web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Faye Kusairi Dan Ropie Cecupak Kongsi Ilmu Seni Bersama Belia Perlis

Sesi 'Santai Selebriti Tanah Air Sempena Program Komuniti@Finas (KoFI)' telah diadakan di Perlis dan ia diadakan untuk mencungkil bakat seni dalam kalangan belia.

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 10 Oct 2021 9:14AM

Gambar: Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Peminat seni khususnya golongan belia di Perlis berpeluang menimba ilmu seni kreatif daripada pelakon, Faye Kusairi dan pelawak, Ropie Cecupak dalam sesi 'Santai Selebriti Tanah Air Sempena Program Komuniti@FINAS (KoFI)', di sini hari ini.

Bengkel videografi, YouTube dan lakonan yang bertujuan mencungkil bakat seni dalam kalangan belia itu disertai 50 peserta dan turut dihadiri Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Zahidi Zainul Abidin.

Faye Kusairi ketika ditemui berkata untuk menjadi 'anak seni' seseorang itu perlu yakin dengan keupayaan diri dan melakukan sesuatu perkara dengan penuh minat.

Menurut Ropie pula, menjaga penampilan diri juga sangat penting dan jangan mudah terikut dengan budaya tidak elok.

Selepas menghadiri bengkel itu, Zahidi serta rombongan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) meluangkan masa menziarahi pewaris tunggal seni 'Awang Batil' Ramli Mahmud di Kampung Pokok Sena, Chuping dekat sini.

Dalam kunjungan yang turut disertai Timbalan Ketua Pengarah (Produksi dan Teknikal) FINAS, Syirfan Indra Mitra Surya Hussin, Zahidi menyerahkan sumbangan wang tunai RM1,000 serta bakul makanan kepada Ramli menerusi inisiatif Ziarah CSR: Program Keluarga Malaysia FINAS. - Bernama

Isu Pada

Ummi Nazeera: Tak Pernah Berhenti

09 Oct 2021

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 1 tahun yang lalu

Getaran Tanyakan Episod 3

2

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Perjuangan Sinematik Marc Abas

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Hampir 5,000 Penggiat Seni Bakal Peroleh Manfaat Kerjasama FINAS, PERKESO - Fahmi

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Industri Diseru Hasilkan Filem Malaysia Inklusif, Tekankan Perpaduan - FINAS

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 13 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN