web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


'Idola Kecil Di Rumah' Tampil Kelainan

Program ini meraikan pemenang mingguan dan seorang pemenang utama di penghujung program berdasarkan prestasi serta cabaran setiap minggu.

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Oct 2021 4:50PM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sebut sahaja 'Idola Kecil', nama-nama seperti Haqiem Rusli, Azzam Sham, Dayana Amerda, Harris Alif, Wan Azlyn ataupun lebih mesra dikenali sebagai Darling pasti menjadi perbualan orang ramai.

 Ternyata pentas Idola Kecil berjaya mencungkil dan mengasah bakat-bakat di usia muda. Setelah tujuh tahun, 'Idola Kecil' kembali dengan konsep dan format yang baharu di TV3 dengan ‘Idola Kecil Di Rumah’. 

Program ini akan meraikan pemenang mingguan dan seorang pemenang utama di penghujung program berdasarkan prestasi dan cabaran yang dilakukan masing-masing pada setiap minggu.

Sufian, Pengurus Projek 'Idola Kecil Di Rumah'
Sufian, Pengurus Projek 'Idola Kecil Di Rumah'

Bersesuaian dengan norma baharu yang dilalui golongan kanak-kanak iaitu sesi pembelajaran dari rumah, Idola Kecil Di Rumah membuka peluang kepada enam kanak-kanak untuk mengikuti pelbagai pengisian program ilmiah dan rekreasi yang bermanfaat.

“'Idola Kecil Di Rumah' mengambil pendekatan melakukan sesi rakaman secara atas talian dengan enam peserta terpilih ini. Selain melakukan persembahan secara maya dari rumah, para peserta juga diberikan cabaran-cabaran yang berbeza seperti Sembang IK dan Genius IK untuk menguji kebolehan komunikasi, IQ dan kecerdasan otak. 

“Kami juga akan memaparkan selebriti jemputan dalam setiap episod untuk berinteraksi dengan peserta-peserta ini supaya pengisian program tetap menarik walaupun ia dirakam secara maya,” kata Muhamad Sufian Che Isa yang juga merupakan Pengurus Projek 'Idola Kecil Di Rumah'.

'Idola Kecil Di Rumah' menampilkan enam kanak-kanak yang berbakat besar. Mereka ialah Adaputra Iskandar Danial bin Asdahrizam (Ada, 11, Selangor), Nur Zulaikha binti Mohamad Riduan (Ikha, 12, Selangor), NurAdyena Hanim binti Abdul Hamid (Dyna, 11, Negeri Sembilan), Razfazreyza Fenge Mat Rafengi (Reyza, 12, Selangor), Nur Marsha Auni Zahira (Asha, 12, Kuala Lumpur) dan Nur Qaireen Izyan Damia binti Jukiri (Qyen, 11, Sabah). 

Selain itu, Sissy Imann juga akan bergandingan dengan hos yang berlainan pada setiap episod. Lebih istimewa, mereka ialah ahli keluarga Idola Kecil iaitu Haqiem Rusli, Afiq Syazwan, Didi Astilah, Syada Amzah, Azzam Sham, Irfan Haris dan Harris Alif.

'Idola Kecil Di Rumah' bakal bersiaran di TV3 pada setiap Ahad, pukul 3.00 petang bermula 10 Oktober 2021 untuk lapan episod. - Getaran, 12 Oktober 2021

Sumber: TV3

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Saksikan Keperitan Hidup Puteri Balqis Dalam Khilaf Yang Tertulis 

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

Selamat Jalan Raymond Goh

3

TARA 3 tahun yang lalu

Tema 'Seindah Kasih' Semarakkan Kempen Ramadan Raya 2023 Media Prima Dengan Drama-Drama Menarik

4

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Walau Diselubungi Kontroversi, Sissy Iman-Naim Daniel, Fyna-Ayda Jebat Berjaya Mara Ke Final

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 13 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN