu Industri Kreatif Mula Suku Ketiga Tahun Ini

2

Filem & TV 3 tahun yang lalu

MDEC Salur RM7.2 Juta Geran Kepada 34 Penggiat Industri Kreatif Tahun Ini - Fahmi

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Dana Sektor Kreatif Perlu Dilaksanakan Walaupun Berlaku Perubahan Kerajaan - Komposer Azmeer

4

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Bajet 2023: Industri Kreatif Terima RM177 Juta

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 12 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN