web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Rancangan Wajib Tonton Sempena Maulidur Rasul

Bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul, syarikat penyiaran TV3 menyediakan pelbagai program menarik termasuk telefilem dan dokumentari yang menjadi pilihan kami ini.

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Oct 2021 2:12PM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelbagai genre program terbitan TV3 seperti Tanyalah Ustaz, Majalah 3, Malaysia Hari Ini (MHI), Wanita Hari Ini (WHI) akan berkongsi topik-topik istimewa sempena sambutan Maulidur Rasul. Tidak ketinggalan juga dokumentari istimewa ‘Pembawa Rahmat’ dan dua telefilem khas, ‘Maulidur Datang Lagi’ dan ‘Mencari Siratul Mustaqeem’.

Berikut kami senaraikan dua rancangan yang anda wajib tonton sempena Maulidur Rasul.

 

Mencari Siratul Mustaqeem

Drama yang bakal disiarkan pada 2 petang ini menampilkan Fauziah Nawi, Fasha Sandha, Elisya Sandha, Aidil Aziz, Syafie Naswip dan Fadilah Mansor.

Filem syahdu yang memberi pengajaran dan nilai-nilai murni ini mengisahkan tentang Hadijah yang mahu hidup bahagia bersama anak cucunya. Tiada apa lagi yang dipinta tetapi kebahagiaan keluarga.

Dia juga mahu tumpukan perhatian pada ibadah dan mencari Siratul Mustaqeem. Namun, ujian melanda Hadijah apabila anak-anak ditugaskan berjauhan dan hanya pulang sekali-sekala.

Lebih teruk lagi apabila pandemik COVID-19 melanda Malaysia dan PKP dilaksanakan. Anak-anaknya yang bertugas sebagai petugas barisan hadapan (frontliner) tidak dapat balik dan dia dicengkam kesepian.

Anak-anaknya yang bertugas sebagai petugas barisan hadapan (frontliner) tidak dapat balik dan dia dicengkam kesepian. Ditambah dengan hasutan jirannya Senah yang menyakitkan hati dan membandingkan dengan anaknya yang kaya dan dapat hidup bersama.

Situasi ini membuatkan Hadijah sedih namun kehadiran Ali dan keluarga kecilnya memberi sinar kepada Hadijah dan dapatlah beliau menumpang kasih sayang.

 

Pembawa Rahmat

Bakal disiarkan pada jam 6 petang hari ini. Penonton dibawa menyelusuri kehidupan seorang penggali kubur, penjaga gajah dan ibu tunggal yang berdepan cabaran tersendiri dalam hidup, terutama ketika pandemik.

Penggali kubur, Hilmi Fakimin, dahulunya seorang tukang masak kini mengabdikan diri dengan berkhidmat kepada masyarakat dalam menyempurnakan perjalanan terakhir seorang mukmin di muka bumi ini di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah KL-Karak.

Ketika pandemik, dia telah bekerja sehingga lewat malam kerana terdapat banyak jenazah COVID-19 perlu disemadikan.

Begitu juga dengan Zulkiflie Mohd Ghazali, seorang penjaga gajah yang terus menggandang tanggungjawab menjaga kebajikan gajah meskipun zoo tidak dapat beroperasi hampir dua tahun.

Turut dimuatkan ialah kisah Masjida Yanti Nasution dan empat orang anak remajanya yang pernah hidup sebagai gelandangan setelah terpaksa keluar dari rumah selepas berlaku perceraian pada tahun 2017.

Hilang arah tujuan, Yanti berjaya bangkit dua tahun kemudian dan kini hidup lebih selesa bersama anak-anak dan paling menggembirakan masing-masing semua berjaya dalam pelajaran.

Tetapi PKP memberi kesan kepada pendapatannya sebagai tukang masak.

Walaupun berhadapan dengan pelbagai rintangan mereka semua tetap berpegang teguh kepada ajaran Nabi Muhammad SAW dan mencontohi keperibadian Baginda. Usaha dan terus berusaha tanpa berputus asa.

Selamat menonton! - Getaran, 19 Oktober 2021

Gambar: Drama TV3

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Saksikan Keperitan Hidup Puteri Balqis Dalam Khilaf Yang Tertulis 

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

Fasha Sandha Tidak Putus Terima Tawaran Kerja

3

Selebriti 2 tahun yang lalu

Tidak Setuju Cara Sambutan Maulidur Rasul, PU Abu Dilabel Liberal

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Keindahan Pekerti Rasulullah SAW Contoh Terbaik Untuk Diikuti - PM

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 14 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN