web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Drama Terkenal Singapura Kini Tayang Di Malaysia!

Sajian terbaharu di slot Tiara kali ini terletak pada persembahannya yang menyuntik tema kemanisan cinta dan sarat dengan mesej positif.

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Oct 2021 4:50PM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Dua naskhah terkenal Singapura iaitu ‘Cinta Ramadan’ dan ‘Danny’ kini ditayangkan di Malaysia menerusi saluran Astro Prima. 

Kedua-dua naskah yang dibintangi Sharnaaz Ahmad dan Elfaeza Ul Haq ini pernah diiktiraf di Pesta Perdana 2015 menerusi anugerah Pelakon Terbaik dalam Watak Utama (Drama Bersiri) untuk kategori lelaki dan wanita, selain dicalonkan dalam lima lagi kategori termasuk Drama Bersiri Terbaik.

Menerusi paparan dua episod, telefilem istimewa ‘Cinta Ramadan’ mengangkat elemen keinsafan yang tidak kenal masa dan rupa. Ia berkisarkan tentang Danny, seorang pemuda berani dan usahawan yang bijak. 

Tetapi kehidupan dan kepercayaan hidupnya ditentang oleh bapanya yang alim, Ismail. Perbezaan pendapat antara mereka perlahan-lahan membawa kepada keputusan Danny untuk keluar dari rumah. Keputusan tersebut benar-benar meninggalkan kesan mendalam kepada ibunya.

Tidak lama kemudian Danny diberikan sebuah projek besar untuk digalas. Dia digandingkan dengan Natrah, seorang gadis muda yang telah menduga hubungan Danny dan rakan baiknya, Rizal.

Apabila Danny dan Natrah diberi tugasan yang sama pada bulan Ramadan, Danny mula jatuh hati pada gadis yang kerap mencabarnya ini.

Hubungan Danny dan Rizal terus berantakan dan membawa masalah kepada projek Danny, seterusnya meretakkan hubungannya dengan Natrah.

Sharnaaz dan Elfaeza dalam 'Danny'
Sharnaaz dan Elfaeza dalam 'Danny'

Manakala drama rantaian ‘Danny’ pula mengisahkan tentang perjalanan kehidupan Danny selepas pemergian Natrah. Danny cuba untuk melupakan Natrah dengan melanjutkan pelajarannya sambil cuba memulakan perniagaan kecil. 

Dalam usaha untuk mengimbangi dua dunia tersebut, Danny jatuh hati pada Sarah, seorang usahawan muda yang bakal mengambil alih syarikat bapanya. Sarah tidak tumpah seperti Natrah, setiap sisi dan perangainya mengingatkan Danny pada Natrah.

Sebaik Danny berjaya menandatangani sebuah kontrak yang lumayan, Danny berniat untuk menghantar ibu dan bapanya mengerjakan ibadah Umrah.

Walau bagaimanapun, kejayaan perniagaan Danny membawa dirinya hanyut kembali ke kancah maksiat. Ini ditambah lagi dengan kehadiran Liana, isteri kepada rakan baik Danny, Hosni. 

”Sajian terbaharu di slot Tiara pada kali ini terletak kepada persembahannya  yang menyuntik tema kemanisan cinta tulus ikhlas dan sarat dengan mesej-mesej positif penuh keinsafan sebagai teladan.

”Secara ringkasnya, ia menceritakan tentang kesinambungan liku-liku kehidupan Ramadan atau Danny, seorang pendosa yang sudah berubah dan ingin membina hidup baharu.

"Proses untuk bangun semula bukan mudah kerana sebagai manusia, kita tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan. Yang membezakan kita adalah sama ada kita nekad untuk membetulkan kesilapan tersebut, kecil atau besar,” kata Norzeha Mohd Salleh selaku Pengurus Saluran Astro Prima sewaktu diminta mengulas mengenai drama tersebut.

‘Cinta Ramadan’ dan ‘Danny’ mengisi slot Tiara di saluran 105 pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 6.00 petang serta boleh distrim menerusi aplikasi Astro Go dan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Gambar: Astro 

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 4 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 13 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

oleh Rahayu MN