web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Rozita Tanggung Sementara Tugas Pegawai Eksekutif FINAS

FINAS merakamkan penghargaan kepada Ahmad Idham atas sumbangan dan jasa bakti sepanjang tempoh beliau berkhidmat.

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Oct 2021 8:53AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) Rozita Waty Ridzuan akan menanggung sementara tugasan Ketua Pegawai Eksekutif FINAS berkuat kuasa hari ini (16 Oktober) sehingga jawatan tersebut menerima pelantikan baharu.

FINAS dalam kenyataan pada 15 Oktober memaklumkan ia susulan tempoh khidmat Dr Ahmad Idham Ahmad Nadzri sebagai Ketua Pegawai Eksekutif FINAS berakhir berkuat kuasa pada hari yang sama (15 Oktober).

Menurut kenyataan itu, FINAS merakamkan penghargaan kepada Ahmad Idham atas sumbangan dan jasa bakti sepanjang tempoh beliau berkhidmat.

"Sepanjang tempoh kepimpinan Dr Ahmad Idham, pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh FINAS terutamanya bagi memastikan kelangsungan sektor industri kreatif dalam mendepani cabaran penularan pandemik COVID-19 antaranya menerusi Pelan Langkah Segera Ekonomi Industri Kreatif (PELAKSANA), Program Peningkatan Kapasiti Kreatif Malaysia (MyCAP) serta inisiatif kebajikan penggiat industri kreatif," menurut kenyataan itu.

FINAS turut menzahirkan ucapan selamat maju jaya kepada Ahmad Idham untuk meneruskan kecemerlangannya dalam bidang yang diceburi.

Pada 9 Sept lepas, Ahmad Idham dilaporkan meletakkan jawatan yang disandangnya buat kali kedua susulan tawaran baharu yang diterima selepas menyertai semula FINAS pada 5 Jun 2020. - Bernama

Isu Pada

Dynas Tiada Gentar

16 Oct 2021

Berita Berkaitan

1

Politik 5 bulan yang lalu

Ikut Jejak Muhyiddin, Azmin, Peja Letak Jawatan

2

Semasa 10 bulan yang lalu

PM Tegas Tidak Letak Jawatan, Tekad Pacu Pembangunan Negara

3

Luar Negara 1 tahun yang lalu

Sheikh Hasina Letak Jawatan, Larikan Diri Dengan Helikopter Tentera

4

Video & Galeri 1 tahun yang lalu

Getaran Tanyakan Episod 3

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 14 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

oleh Rahayu MN