web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


10 Selebriti Raih Undian Awal Paling Tinggi ABPBH34

Penganjur telah mendedahkan senarai 10 selebriti menerima undian terawal tertinggi yang didominasi ramai bakat muda.

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 14 Oct 2021 2:53PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Anugerah Bintang Popular Berita Harian 34 (ABPBH34), baru sahaja mengumumkan calon-calon Top 5 bagi setiap kategori yang dipertandingkan termasuklah 14 kategori utama dan enam kategori online.

Undian peringkat awal bagi setiap kategori telah dibuka pada 10 September lalu sehingga 3 Oktober 2021. Kini undian peringkat seterusnya pula telah dibuka bermula 10 Oktober lalu sehingga 31 Oktober untuk menentukan siapakah yang bakal membawa pulang trofi bagi setiap kategori.

Pihak penganjur turut mengumumkan nama 10 selebriti yang mendapat undian paling tinggi sewaktu proses undian peringkat awal. 

Boleh dikatakan ramai muka baharu dan bakat muda yang menguasai jumlah undian awal. Berikut adalah senarai 10 selebriti yang menerima undian tertinggi peringkat awal pencalonan ABPBH34.

Amir Masdi

Penyanyi kelahiran program realiti Akademi Fantasia 2016 ini tiba-tiba menjadi tumpuan peminat seni tempatan selepas lagunya layak ke pentas Anugerah Juara Lagu. 

karya-karya Amir juga sering mendapat tempat di hati peminat muzik tanah air.

Ben Amir

Pelakon popular ini telah menggondol anugerah Pelakon TV Lelaki Popular pada ABPBH edisi yang lepas. Mampukah Ben mengekalkan momentumnya untuk sekali lagi membawa pulang trofi yang sama? 

Dolla

Sejak kemunculan mereka pada tahun lalu, Dolla telah berjaya mencuri tumpuan peminat muzik tempatan sehingga tular di negara Korea Selatan.

Lagu-lagu mereka juga mendapat jumlah tontonan tinggi di YouTube dan sering diputarkan di corong radio termasuklah lagu Raya mereka . Tahun ini wajah mereka terpampang di papan iklan di Times Square, New York. 

Khai Bahar

Bukan satu nama asing lagi untuk ABPBH. Setiap tahun nama Khai Bahar ibarat wajib ada dalam senarai Top 5 bagi kategori Penyanyi Lelaki Popular.

Sudah beberapa kali membawa pulang trofi bagi kategori penyanyi, adakah tahun ini Khai mampu merampas kembali trofi yang telah dimenangi oleh Haqiem Rusli pada tahun lalu?

Haqiem Rusli 

Tahun lalu Anugerah Artis Paling Popular ABPBH33 menjadi miliknya dengan bilangan keseluruhan jumlah undian sebanyak 22 juta.

Populariti penyanyi dan komposer ini memang tidak perlu dipertikaikan lagi. Namun, mampukan Haqiem mengekalkan takhtanya sebagai Artis Paling Popular untuk dua tahun berturut-turut?

Meerqeen

Bekas finalis Pencarian Hero Remaja 2020 ini merupakan artis paling junior untuk berada dalam kelompok 10 selebriti ini. Berbekalkan wajah yang kacak serta beberapa buah drama yang telah disiarkan di kaca televisyen, tidak hairanlah kenapa nama Meerqeen menjadi pilihan pengundi.

Naqiu

Nampaknya peminat Naqiu betul-betul buat ‘kerja’ kali ini. Naqiu antara penyanyi senior yang berada dalam kelompok 10 paling popular.

Tahun ini lagu duetnya bersama Vanessa iaitu 'Rindu Awak Separuh Nyawa' menjadi hit di corong radio dan mencatat jumlah tontonan yang tinggi di saluran YouTube. 

Sissy Iman

Tidak dapat dinafikan, wajah Sissy Iman kerap muncul di kata televisyen setiap minggu. Kerjaya sebagai hos untuk rancangan Muzik-Muzik dan HLive benar-benar melonjakkan namanya. Lagunya juga kerap diputarkan di corong radio. 

Siti Nordiana

Sejak bergelar juara Gegar Vaganza musim kedua, nama Siti Nordiana tidak pernah tercicir dari senarai Top 5 ABPBH. Malah, pernah beberapa kali membawa pulang anugerah bagi kategori Penyanyi Wanita Popular, Artis Versatil Popular dan Pengacara TV Popular.

Namun belum rezekinya untuk membawa pulang trofi anugerah Artis Paling Popular. Adakah tahun ini anugerah itu bakal menjadi miliknya?

Sweet Qismina 

Penangan drama 'Bidadari Salju' yang disiarkan di slot Akasia TV3 benar-benar meletakkan nama Sweet Qismina di satu aras yang lebih tinggi.

Namanya kini semakin menjadi sebutan dan rebutan penerbit drama. Sweet juga pernah membawa pulang trofi anugerah Artis Baru Wanita Popular di ABPBH30. - Getaran, 14 Oktober 2021

Gambar: Instagram

Berita Berkaitan

1

Muzik 1 tahun yang lalu

Buah Tangan Terbaharu Dolla Setelah Tinggal Bertiga

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

Khai Bahar Nafi Sertai Parti Liar Sejak Berkawan Dengan Pempengaruh Dan Usahawan Wanita

3

Muzik 2 tahun yang lalu

DOLLA Umum Konsert Re:Birth The Experience

4

Selebriti 2 tahun yang lalu

Peminat Dakwa Siti Nordiana Kena Sabotaj

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 14 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN