web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


TOP 5 ABPBH34, Siti Nurhaliza Tercalon, Cik B Tiada Dalam Senarai

Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) edisi 34 menyaksikan beberapa nama mencipta kejutan mara ke Top 5 kategori utama. 

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Oct 2021 4:33PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) kembali lagi tahun ini untuk edisi yang ke-34 di mana acara gilang gemilang ini akan berlangsung pada 13 November bertempat di Dewan Merdeka WTC Kuala Lumpur. 

Undian awal telah dibuka pada 10 September sehingga 3 Oktober lalu di mana menyaksikan beberapa selebriti popular telah menarik diri daripada pencalonan termasuklah Zizan Razak, Zul Ariffin, Remy Ishak dan seorang YouTuber. Namun, perkara itu tidak merencatkan momentum undian peminat-peminat selebriti tanah air yang lain.

Ahad lalu pihak ABPBH telah mengumumkan Top 5 bagi setiap kategori yang dipertandingkan merangkumi 14 kategori utama dan 6 kategori online. 

Menariknya, tahun ini penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Kembali bertanding dalam kategori Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular gandingan bersama Kmy Kmo dan Luca Sickta. 

Cik B yang tercalon bagi tiga kategori sewaktu pencalonan awal gagal mara menembusi posisi Top 5 untuk setiap kategori yang melibatkan dirinya. 

Sementara itu, YouTuber terkenal, Syahmi Syazli mencipta kejutan apabila  tercalon dalam kategori Pelakon Filem Lelaki Popular selepas muncul dengan filem pertamanya, Mael Totey The Movie tahun lalu. 

Pengarang Hiburan BH merangkap Pengarah Jawatankuasa Pengelola ABPBH 34, Shamshul Azree Samshir berkata, sokongan yang diberikan oleh peminat kepada proses undian peringkat pertama sangat memberangsangkan.

“Walaupun penganjuran ABPBH diteruskan lagi dalam suasana norma baharu, kami melihat peminat masih tetap setia menyokong ABPBH dengan mengundi artis-artis kesayangan mereka.

"Peminat berlumba-lumba untuk pastikan idola mereka memenangi kategori yang dipertandingkan sekali gus meraih kemenangan Bintang Paling Popular ABPBH 34.

“Untuk merancakkan lagi proses undian, kami juga ingin mengumumkan senarai 10 artis yang mendapat undian tertinggi pada pusingan pertama undian calon awal ABPBH 34,” katanya. 

Antara 10 selebriti menerima undian tertinggi ketika undian awal ialah Amir Masdi, Ben Amir, Dolla, Haqiem Rusli, Khai Bahar, Meerqeen, Naqiu, Sissy Imann, Siti Nordiana dan Sweet Qismina. 

Undian pusingan kedua akan diadakan bermula 10 Oktober sehingga 31 Oktober 2021.  Undian boleh dilakukan sama ada secara percuma, pakej langganan BH digital dan cetak serta undian bersama penaja utama, Xiaomi menerusi laman web ABPBH 34 di www.abpbh.com.my.

Antara artis yang akan menyerikan segmen persembahan ABPBH kali ini membabitkan bintang yang layak bergelar legenda selain bakat baru. 

Pentas ABPBH 34 akan dirancakkan dengan persembahan Kaka, Ella, Zizi Kirana, Fauziah Latiff, Aina Abdul, Man Kidal, Datuk Zainal Abidin, Hazama, Haqiem Rusli, Ramlah Ram, Jay Jay, Syamel, Anuar Zain dan penyanyi lagu parodi, Azman Naim 44 Mantra.

Bertemakan #KITABERSAMA, malam kemuncak ABPBH 34 yang bakal dihoskan oleh Sherry Alhadad akan dilaksanakan dengan pematuhan ketat Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Acara ini boleh disaksikan secara langsung melalui saluran TV3 dan Tonton, termasuk YouTube TV3 dan BH, TikTok serta laman web ABPBH di www.abpbh.com.my.

Berikut adalah senarai Top 5 setiap kategori yang dipertandingkan untuk ABPBH edisi ke 34. - Getaran, 13 Oktober 2021

Gambar: Instagram, Media Prima, Berita Harian

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 minggu yang lalu

Pasya Yakin Pentas Bersama Search Luaskan Pengaruh Karier Solo

2

Selebriti 2 minggu yang lalu

'Comeback' Azar Azmi Raih Lebih 1 Juta Tontonan, Netizen Sebak Lihat Kemunculan Semula Selepas 7 Tahun

3

Selebriti 2 minggu yang lalu

Zynakal Tampil Dengan Single Terbaharu "NIAT”

4

Selebriti 4 minggu yang lalu

Dulu Kejar Populariti, Kini Cari Reda Ilahi - Mahmud Ali Bashah

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 14 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN