web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Sherry Alhadad Berdebar Bakal Kendalikan ABPBH34 Sendirian

Demi mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP), pihak penganjur membuat keputusan untuk memilih seorang sahaja pengacara pada malam anugerah itu nanti.

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Oct 2021 3:30PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon dan pengacara popular, Sherry Alhadad, 37, telah diberikan mandat untuk mengacarakan Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-34 (ABPBH34) secara solo di acara yang akan berlangsung di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur pada 13 November depan.

Sebelum ini ABPBH sinonim dengan gandingan beberapa pengacara untuk menghiburkan para penonton. Namun, demi mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP), pihak penganjur membuat keputusan untuk memilih seorang sahaja pengacara pada malam anugerah itu nanti.

Sherry sewaktu ditemui ketika sidang media secara virtual berkata, dia agak gementar untuk mengemudikan acara berprestij seperti ABPBH seorang diri tanpa rakan pengacara di sisi. 

“Sejujurnya memang agak gementar kerana sebelum ini saya sentiasa bergandingan dengan rakan pengacara. Tetapi, kali ini seorang diri. Tambahan pula kali ini tiada penonton. Saya akan bercakap seorang diri depan kamera. Mujur ada rakan-rakan selebriti lain yang akan muncul sebagai penyampai anugerah. Jadi, kuranglah sikit gementar saya sebab dapat tenaga daripada mereka”, katanya. 

Ini adalah kali kedua Sherry diberi kepercayaan untuk mengacarakan ABPBH selepas kali pertama pada 2014 bergandingan dengan Amy Mastura dan AG Hot FM.

Tahun lalu, Sherry telah berjaya membawa pulang dua trofi bagi kategori Pengacara TV Popular dan Artis Komedi Popular. Untuk tahun ini, dia sekali lagi tercalon dalam kategori Pengacara TV Popular dan Pelakon Filem Wanita Popular.

Selain Sherry, dua lagi selebriti turut diberi kepercayaan untuk mengacarakan acara karpet merah iaitu Sissy Iman dan Izzue Islam.

Acara gilang gemilang ini boleh ditonton secara langsung menerusi saluran TV3 pada jam 9 malam, manakala acara karpet merah pula akan berlangsung jam 8.30 malam. - Getaran, 11 Oktober 2021

Gambar: Instagram Sherry Alhadad

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Ramanan Terima Darjah Kebesaran Pahang Bawa Gelaran Datuk Seri

2

Selebriti 1 tahun yang lalu

4 Pelakon Sado Dan Kacak Ini Dikaitkan Dengan Kes Pukul Kekasih

3

Selebriti 1 tahun yang lalu

Pelakon Filem Paku Tanah Jawa, Masayu Anastasia Kagumi Maya Karin 

4

Semasa 2 tahun yang lalu

BERNAMA TV Terima Anugerah The Knights Award 2023

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 13 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

oleh Rahayu MN