web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kes Dadah, COVID-19 Semasa Penggambaran: Produksi, Pelakon Akan Disenarai Hitam

Jika terbukti kecuaian pematuhan SOP dan salah guna dadah, FINAS akan menarik semula kelulusan penggambaran di bawah Surat Perakuan Penggambaran Filem Khas

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Oct 2021 2:00PM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Berikutan kes penyalahgunaan dadah dan jangkitan COVID-19 melibatkan beberapa pasukan produksi dan pelakon di Kuala Kangsar baru-baru ini, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) bakal menyenarai hitam penerbit, tenaga produksi serta pelakon sekiranya didapati bersalah.

Menurut pengerusi FINAS,  Zakaria Abdul Hamid ketika dihubungi Getaran memaklumkan pihaknya akan memperketatkan syarat penggambaran dengan mengadakan lebih banyak pemeriksaan mengejut di set. 

Bukan itu sahaja, mengulas mengenai isu penerbit sebuah penggambaran yang sebelum ini dilaporkan telah lari pulang ke Kuala Lumpur apabila tujuh individu dalam penggambaran itu dijangkiti COVID-19, FINAS akan mengambil tindakan tegas mengenai isu terbabit.

“Jika terbukti kecuaian pematuhan SOP dan salah guna dadah, FINAS akan menarik semula kelulusan penggambaran di bawah Surat Perakuan Penggambaran Filem Khas (SPP Khas).

“Bukan itu sahaja, penerbit yang menerima dana DKD juga akan dibatalkan pembiayaan sekiranya bersalah. 

“FINAS juga akan menyenarai hitam mana-mana penerbit, tenaga produksi dan pelakon yang terlibat,” katanya. 

Selain itu, Unit Penguatkuasa Bahagian Pelesenan dan Penguatkuasaan FINAS telah membuka kertas siasatan berhubung perkara ini dan siasatan penuh akan dijalankan sebelum tindakan seterusnya diambil selaras dengan sistem perundangan negara. 

FINAS ingin mengingatkan kepada semua Penyelia Protokol Penggambaran (PPP) yang dilantik oleh syarikat produksi masing-masing untuk memainkan peranan dan menjalankan tanggungjawab dengan sentiasa memastikan artis dan kru mematuhi semua garis panduan yang telah ditetapkan.

Mereka juga perlu merekodkan di dalam Buku Log yang telah disediakan oleh FINAS.

Pihaknya turut mengalu-alukan sebarang aduan 'Untuk Edaran Segera' daripada masyarakat awam bagi melaporkan kepada FINAS sekiranya mendapati berlaku pelanggaran SOP melibatkan aktiviti penggambaran.

Sebarang aduan dan pertanyaan lanjut boleh berhubung terus di talian 03-41041300 (Bahagian Pelesenan dan Penguatkuasaan) dan emel di [email protected]

Terdahulu seorang pelakon lelaki, pengarah dan penolong pengarah ditahan kerana disyaki terbabit dalam penyalahgunaan dadah jenis  THC atau Tetra Hydrocannibol, AMP dan methamphetamine. 

Pada masa yang sama, di sebuah pasukan produksi yang lain, tujuh orang kru dan pelakon dalam penggambaran disahkan dijangkiti COVID-19 namun penerbitnya melarikan diri ke Kuala Lumpur. - Getaran, 12 Oktober 2021

Gambar: Fail

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Yasin Dipenjara Seumur Hidup, 16 Sebatan

2

Selebriti 1 tahun yang lalu

4 Pelakon Sado Dan Kacak Ini Dikaitkan Dengan Kes Pukul Kekasih

3

Selebriti 1 tahun yang lalu

Pelakon Filem Paku Tanah Jawa, Masayu Anastasia Kagumi Maya Karin 

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Penemuan Pergelangan Tangan Manusia: Gaduh Rebut Kawasan Dadah Dipercayai Punca Kejadian

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 13 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN